17/09/2020
Suatu hari sekump**an pelajar telah datang mengunjungi profesor mereka yang sudah bersara.
"Assalamualaikum Prof. Apa khabar Prof sekarang." Tanya salah seorang pelajar tersebut. "Alhamdulillah, sihat dan baik sahaja." Jawab profesor sambil tersenyum manis.
Setelah masing-masing dipelawa duduk oleh profesor, mereka pun bercerita :
"Prof, kami sangkakan selepas alam universiti hidup akan menjadi lebih baik. Tetapi sebenarnya makin stres dan tertekan p**a. Gaji tak cukup. Berniaga dah lama tapi tak kaya-kaya"
Profesor tekun mendengar rintihan dan persoalan yang diajukan oleh para pelajarnya.
Sambil senyum profesor itu berkata "Bukankah kopi cukup untuk membuatkan kita relaks?" lalu profesor itu bangkit menuju ke dapur.
Semua pelajar termanggu dengan jawapan dan tindakan profesor tersebut. Mereka berbisik-bisik diantara satu sama lain bagi merungkai persoalan yang bermain di benak fikiran masing-masing.
Tidak lama selepas itu, profesor kembali dengan membawa satu teko kopi beserta cawan. Apa yang menariknya adalah tentang cawan yang dibawa oleh profesor itu.
Pelbagai jenis dan corak cawan yang dibawa bersama kopi tersebut. Ada cawan plastik, ada cawan besi, ada cawan kaca, ada cawan murah dan ada juga cawan yang mahal dan eksklusif.
Sebelum kopi dituang, profesor meminta para pelajarnya untuk memilih cawan yang mereka mahukan terlebih dahulu.
Maka berebut lah masing-masing bagi mendapatkan cawan yang terbaik. Sehingga ada sedikit kekecohan kecil berlaku. Kerana masing-masing mahukan cawan yang eksklusif dan mahal.
Setelah cawan berada di tangan semua pelajar, profesor pun meminta mereka untuk menuangkan kopi ke dalam setiap cawan.
Kini semua pelajar mempunyai kopi masing-masing, sambil tersenyum profesor pun berkata
"Lihat, semua cawan elok dan mahal sudah kamu ambil semuanya. Sehingga ada yang berebut-rebut. Kini yang tinggal untuk saya hanya cawan murah dan cawan plastik sahaja. Ianya adalah satu perkara normal untuk kamu memiliki sesuatu yang terbaik bagi diri kamu, tetapi tanpa kamu sedar ianya jugalah yang menjadi punca masalah dan membuatkan diri kamu stres."
โApa yang penting sebenarnya adalah kopi itu. Bukan cawan.โ
Hakikatnya tidak kira apa jenis cawan yang kamu pegang, yang penting kopinya sedap. Jika cawan sahaja mahal dan cantik, tetapi kopinya pahit dan kelat tak guna juga.โ
โTanpa sedar tadi kamu sibuk memilih cawan dan mula memerhatikan cawan orang lain. Mula timbul perasaan tak puas hati apabila melihat cawan orang lain lebih baik dari apa yang kamu ada. Mulalah rasa tidak selesa dan tekanan mula mencengkam. Sedangkan ketika ini cawan itu bukan keperluan kamu. Kamu sebenarnya hanya perlukan kopi di dalamnya sahaja."
Masing-masing mendengar dengar khusyuk apa yang diperkatakan oleh profesor itu. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan faham tentang apa yang disampaikan oleh profesor itu.
Profesor tersebut menyambung lagi, "Biarpun saya minum dari cawan yang murah ini, saya tetap dapat menikmati kopi yang sama seperti kamu.โ
โhidup kita hari ini umpama cawan dan kopi.โ
โKopi itu adalah keperluan hidup yang kamu mahu seperti bahagia, keluarga, ketenangan, kesihatan dan sebagainya. Manakala cawan itu umpama pekerjaan kamu, harta kamu, pejabat kamu, perniagaan kamu dan sebagainya.
semua orang mahu hidup yang baik. Mahu keluarga yang baik, mahu kesihatan yang baik dan sebagainya. Betul kan?"
Semua pelajar menganggukkan kepala tanda setuju dengan persoalan profesor itu.
"Cawan itu p**a hanyalah sebagai alat untuk kamu menikmati kopi tersebut. Begitu jugalah dengan wang, pekerjaan dan prestij. Semua itu adalah alat untuk kamu menikmati hidup. Ianya bukan matlamat utama kamu.
Apa jua jenis cawan yang kamu miliki tidaklah melambangkan akan kualiti hidup kamu yang sebenar. Ada orang kerjanya biasa sahaja, tetapi dia menikmati hidup yang baik, dan ada orang kerjanya bagus, gaji besar tetapi hidupnya saban hari tertekan. Mana pilihan kamu mahu?" Soal Profesor kepada pelajar.
"Saya mahu hidup yang baik dan kalau boleh nak cawan yang baik juga." Jawab seorang pelajar sambil tersengih dan dituruti dengan tawa riang dari pelajar lain. Profesor juga turut sama ketawa mendengar jawapan itu.
"Itulah hakikat sifat manusia. Sentiasa mahu yang terbaik dan perkara yang baik-baik sahaja. Tetapi hari ini tanpa sedar, ramai orang hanya fokus kepada cawan sehingga gagal menikmati hidup ini dengan baik.
Ada yang mengabaikan keluarga kerana terlalu sibuk bekerja. Ada ambil rasuah kerana mahu kaya tanpa peduli akan akibatnya dan pelbagai perkara dilakukan demi memperolehi cawan yang terbaik. Akhirnya hidup terus tergadai.
Untuk bahagia dalam hidup ini, nikmatilah kopinya dan bukan cawannya."
Semua pelajar tersenyum mendengar bicara profesor itu. Sungguh mendalam maknanya. Masing-masing mula sedar akan kesilapan diri yang hanya fokus kepada alat semata sehingga mengabaikan nikmat hidup ini.
***
Begitu juga dengan hidup kita, terkadang kita terlalu sibuk mengejar kerjaya, perniagaan, harta, pangkat dan sebagainya sehingga kita lupa pada Allah. Lupa nak solat, lupa nak tutup aurat, lupa tanggungjawab pada keluarga dan sebagainya.
Sehingga akhirnya hidup dalam keadaan stres. Hidup yang tak pernah tenang. Hati sentiasa gundah gulana. Semua serba tak kena dimata kita. Mudah melenting dan marah. Sering sakit dan sebagainya. Kerana kita telah tersalah pilih jalan hidup.
Oleh itu, perbaikilah fokus hidup kita. Muhasabah diri dan audit balik hidup kita. Adakah kita sudah terpesong jauh dari jalan kebahagiaan hidup. Kita hidup bukan untuk dunia, hidup kita hari ini adalah untuk akhirat. Pastikan cawan yang berada di tangan kita hari ini mampu membawa kita ke syurga dan bukan ke neraka. Hidup hakiki kita adalah untuk akhirat kelak.
Baiki amalan kita. Ubah gaya hidup kita dan tambah baik matlamat utama hidup kita hari ini. Berlaku jujur dengan diri sendiri dahulu jika mahukan perubahan yang lebih baik dalam hidup kita. Usah tunggu esok untuk berubah. Kerana esok belum tentu ada mentari buat diri kita.
Usah terus menerus menjadi hamba dunia. Hamba duit. Hamba pangkat dan darjat. Tak salah nak miliki segalanya, tetapi jadilah tuan kepada semua itu dan bukan menjadi hambanya. Jadikan semua itu sebagai alat yang akan membawa diri kita menuju ke syurga Allah dan bukan ia menjadi asbab kita dicampak ke dalam neraka. Berubahlah selagi nyawa masih dikandung badan.
Kredit to Syed Gadafi