Bahagian Risikan & Pemodenan Pasaran FAMA Page

Bahagian Risikan & Pemodenan Pasaran FAMA Page Perkongsian Maklumat Pasaran Agromakanan

Berdasarkan pemantauan harga bagi minggu berakhir 18 September 2026, keadaan pasaran runcit di Pasar Awam Chow Kit, W.P....
18/09/2026

Berdasarkan pemantauan harga bagi minggu berakhir 18 September 2026, keadaan pasaran runcit di Pasar Awam Chow Kit, W.P. Kuala Lumpur secara keseluruhannya masih stabil dan terkawal, dengan majoriti komoditi yang dipantau tidak menunjukkan perubahan harga berbanding minggu sebelumnya. Pergerakan harga yang direkodkan lebih bersifat terpilih mengikut komoditi, tanpa menunjukkan tekanan kenaikan harga yang berlaku secara menyeluruh di pasaran.

Kenaikan harga bagi sayur-sayuran jenis kekacang, khususnya Kacang Panjang Hijau dan Kacang Buncis, merupakan perkembangan utama yang perlu diberi perhatian apabila kedua-duanya mencatatkan peningkatan yang ketara dalam minggu yang sama. Turut mencatatkan kenaikan harga adalah Bawang Besar Merah India. Sebaliknya, penurunan harga bagi Bayam dan Kangkung, serta sayur-sayuran tanah tinggi seperti Kubis Bulat dan Tomato Tanah Tinggi, disokong oleh keadaan cuaca yang lebih baik di kawasan pengeluaran dan kemasukan bekalan yang lebih mencukupi. Penurunan harga Betik Sekaki turut memberi gambaran bahawa tekanan harga bagi beberapa komoditi semakin reda apabila bekalan kembali lebih seimbang dengan permintaan pasaran.

Secara keseluruhannya, pergerakan harga menjelang hujung minggu menunjukkan pasaran runcit masih berada dalam keadaan terkawal, dengan majoriti komoditi kekal pada paras harga minggu sebelumnya. Walaupun berlaku kenaikan yang agak ketara bagi Kacang Panjang Hijau dan Kacang Buncis, tekanan tersebut masih terhad kepada komoditi tertentu dan diimbangi oleh penurunan harga beberapa sayur-sayuran utama. Corak ini mencerminkan bahawa perubahan harga semasa lebih dipengaruhi oleh dinamika ketersediaan bekalan, keadaan pengeluaran dan permintaan mengikut komoditi, berbanding tekanan kenaikan harga yang bersifat menyeluruh.










๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ โ€“ Hasil tinjauan lapangan yang dijalankan pada Minggu ke-38 tahun 2026 di outlet runcit buah bermusim selur...
18/09/2026

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ โ€“ Hasil tinjauan lapangan yang dijalankan pada Minggu ke-38 tahun 2026 di outlet runcit buah bermusim seluruh Malaysia menunjukkan penurunan harga bagi komoditi buah dokong dan duku, tinjauan mendapati terdapat peningkatan bekalan di pasaran ketika ini, yang turut disokong oleh kemasukan bekalan import dari Thailand serta baki pengeluaran tempatan yang berada pada fasa akhir musim bagi memenuhi permintaan domestik yang dijual pada kadar RM7.00 sekilogram daripada RM9.00 sekilogram iaitu penurunan sekitar 22%.

Dalam tempoh yang sama, harga buah cempedak mencatatkan penurunan harga daripada RM9.00 sekilogram kepada RM8.00 sekilogram, bersamaan penurunan sekitar 11%.

Bagaimanapun, orang awam diingatkan bahawa harga buah duku, dokong dan cempedak di peringkat runcit adalah tertakluk kepada gred fizikal, saiz dan kualiti buah (seperti gred premium mahupun gred campuran/FAQ).








๐“๐จ๐ฆ๐š๐ญ๐จ ๐ฆ๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐Ÿ.Tomato (Tanah Tinggi) pada hari ini merekodkan penurunan harga yang signifikan...
17/09/2026

๐“๐จ๐ฆ๐š๐ญ๐จ ๐ฆ๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐Ÿ.

Tomato (Tanah Tinggi) pada hari ini merekodkan penurunan harga yang signifikan di semua peringkat pemasaran Semenanjung Malaysia. Pergerakan harga tomato menunjukkan perubahan mengikut keadaan bekalan semasa.

Pemulihan bekalan dari kawasan pengeluaran tanah tinggi, khususnya Cameron Highlands, menjadi antara faktor yang menyokong penurunan harga bagi tomato. Keadaan cuaca yang lebih sesuai membantu pertumbuhan tanaman dan pembentukan buah, sekali gus menyokong pemulihan pengeluaran serta peningkatan bekalan ke pasaran.

Secara keseluruhannya, pasaran tomato tanah tinggi menunjukkan keadaan bekalan yang semakin pulih. Walaupun harga masih tinggi dari julat kebiasaan, peningkatan pengeluaran berpotensi membantu menstabilkan bekalan serta mengurangkan tekanan kenaikan harga. Berdasarkan unjuran sehingga awal Oktober 2026, harga dijangka berada dalam lingkungan RM6.40/kg hingga RM9.00kg, namun masih tertakluk kepada keadaan cuaca, jumlah pengeluaran dan kelancaran pengedaran bekalan.









17/09/2026

๐๐€๐๐€๐‘๐€๐ ๐ˆ๐๐…๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ๐Š ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐‘๐”๐๐‚๐ˆ๐“ โ€ผ๏ธ

17 SEPTEMBER 2026

Laporan Komoditi Terpilih Negeri Sembilan pada bulan ini ialah Kacang Panjang atau nama saintifik Vigna sesquipedalis

Harga runcit tertinggi di rekodkan pada tahun 2026 ialah RM 10.50/kg dan paling murah RM 6.17/kg. Harga komoditi ini kerap pada RM 7.50/kg dan harga median ialah RM 7.77/kg.

Harga purata terkini berada dalam julat harga kebiasaan di Negeri Sembilan. Ini menunjukkan komoditi ini mempunyai penawaran dan permintaan yang stabil.

Berdasarkan "Trend Harga Purata Harian Mengikut Tahun" menunjukkan berlaku penurunan harga bagi varieti ini setiap bulan September sama seperti tahun yang sebelumnya. Harga runcit bagi varieti ini dijangka akan meningkat semula mulai Oktober hingga Disember.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™–๐™›๐™ž๐™–๐™ฃ: ๐™„๐™ฃ๐™›๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™›๐™ž๐™  ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™ž๐™ฃ๐™ž๐™จ๐™ž๐™–๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™ฅ๐™š๐™œ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ž ๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ ๐™—๐™š๐™ง๐™™๐™–๐™จ๐™–๐™ง๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™๐™–๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ก๐™ž๐™จ๐™– ๐™จ๐™š๐™ข๐™–๐™จ๐™–. ๐™…๐™ช๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ช, ๐™ฅ๐™ž๐™๐™–๐™  ๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ ๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™—๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™Ÿ๐™–๐™ฌ๐™–๐™— ๐™ ๐™š ๐™–๐™ฉ๐™–๐™จ ๐™จ๐™š๐™—๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ ๐™š๐™ง๐™ช๐™œ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž๐™–๐™ก๐™–๐™ข๐™ž ๐™™๐™–๐™ง๐™ž ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฉ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™–๐™ฅ๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ž๐™ฃ๐™ž.

Unit Risikan dan Pemodenan Pasaran

โ€œ๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„ : ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰โ€






17/09/2026
17/09/2026

Senario Harga Agromakanan Negeri Melaka 17 September 2026 (KHAMIS)
(Sayur - Sayuran Utama, Buah - Buahan Utama, Ternakan & Barang Kering)

Pemantauan harga purata runcit agromakanan di Pasar Besar MBMB pada 17 September 2026 menunjukkan bahawa sebahagian besar komoditi berada pada paras harga yang stabil berbanding minggu sebelumnya. Walau bagaimanapun, Kacang Panjang mencatatkan kenaikan harga sebanyak 10% kepada RM6.00 sekilogram. Perubahan harga ini dipengaruhi oleh keadaan penawaran dan permintaan semasa serta bekalan komoditi yang diterima di pasaran.

Bahagian Risikan & Pemodenan Pasaran FAMA Page
Laman Sosial FAMA Melaka
Fama Melaka
Risikan dan Pemodenan Pasaran FAMA Melaka

โ€œ๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„ : ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰โ€











Dashboard Harga Pasaran Terkini:
https://2ly.link/23Qft
Dashboard Analisis Harga Komoditi Terpilih:
https://2ly.link/23QiE
Borang Permohonan Data Harga:
https://2ly.link/23Qi See less

17/09/2026

Senario Harga Agromakanan Negeri Terengganu 17 Sept 2026

( Sayur - Sayuran Utama, Buah - Buahan Utama, Ternakan & Barang Kering )

Sumber: Unit Maklumat Pasaran Negeri Terengganu Fama

"๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ : ๐๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Faisal Iswardi
Muhamad Fadlee
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
FAMA Malaysia









Address

Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Risikan & Pemodenan Pasaran FAMA Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bahagian Risikan & Pemodenan Pasaran FAMA Page:

Shortcuts

Share