E-yump’s T-shirt Printing

E-yump’s T-shirt Printing # # #

Tempahan T-shirt dari Pn Ana - RawangFamily T-shirtBirthday Celebration“Pantas,Mesra dan harga yang berpatutan”Sekiranya...
26/07/2020

Tempahan T-shirt dari Pn Ana - Rawang
Family T-shirt
Birthday Celebration
“Pantas,Mesra dan harga yang berpatutan”

Sekiranya berminat sila hubungi

http://www.wasap.my/60122544751

14/06/2020

Jenis-jenis cetakan yang pop**ar di Malaysia

Tidak kira cara apa yang anda gunakan untuk cetak baju, paling utama adalah hasil akhirnya. Kita mahukan corak yang diinginkan berada pada dada atau belakang baju.
Namun,untuk menentukan jenis cetakan yang diperlukan, amat mustahak mengetahui keperluan dan budget sendiri.

1. Silkscreen
Menggunakan sutera saring (mesh) sebagai alatan utama. Kerja-kerja penyediaan mesh, blok, warna dan perkakasan lain agak rumit sebelum proses cetakan bermula.
Memerlukan ruang yang besar dan tenaga yang banyak. Kebaikannya boleh cetak apa sahaja fabrik seperti cotton, microfibre, polyester dan sebagainya.
Jenis cetakan ini sangat rendah kosnya untuk permulaan. Biasanya digunakan untuk mencetak baju dalam kuantiti yang banyak (lebih daripada 10).
Lebih banyak lebih murah kos penghasilan. Jadi, harga yang ditawarkan kepada pengguna juga lebih berpatutan. Biasanya untuk design yang mudah dan ringkas seperti tulisan.
Warna yang digunakan juga tidak terlalu banyak. Maksimum 3 atau 4 warna cetakan.
Contoh baju yang dicetak seperti baju rewang, baju kelas dan baju kump**an.

2. Heatpress
Kaedah ini 100% menggunakan mesin khas iaitu Heatpress. Sesuai dengan nama, kaedah ini menggunakan dua terma utama iaitu Heat (kepanasan) & Press (tekanan).
Menggunakan sticker khas yang dicetak, kemudian dilekatkan pada baju dan tekan menggunakan mesin Heatpress. Gambar yang dicetak pada sticker khas akan dipindahkan kepada baju.
Kos membeli mesin Heatpress beserta printer dan aksesorinya melebihi RM3000. Agak mahal tetapi boleh dijalankan di rumah kerana memerlukan ruang yang sedikit.
Juga boleh cetak pelbagai warna (full color printing). Malah gambar sebenar juga boleh dicetak menggunakan Heatpress.
Penggunaan Heatpress tidak terlalu s**ar dan proses cetakan lebih pantas.

Ada 2 cara menggunakan kaedah ini iaitu:

1. Sublimation. Digunakan untuk cetak design ke atas fabrik selain cotton seperti microfibre, polyester dan sebagainya. Jika cetak pada kain cotton, design mungkin akan
jadi kabur dan lebih teruk design tidak melekat pada baju. Kaedah sublimation ini hanya sesuai untuk baju berwarna cerah sahaja lebih-lebih lagi putih.
Baju berwarna hitam tidak boleh digunakan.
Kebaikan kaedah ini, warna cetakan akan kekal dan menyerap ke dalam benang kain dan tidak akan tanggal.

2. Heat Transfer. Sesuai untuk pelbagai fabrik kain sama ada cotton atau tidak. Proses cetakan adalah sama dengan Sublimation tetapi kos kertas cetakan adalah lebih mahal.
Kekurangannya, selepas beberapa kali basuhan, warna cetakan akan merekah dan pecah. Cara basuhan yang sesuai adalah dengan menterbalikkan baju.
Bahagian cetakan berada di dalam dan bahagian dalam berada di luar.
Heapress boleh mencetak minimum 1 helai baju. Namun, untuk mencetak baju dalam kuantiti banyak, kos lebih mahal berbanding Silkscreen.
Kaedah ini sesuai untuk Baju I AM, baju bergambar sendiri atau design full color.

Di Eyump's T-shirt Printing menawarkan kedua-dua jenis cetakan bergantung kepada keinginan dan design yang anda sediakan.

Jika berminat untuk menggunakan khidmat mencetak baju kami boleh membantu.

Call/WhatApp: 012-2544751

14/06/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys,

Hari ini E-yump’s T-shirt Printing ingin berkongsi jenis-jenis kain yang digunakan untuk membuat T-shirt.

JENIS-JENIS KAIN UNTUK T-SHIRT
 CVC 40 Double Interlock
 CVC Honeycomb
 CVC Honeycomb Lacoste
 CVC Wafer
 CVC Lacoste
 Fully Comb Woven Coller
 100% Cotton Mini Twill
 100% Cotton Turbular
 Double Interlock
 100% Interlock Vertical Line with Jacquard
 Micro Fibre
 Cotton Round Neck

5 Jenis kain yang biasa digunakan untuk membuat t-shirt:-

1. Tetra Cotton (TC 26)
Jenis kain ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Kebiasaan yang order kain jenis ini adalah pelajar sekolah rendah atau tadika yang ingin boat hair skin atau hair keluarga sekolah. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk scretch.

2. Cotton 100%
Kain jenis ini adalah kain yang mendapat sambutan yang paling menggalakan kerana any meresap peluh Dan salsa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masala yang biasa pada kain ini adalah any cepat melebar (scretch/shrinkage)

3. CVC/Lacoste
Kain jenis ini adalah campervan an Tara polyester Dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi l***a lembut dare kain TC. Kain jenis ini biasanya untuk bijou berkolar sahaja. Kain
Lacoste am at sensual dijadikan t-shirt formal.

4. Micro Fiber
Kain jenis ini am at salsa dipakai. kebiasaan kain ini digunakan untuk hari s**an Dan aktiviti luar termasuk jersey bola. Kain ini tidak meresap peluh Dan juga menyebabkan terasa cepat panas. Kain ini l***a mahal dare kain TC, lacoste Dan juga Cotton.

5. Cotton Interlock
Cotton Interlock adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah kerana kainjenis ini jenis tebal tetapi lembut Dan tidak panas. Sesuai dipakai didalam Dan luar bangunan. Biasanya orang yang mementingkan keselesaan Dan kualiti akan memilih kain jenis ini.

Berminat untuk menempah T-shirt dari E-yump’s T-shirt Printing

CALL/SMS/WHATSAPP :

5 TIPS PEMILIHAN DOORGIFT UNTUK TETAMU BIAR BERGUNA.'Doorgift sudah menjadi benda wajib dalam perkahwinan untuk diberika...
13/06/2020

5 TIPS PEMILIHAN DOORGIFT UNTUK TETAMU BIAR BERGUNA.

'Doorgift sudah menjadi benda wajib dalam perkahwinan untuk diberikan kepada para tertamu yang hadir.Barangan doorgift juga adalah salah satu yang dinantikan setiap kali pergi ke majlis perkahwinan.Trend sekarang bah!
Kalau dilihat memang ada pelbagai jenis doorgift dan yang paling pop**ar adalah Bunga Telur.Kini ada juga antara barangan 'rare' yang di jadikan sebagai doorgift seperti kicap,sos cili.Unik Sangat!

Tapi bagi saya, biarlah doorgift itu adalah sesuatu yang berguna kepada sipenerima.Tapi lain orang lain ragam dan kes**aan kan?

Di sini E-yump's T-shirt Printing berkongsi bagi menolong bakal-bakal pengantin untuk memilih doorgift mereka.

1. Pilih Doorgift yang berguna.
2. Doorgift yang ada nilai sentimental.
3. Doorgift DIY (DO IT YOURSELF).
4. Tempah lebih awal.
5. Buat survey 4-5 bulan.

Ingin mendapatkan doorgift dan custom yang berguna kepada semua orang.

Sila tempah di E-yump T-shirt Printing untuk Keychain + Pemotong kuku untuk dijadikan doorgift di hari perkahwinan anda.

CALL/SMS/WHATSAPP : http://www.wasap.my/0122544751

6 PANDUAN MEMBELI ROMPERS UNTUK BAYI ANDABagaimana kita hendak membeli pakaian bayi jika bayi belum dilahirkan? Apakah s...
13/06/2020

6 PANDUAN MEMBELI ROMPERS UNTUK BAYI ANDA

Bagaimana kita hendak membeli pakaian bayi jika bayi belum dilahirkan? Apakah saiz yang sesuai untuk bayi anda? Dan bagaimana p**a jika anda merupakan menjadi ibu kali pertama..
Tentunya s**ar untuk anda membuat keputusan.
Disini E-yump’s T-shirt Printing kongsikan #6 PANDUAN SAIZ MUDAH UNTUK BAYI ANDA untuk membantu anda!

Apakah saiz yang sesuai untuk bayi baru lahir? Disini kami kongsikan beberapa panduan mudah untuk memilih saiz yang sesuai untuk bayi anda. Untuk pengetahuan,
semua bayi mempunyai kadar tumbesaran yang berbeza, bentuk tubuh dan saiz.

PANDUAN SAIZ UNTUK BAYI ANDA MENGIKUT BERAT

Saiz 00000
Saiz ini sesuai untuk bayi pramatang atau bayi sangat kecil (berat lebih kurang 2kg). Terutamanya bayi yang lahir tidak cukup bulan. Jadi bayi yang mempunyai berat ini sesuai untuk saiz 00000 atau “very small”. Tip: Warna pakaian seperti putih atau warna unisex paling sesuai.

Saiz 0000
Ini merupakan saiz normal bayi baru lahir (berat lebih kurang 3kg) tetapi jangan penuhkan almari anda dengan saiz ini sebelum bayi anda lahir. Ini kerana tumbesaran bayi didalam rahim sehingga minggu ke-40 mungkin mencapai ±4kg. Jika ini berlaku, anda mungkin terpaksa menjual kembali baju-baju anak anda. Beli secara berhemah. Beli pakaian asas seperti bodysuit, romper dan sleepsuit. Saiz ini mungkin relevan sehingga satu ke bulan ke-2 dari kelahiran bayi anda. Tip: Warna pakaian seperti putih atau warna unisex paling sesuai.

Saiz 000
Saiz ini secara amnya sesuai untuk bayi berumur sehingga 3 bulan atau berat bayi lebih kurang 6kg. Tip: Belikan pakaian yang selesa dan mudah untuk menukar lampin seperti bodysuit, romper dan sleepsuit. Ini kerana bayi sangat kerap membuang air besar dan membuang air kecil.

Saiz 00
Saiz ini sangat sesuai untuk bayi berumur 6 bulan atau berat lebih kurang 8kg. Kemungkinan bayi anda akan memakai saiz 00 ini lebih lama berbanding saiz-saiz yang lain. Saiz ini juga akan cepat kotor dimana bayi anda akan mula makan makanan pejal pertamanya, akan mula aktif meneroka rumah seperti berguling, merangkak dan lain-lain. Pertimbangkan untuk memiliki “play clothes” dalam saiz 00. Tip: Carikan pakaian yang selesa untuk anak anda yang aktif. Mudah dicuci, harga berpatutan. Ini antara ciri-ciri yang penting.

Saiz 0
Saiz 0 secara amnya dibuat untuk bayi sehingga umur 9 bulan atau berat lebih kurang 10kg. Ketika umur ini, anak anda akan semakin aktif seperti merangkak, berjalan dan makan. Banyakkan saiz ini dalam simpanan anda. Tip: Pilih pakaian seperti legging, t-shirt, seluar panjang/pendek berbanding skirt. Seluar dan legging akan melindungi lutut anak anda daripada melecet atau luka.

Saiz 1
Saiz 1 ini sesuai untuk bayi berumur 12 bulan. Umur ini paling sesuai untuk bayi anda berfesyen. Kebanyakan bayi sudah katakan “goodbye” kepada merangkak dan mula berjalan. Sebagai ibu, anda juga akan katakan “goodbye” pada kotoran baju dan lutut seluar saiz 0. Bayi pada umur ini masih comot. Namun, mereka masih memerlukan “play clothes”. “Play clothes” sama seperti pakaian harian.

BERMINAT UNTUK DAPATKAN ROMPERS BABY DARI EYUMP'S T-SHIRT PRINTING ??
CALL/SMS/WHATSAPP: http://www.wasap.my/60122544751

Handphone case Custom.Promosi murah-murah.InshaAllah semua jenis handpone ada.Call/Whatsapp : 0122544751
13/06/2020

Handphone case Custom.
Promosi murah-murah.InshaAllah semua jenis handpone ada.
Call/Whatsapp : 0122544751

Terima kasih kerana menempah Beg kanak-kanak dari kami."Anak s**a sangat.Hari-hari nak pakai " -AyahMikail- KL-
13/06/2020

Terima kasih kerana menempah Beg kanak-kanak dari kami.
"Anak s**a sangat.Hari-hari nak pakai " -AyahMikail- KL-

Family T-shirt.    Berminat??Call/Whatsapp : 0122544751
13/06/2020

Family T-shirt.




Berminat??
Call/Whatsapp : 0122544751

Custom Bag Printing Boleh cetak nama anak-anak Design percuma  Harga Berpatutan Hadiah Misteri Banyak Pilihan menan...
13/06/2020

Custom Bag Printing
 Boleh cetak nama anak-anak
 Design percuma
 Harga Berpatutan
 Hadiah Misteri
 Banyak Pilihan menanti anda.

Call/Whatsapp : 0122544751

13/06/2020

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Keluarga merupakan asas yang penting bagi seorang kanak-kanak. Bagaimana mereka dididik pada awal usia bakal menentukan langkah di sepanjang perjalanan kehidupannya. Hubungan kekeluargaan yang erat akan melahirkan anak yang seimbang emosi seterusnya mampu menjalinkan hubungan sosial yang baik.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka dan dalam mengecapi keluarga yang bahagia dan harmoni. Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan bahawa hubungan kekeluargaan di antara mereka senantiasa erat dan semakin erat. Hubungan kekeluargaan yang erat dan utuh akan dapat membangun keluarga yang bahagia dan mampu untuk menghindari daripada berlakunya masalah pepecahan keluarga. Setiap manusia menginginkan keluarga yang erat dan harmoni. Untuk mengelakkan daripada berlakunya pepecahan keluarga di zaman yang moden ini, terdapat beberapa tips yang telah disenaraikan bagi membantu serta menjadi panduan bagi setiap ibu bapa dalam memastikan hubungan keluarga terjaga.

1. Berbincang

Perbincangan secara halus dan lembut akan membuatkan anak menghormati ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan jeritan kesat yang keluar dari mulut ibu bapa mereka sendiri. Masalah yang terjadi di dalam keluarga dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa memerlukan kekerasan. Perbincangan yang baik akan menghasiilkan penyelesaian yang baik. Jeritan mahupun ayat kesat yang dilontarkan daripada ibu bapa akan membuatkan emosi anak-anak akan terganggu dan seterusnya akan menyebabkan anak-anak memberontak dan mula menimbulkan perasaan hilang hormat akan orang tua mereka. Hal ini amat penting dalam menjamin keluarga yang bahagia dan ibu bapa harus memiliki tahap kesabaran yang tinggi di samping daripada terlalu mengikut perasaan amarah mereka.

2. Ungkapan perasaan sayang terhadap anak-anak

Hal ini dilihat agak mudah namun amat s**ar untuk diamalkan. Hal ini kerana perasaan ego yang terdapat dalam diri setiap manusia. Ungkapan sayang amat mudah untuk diungkapkan pada saat hangat dalam bercinta namun ianya menjadi semakin s**ar sekiranya diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Ramai ibu bapa masa kini yang jarang mengungkapkan rasa sayang mereka kepada anak mereka sehingga menyebabkan anak-anak mereka merasa kurang kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa. Ungkapan yang agak ringkas namun cukup bermakna ini amat penting bagi memastikan bahawa setiap ahli sentiasa disayangi dan dihargai.

3. Menyambut hari penting bersama

Perkara ini merupakan perkara yang sering dilakukan bagi mereka yang sedang hangat di dalam percintaan. Walau bagaimanapun, perkara ini semakin dilupakan oleh sesetengah keluarga disebabkan oleh faktor pekerjaan yang membuatkan mereka lupa akan hari-hari penting seperti ulang tahun perkahwinan mahupun hari ulang tahun pasangan dan anak-anak mereka. Menyambut hari penting bersama merupakan satu aktiviti yang sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menyambut hari penting pasangan mahupun anak-anak akan memberikan satu memori yang indah buat keluarga. Perasaan menyayangi antara ahlli keluarga akan semakin bertambah yang seterusnya akan mewujudkan keluarga yang bahagia.

4. Memberi sokongan yang padu kepada anak-anak

Ramai di antara mereka yang telah berkahwin menginginkan cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, pemberian yang telah diberi oleh Tuhan tidak dijaga dengan baik. Ibu bapa sibuk dengan kerja masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab serta kewajiban mereka sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah menjadi sumber kekuatan bagi anak-anak mereka dengan memberikan sokongan yang padu serta membimbing mereka kearah yang lebih baik. Sokongan yang padu seperti hadir di dalam acara sekolah mereka akan membuatkan mereka gembira dan bangga dengan kedua ibu bapa mereka.

5 Beriadah

Aktiviti berriadah bersama keluarga amat penting dalam memastikan bahawa ikatan kekeluargaan semakin erat. Hal ini kerana, ia dapat meluangkan masa bersama dan melakukan aktiviti bersama yang seterusnya dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Aktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi setiap keluarga bagi membantu mengurangkan masalah stres di tempat kerja dan juga masalah stres dengan pembelajaran. Aktiviti riadah seperti perkelahan dan juga melawat tempat-tempat yang menarik akan dapat mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan juga anak-anak mereka.

INGATLAH! Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung pada kerjasama antara anggota keluarga. Pepatah”cubit paha kanan,paha kiri sakit juga” perlu menjadi pegangan setiap keluarga. Pada hakikatnya setiap ahli keluarga memainkan peranan dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Jom Order T-shirt Family untuk keluarga agar sedondon ketika berjalan-jalan atau membuat aktiviti - aktiviti seperti berkelah, Majlis kahwin .Merewang dan lain-lain. di E-yumps T-shir Printing.

Call/ Whatsapp : 0122544751




T-shirt

Are You Looking For Creative And FAMILY t-shirt Design? I will make the awesome custom and trendy typography t-shirt des...
13/06/2020

Are You Looking For Creative And FAMILY t-shirt Design? I will make the awesome custom and trendy typography t-shirt design.
You Are At The Perfect Place to order. We Understand The Value Of Your t-shirt And Surely Create A Unique Design As Per Your Requirement From Scratch.
Don't waste your time and let's grab one from Eyump T-shirt Printing today.
Call/Whatsapp: 0122544751

Address

Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E-yump’s T-shirt Printing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share