10/10/2025
📢 MAKLUMAN RASMI – PERLUASAN KELULUSAN KUOTA PEKERJA ASING SECARA CASE-BY-CASE
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan bahawa hasil keputusan Mesyuarat Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia pada 19 Ogos 2025, kelulusan kuota penggajian pekerja asing secara case-by-case basis kini diperluaskan kepada beberapa sektor tambahan.
🔹 Sektor terlibat:
Perkhidmatan: Borong runcit, dobi industri/komersial, restoran, gudang darat, pengendalian kargo, barang logam & lusuh (berlesen)
Pertanian: Tanaman (sayur, buah, industri), ternakan, akuakultur
Perladangan: Semua jenis tanaman
Pembinaan: Projek kerajaan & berkepentingan kerajaan
Perkilangan: Pelaburan baharu (MIDA) & penggantian pekerja sedia ada
Perlombongan & pengkuarian: Mineral strategik dan komoditi
JIM juga akan mengeluarkan Surat Pengesahan Keluar bagi pekerja asing yang telah mendapat Check Out Memo (COM) untuk tujuan penggantian kuota pekerja asing.
📅 Sektor layak penggantian COM:
Restoran (2024–kini)
Kargo (2021–kini)
Perkilangan (2024–kini)
📄 Majikan diwajibkan mengemukakan salinan COM & Surat Pengesahan JIM semasa memohon penggantian kuota di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing (OSC), KDN.
Maklumat lanjut: www.imi.gov.my