16/09/2026
CURi KABEL TELEKOM — SAMPAI BILA NAK GANTI SEMULA?
Isu kecurian kabel Telekomunikasi ini bukan lagi cerita yang berlaku di satu-satu negeri sahaja.
Daripada Utara Semenanjung hinggalah ke Johor, kes kecurian kabel telekomunikasi dilaporkan berlaku berulang kali. Terbaru, pihak berkuasa turut melaporkan kes di Perak, manakala sebelum ini kes seumpamanya berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Persoalannya bukan semata-mata…
“Polis buat rondaan atau tidak?”
Kita faham tugas penguatkuasaan bukan hanya untuk menjaga kabel Telekom. PDRM mempunyai pelbagai tanggungjawab dan kawasan yang perlu dipantau.
Tetapi persoalan yang lebih besar ialah:
APA P**A LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PIHAK PEMILIK ASET?
Kabel telekomunikasi bukan sekadar wayar biasa.
Apabila kabel dipotong atau dicuri, ia boleh menyebabkan gangguan Internet, talian telefon dan perkhidmatan komunikasi kepada penduduk serta premis perniagaan. TM sendiri pernah menyatakan bahawa kecurian kabel dan vandalisme merupakan antara faktor yang menyebabkan gangguan rangkaian.
Jadi, adakah terdapat:
🔸 Rondaan berkala oleh security/pengawal swasta di kawasan yang dikenal pasti berisiko?
🔸 CCTV atau remote monitoring di lokasi strategik?
🔸 Sistem early detection / alarm sekiranya kabel dipotong atau lurang dibuka?
🔸 Kerjasama lebih agresif dengan PDRM, MCMC, pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat?
🔸 Pemantauan terhadap lokasi-lokasi yang pernah menjadi sasaran berulang kali?
🔸 Atau tindakan hanya bermula selepas kabel dicuri — buat laporan polis, proses tuntutan insurans, tempah kabel baharu dan datang semula untuk pemasangan?
Ini bukan tuduhan.
Ini adalah persoalan tentang preventive security dan pengurusan aset kritikal.
Lebih-lebih lagi apabila modus operandi sindiket semakin tersusun. Dalam satu kes yang didedahkan pada 2026, polis mendapati suspek menggunakan metal detector untuk mengesan kedudukan kabel bawah tanah, peralatan khas dan kenderaan pacuan empat roda untuk menarik kabel keluar dari lurang.
Dalam kes lain di Pulau Pinang, kabel TM sepanjang kira-kira 70 meter dengan nilai dianggarkan RM17,000 dilaporkan dipotong dan dicuri.
Malah pada November 2025, Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa MCMC, penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan PDRM sedang membangunkan pelan tindakan bersepadu untuk menangani kecurian serta vandalisme infrastruktur telekomunikasi, termasuk pemeriksaan terhadap premis dan pusat pengumpulan barangan lusuh.
Jadi mungkin sudah tiba masanya isu ini dilihat bukan sekadar sebagai:
“Kabel kena curi → laporan polis → ganti kabel.”
Tetapi sebagai isu:
KESELAMATAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI.
Kerana yang terputus bukan sekadar kabel.
Yang terputus ialah Internet.
Yang terputus ialah talian komunikasi.
Yang terganggu ialah urusan harian penduduk dan perniagaan.
Persoalan kepada pihak berkaitan:
Apakah langkah preventive security yang sedang dilaksanakan untuk mengurangkan kejadian berulang di lokasi yang sama atau kawasan berisiko tinggi?
Kalau pencuri boleh datang berkali-kali ke kawasan yang sama,
kita juga sepatutnya boleh meningkatkan kawalan di kawasan tersebut.