Pakat Share Semua

Pakat Share Semua "Benda Boleh Share,Share Aje La"

Resipi Sotong Stim Ala Thai
18/04/2025

Resipi Sotong Stim Ala Thai

Owee Ching Iyu ketika berusia sembilan tahun memasuki alam persekolahan di Sekolah Melayu Tendong, Pasir Mas, Kelantan. ...
18/04/2025

Owee Ching Iyu ketika berusia sembilan tahun memasuki alam persekolahan di Sekolah Melayu Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau yang berumur 77 tahun menjadikan tulisan Jawi sebagai tulisan utama dan mengakui tidak pandai menulis tulisan Cina kerana tidak mendapat pendidikan formal dalam subjek berkenaan. Iyu amat meminati tulisan Jawi malah sering menggunakannya dalam kehidupan seharian walaupun tahu menulis rumi.

Menurutnya, tulisan Jawi sering digunakan untuk kegunaan harian contohnya untuk menanda tarikh-tarikh penting untuk aktiviti pertanian kerana bekerja sebagai petani di kampung. Tambah Iyu, belajar menulis Jawi pada mulanya susah tetapi bila sudah berjaya menguasainya, ia menjadi lebih mudah berbanding tulisan rumi. Menurutnya lagi, cabarannya sekarang adalah ejaan-ejaan dalam Jawi telah sedikit berbeza ketika beliau mula-mula belajar dahulu.





Sumber: Soya Lemon

šŸ‘
18/04/2025

šŸ‘

Kalau anak awak degil, kasar, kurang adab, kurang hormat, susah dengar cakap…Jangan cepat salahkan dunia luar.Jangan ter...
18/04/2025

Kalau anak awak degil, kasar, kurang adab, kurang hormat, susah dengar cakap…

Jangan cepat salahkan dunia luar.

Jangan terus tuding jari pada kawan-kawan anak, guru sekolah, gajet atau media sosial.

Jangan terus hukum anak dengan rotan dan herdik.

Kerana hakikatnya
Anak itu adalah cerminan dalaman diri kita sendiri.

Anak tak membesar dalam ruang kosong.

Anak belajar daripada gelombang emosi, cara kita bercakap, cara kita melayan pasangan, dan getaran yang kita pancarkan tanpa sedar setiap hari.

Kalau hati kita penuh tekanan…

Kalau suara kita selalu meninggi…

Kalau kita cepat marah, s**a menghukum dan tak mampu kendalikan emosi sendiri…

Maka anak akan menyerap semua itu.

Bukan melalui kata-kata kita, tapi melalui tenaga dan sikap kita.

Dan kalau awak rasa marah bila dengar kenyataan ini…

Jika hati awak rasa nak menolak, rasa nak bangkang, rasa nak lawan…

Itu tandanya
awak sedang bertuhankan ego.

Sedang hati yang jujur dan tunduk pada Tuhan, akan terus mencari jalan memperbaiki diri… bukan mencari alasan menyelamatkan imej.

Nak ubah anak?
Ubah diri awak dulu.

Anak-anak tak perlukan ibu ayah yang sempurna.

Mereka perlukan ibu ayah yang sedang berjuang memperbaiki diri, yang mampu mengaku salah, dan berani berubah dari dalam.

Kerana bila awak mula rawat hati…

Anak pun akan ikut sembuh.

Sebab mereka sedang hidup dalam pantulan jiwa awak. šŸ«€šŸ„°
————-

Kredit : Petua Ibu

Ilmu mahal ni😁. Jarang² dapat macam ni. Selalu kita dengar kandungan emas je. Tapi gambar ini siap tunjuk kuantiti logam...
18/04/2025

Ilmu mahal ni😁. Jarang² dapat macam ni. Selalu kita dengar kandungan emas je. Tapi gambar ini siap tunjuk kuantiti logam lain dalam kandungan emas. Contoh macam emas 999.9, semua kandungan emas, tiada unsur kandungan logam lain berbanding mutu emas lain. Contoh emas 916, tengok sebelahnya logam lain, sebab itu kandungan 91.6% sahaja emas, 8.4% logam lain.

Emas 950 pulak kebanyakan tiada di Malaysia, tapi banyak di Thailand. Sebab tu emas Thailand lawa² barang kemasnya, sebab mutunya 950 itu 95% emas dan hrganya lagi tinggi dari emas 916.

Kredit : Mohd Azhar Awang

Air Asam Jawa Bantu Tingkatkan Fungsi Paru-Paru: Rahsia Alam untuk Nafas Lebih LegaRamai antara kita mengenali asam jawa...
18/04/2025

Air Asam Jawa Bantu Tingkatkan Fungsi Paru-Paru: Rahsia Alam untuk Nafas Lebih Lega

Ramai antara kita mengenali asam jawa sebagai bahan penting dalam masakan tradisional Melayu – sama ada dalam kuah asam pedas, sambal belacan atau sebagai penambah rasa dalam pelbagai hidangan. Tetapi tahukah anda, selain menyedapkan makanan, asam jawa juga menyimpan rahsia luar biasa dalam membantu kesihatan paru-paru dan sistem pernafasan?

Penemuan Menarik dari Kajian Terkini

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Systemic Reviews in Pharmacy pada tahun 2021, para penyelidik mendapati bahawa air asam jawa mampu meningkatkan isipadu udara dalam paru-paru, terutamanya dalam kalangan perokok tegar.

Seramai 40 lelaki dewasa yang merokok telah mengambil air asam jawa setiap hari selama tujuh hari. Hasilnya mengejutkan — isipadu udara dalam paru-paru meningkat daripada 56% kepada 73%, menunjukkan peningkatan ketara dalam kapasiti pernafasan.

Kajian ini turut dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi, saintis utama dari MARDI, dan mendapat liputan media seperti Kosmo! dan Berita Mediacorp.

Bagaimana Air Asam Jawa Membantu Fungsi Pernafasan?

Kebaikan air asam jawa bukan sekadar mitos – ia disokong oleh kandungan nutrisinya yang bersifat menyembuh secara semula jadi. Berikut adalah cara ia membantu:

1. Mengurangkan Keradangan Salur Pernafasan

Asam jawa mengandungi anti-radang semula jadi seperti flavonoid dan polifenol. Ia membantu mengurangkan bengkak dan iritasi pada salur pernafasan yang sering berlaku akibat asap rokok, jangkitan, atau pencemaran.

2. Mencairkan Kahak & Melancarkan Aliran Udara

Ia bersifat mukolitik ringan, membantu mencairkan kahak pekat yang menyumbat saluran pernafasan, menjadikan pernafasan lebih lancar dan lega.

3. Kaya Antioksidan untuk Detoks Paru-Paru

Asam jawa membantu menetral dan membuang radikal bebas yang merosakkan tisu paru-paru – terutamanya penting bagi perokok atau mereka yang terdedah kepada pencemaran udara.

4. Meningkatkan Keanjalan Paru-Paru

Dengan mengurangkan tekanan oksidatif dan radang, ia membantu memulihkan keanjalan alveoli – struktur paru-paru penting yang menyerap oksigen.

5. Menyokong Detoksifikasi dan Imuniti

Selain bantu paru-paru, air asam jawa juga menyokong sistem detoks tubuh dan menguatkan imuniti dengan kandungan vitamin C semula jadinya.

Cara Sediakan Air Asam Jawa untuk Amalan Harian

Bahan:

1 genggam asam jawa tanpa biji

1 gelas air suam

Sedikit madu (jika mahu)

Cara Penyediaan:

1. Rendam asam jawa dalam air suam selama 10–15 minit.

2. Ramas hingga keluar jus pekat, tapis.

3. Tambah madu jika mahu, dan minum sekali sehari, sebaiknya waktu pagi atau selepas merokok bagi perokok.

Siapa Sesuai Amalkan?

Perokok yang mahu bantu bersihkan paru-paru

Mereka yang alami kahak berlebihan atau batuk berkahak

Pesakit yang kerap alami sesak nafas ringan

Individu yang tinggal di kawasan berasap atau berhabuk

Nota Penting

Walaupun manfaatnya sangat memberangsangkan, ini bukan pengganti rawatan perubatan. Jika anda mempunyai masalah paru-paru kronik seperti asma atau COPD, sila dapatkan nasihat doktor. Air asam jawa adalah pelengkap semula jadi yang boleh menyokong proses pemulihan, bukan rawatan utama.

Kesimpulan

Dari dapur ke dunia perubatan, air asam jawa kini terbukti secara saintifik membantu meningkatkan kesihatan paru-paru, terutamanya dalam kalangan perokok tegar. Dengan amalan mudah dan kos rendah, ia boleh menjadi sebahagian daripada ikhtiar semula jadi untuk bernafas lebih lega dan sihat.

Cuba amalkan hari ini — untuk nafas yang lebih lapang dan hidup yang lebih sihat.

Address

Cheras, Selangor
56000

Opening Hours

Monday 11:00 - 19:00
Tuesday 11:00 - 19:00
Wednesday 11:00 - 19:00
Thursday 11:00 - 19:00
Friday 11:00 - 19:00
Saturday 11:00 - 19:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakat Share Semua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share