Yayasan Restu Utara

Yayasan Restu Utara Pusat Penyalinan, Penterjemahan, Penyelidikan, Percetakan dan Penyebaran Al Quran di Malaysia

28/08/2026

🚨 ORANG PULAU PINANG, PAKAT MAI RAMAI-RAMAI! 🚨πŸ”₯

Jangan lepaih peluang ni sebab dari 28–30 Ogos, macam-macam aktiviti dan pameran menarik menanti hangpa di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya!🀩

Antara yang ada:

βš”οΈ Pameran Replika Pedang Para Sahabat Rasulullah SAW

πŸ“–Pameran 1 Juta Al-Quran Terjemahan Pelbagai Bahasa

πŸ•‹ Peluang melihat sendiri Kiswah Kaabah yang asli

πŸ₯½ Pengalaman imersif Virtual Reality Kisah-Kisah Sirah Para Nabi

✍️ Bengkel Kaligrafi

πŸ–‹οΈ Demonstrasi & DIY Seni Khat

πŸ›οΈ Booth-booth pelbagai agensi kerajaan

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Sesuai untuk satu keluarga! Bawa mak ayah, anak-anak, adik-beradik dan pakat mai ramai-ramai!

πŸ“Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya
πŸ“… 28–30 Ogos
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

JUMPA HANGPA DI SINI!!! πŸ˜πŸ™Œ

PameranIslamik tempatmenarikpenang

28/08/2026
🌱 Melahirkan Guru, Membina Generasi Inovator Al-QuranAlhamdulillah, Kursus Training of Trainers (TOT) STEM-Q Siri 4 tela...
05/08/2026

🌱 Melahirkan Guru, Membina Generasi Inovator Al-Quran

Alhamdulillah, Kursus Training of Trainers (TOT) STEM-Q Siri 4 telah berjaya dilaksanakan pada 27–29 Julai 2026 di Bahang Bay Hotel, melibatkan 70 orang guru daripada 28 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah MAINPP (BPI JHEAIPP).

Siri ini menjadi penutup kepada keseluruhan Program TOT STEM-Q, yang telah berjaya melatih 300 orang guru menerusi Siri 1 hingga Siri 4.

Program ini bukan bertujuan menambah beban tugas guru atau memperkenalkan silibus baharu. Sebaliknya, ia memperkasa pendekatan sedia ada dengan menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam penerokaan STEM, selaras dengan kehendak DSKP, PBL dan PAJSK di sekolah.

Semoga latihan ini menjadi titik permulaan kepada lahirnya lebih ramai guru yang mampu membimbing murid mentadabbur ayat-ayat Allah, mentafsir alam ciptaan-Nya, dan menterjemahkan kefahaman itu kepada inovasi yang memberi manfaat kepada ummah.

πŸ“– Membaca ayat yang tertulis. Meneroka alam yang terbentang. Melahirkan inovasi berteraskan wahyu.

Eksplirasi 114 STEMQ : πŸ”¬ Bengkel STEM-Q sempena National Training Week (NTW) 2026πŸ“ UiTM Cawangan Pulau PinangAlhamdulill...
05/08/2026

Eksplirasi 114 STEMQ : πŸ”¬ Bengkel STEM-Q sempena National Training Week (NTW) 2026
πŸ“ UiTM Cawangan Pulau Pinang

Alhamdulillah, Bengkel STEM-Q telah berjaya dilaksanakan dengan menggabungkan tadabbur Al-Quran, penerokaan sains dan aktiviti hands-on dalam satu pengalaman pembelajaran yang interaktif.

Selain perkongsian mengenai konsep STEM-Q, para peserta turut menjalani latihan secara praktikal melalui pelbagai aktiviti hands-on. Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta untuk mengalami sendiri bagaimana penemuan sains dan inovasi dapat diterokai dengan berpandukan ayat-ayat Al-Quran, sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Lebih istimewa, bengkel ini turut disertai oleh peserta bukan Islam yang bersama-sama mengikuti setiap aktiviti dengan penuh minat dan keterbukaan. Ini membuktikan bahawa STEM-Q merupakan satu pendekatan pendidikan yang bersifat inklusif, membina budaya ilmu, menggalakkan pemikiran kritis serta memupuk semangat saling memahami antara masyarakat.

Daripada ayat yang tertulis, kita meneroka alam yang terbentang. Daripada tadabbur, lahirnya inspirasi inovasi.

PAMERAN Yayasan Restu Utara | NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) 2026Alhamdulillah, Yayasan Restu Utara (YRU) turut memeriahka...
05/08/2026

PAMERAN Yayasan Restu Utara | NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) 2026

Alhamdulillah, Yayasan Restu Utara (YRU) turut memeriahkan National Training Week (NTW) 2026 dengan membawa pengalaman yang menggabungkan seni, Al-Quran, ilmu dan inovasi.

Antara tarikan di Booth YRU ialah aktiviti hands-on Kaligrafi Jawi yang memberi peluang kepada pengunjung mencuba sendiri keindahan seni tulisan Jawi. Lebih bermakna, aktiviti ini turut menarik penyertaan pengunjung bukan Islam, menjadikan seni sebagai jambatan untuk saling mengenali dan menghargai warisan budaya.

Pengunjung juga berpeluang meneroka:

✍️ Hands-on Kaligrafi Jawi
πŸ“– Pameran Inisiatif 1 Juta Al-Quran
πŸ”¬ Pameran STEM-Q β€” meneroka hubungan antara Al-Quran, sains, teknologi dan inovasi.

Semoga setiap kunjungan bukan sekadar melihat pameran, tetapi membuka ruang kepada ilmu baharu, pengalaman baharu dan inspirasi baharu.

Dari seni kepada ilmu, dari wahyu kepada inovasi.








31/07/2026
Pameran STEMQ sempena Perasmian SMKA Sheikh Abdullah Tahir Jalaluddin.Sebuah sejarah baharu terlakar bagi membina genera...
26/07/2026

Pameran STEMQ sempena Perasmian SMKA Sheikh Abdullah Tahir Jalaluddin.

Sebuah sejarah baharu terlakar bagi membina generasi yang bukan sahaja membaca dan memahami Al-Quran, tetapi mampu meneroka alam ciptaan Allah serta menterjemahkan kefahaman itu kepada sains, teknologi dan inovasi.

Semoga dari Sekolah Da’ie ini lahir generasi berilmu, beradab, kreatif dan mampu membawa mesej Al-Quran kepada dunia.

Dari Wahyu ke Inovasi. Dari Sekolah Da’ie untuk Ummah.

πŸ“’ Warga Pulau Pinang dan kawasan sekitar, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Program Simfoni Dakwah:...
03/07/2026

πŸ“’ Warga Pulau Pinang dan kawasan sekitar, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Program Simfoni Dakwah: Sebarkan Salam

Pelbagai pengisian menarik menanti anda seisi keluarga, antaranya program kerohanian, kemasyarakatan, kesukanan dan kebajikan yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam semangat ukhuwah dan rahmah.

πŸ—“οΈ 4–5 Julai 2026 (18–19 Muharam 1448)
⏰ 8.00 pagi - 10.00 malam
πŸ“Masjid Timah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Jom hadir, sebarkan salam, eratkan silaturahim dan semarakkan semangat kebersamaan demi ummah.

Jumpa anda di sana!




Address

Masjid At Taqwa, Mak Mandin
Butterworth
12300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Restu Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yayasan Restu Utara:

Shortcuts

Share