23/05/2023
DONE DELIVER
https://jiwacamp.com
Website yang telah direka dan dibina kali ini adalah sebuah website dengan fungsi booking untuk sebuah tapak perkhemahan yang baru dibuka iaitu Jiwacamp Campsite yang terletak di Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan, Pahang.
Jiwacamp menawarkan tapak khemah yang sesuai untuk family, group, hammock style, malah ada juga tapak untuk RV atau Van camping style. Dengan sistem booking ini campers boleh pilih tapak khemah yang mereka nak dan buat bayaran terus melalui website.
Selain tapak perkhemahan, fasiliti yang ada di Jiwacamp juga boleh ditempah mengikut session. Jadi Jiwacamp dapat menguruskan penggunaan fasiliti dengan lebih efficient.
Target persona adalah family with child jadi warna dan penggunaan font disesuaikan agar website tidak terlalu nampak adventurous. Konsep layout dan design adalah untuk menonjolkan rasa tenang dengan seperti berada dalam hutan bila user melayari website.
Kalau korang nak rasa suasana camping yang tenang dan healing boleh booking terus melalui website dengan guna kupon JIWACAMPBUKA untuk dapat 30% off.