Burger permaisuri one two nine

Burger permaisuri one two nine Lokasi sederet dgn jpj permaisuri cheras . Depan 7eleven

18/10/2025

Di gunung, yang penting bukan siapa paling laju, tapi siapa yang tak tinggalkan sesiapa.

Gunung Liang bukan gunung sempoi. Terletak di sempadan Perak–Pahang, gunung ini terkenal dengan laluan yang panjang, lembap dan curam.
Untuk menawan dua puncaknya Liang Timur dan Liang Barat pendaki biasanya mengambil masa 3 hingga 4 hari, melalui denai sempit, lintasan sungai dan tanjakan yang menguji tenaga serta mental.

Di puncak setinggi hampir 1,933 meter, suhu malam boleh turun ke sekitar 10–12°C. Dengan angin dan kabus tebal, suhu boleh terasa jauh lebih sejuk. Dalam keadaan begini, bahaya sebenar bukan hanya jatuh atau tersesat tetapi hipotermia, iaitu apabila suhu badan jatuh di bawah 35°C dan tubuh gagal mengekalkan haba.

Apabila kesejukan melampau, jantung mula perlahan, otot kejang, fikiran kabur…
dan seseorang boleh rebah tanpa sempat meminta tolong.

Itulah yang dipercayai menimpa Mustaqeem Mansoor, 34 tahun,pendaki yang memulakan ekspedisi bersama 10 rakan pada 10 Oktober melalui laluan Bukit Fraser.

Beliau berjaya menawan puncak Liang Barat,
namun tidak sempat kembali. Kali terakhir dilihat pada malam 14 Oktober,dalam keadaan keletihan dan sakit kaki, tertinggal di belakang kumpulan.

Menurut laporan media dua malim gunung yang mengiringi kumpulan tersebut berpisah di puncak Liang Barat seorang kekal menemani Mustaqeem yang keletihan, manakala seorang lagi membawa turun pendaki lain untuk mendapatkan bantuan. Namun selepas beberapa jam, kedua-duanya turun meninggalkan puncak, meninggalkan mangsa sendirian.

Apabila tidak muncul di bawah seperti dijadualkan, laporan kehilangan dibuat,
dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) digerakkan oleh pihak berkuasa.

🚨 Misi SAR: cabaran cuaca ekstrem

Operasi diketuai Jabatan Bomba Perak,
dengan penglibatan puluhan anggota daripada PDRM, APM, Jabatan Perhutanan,
Pas**an Sukarelawan Slim Village dan UPSI.
Pas**an menjejaki laluan hutan menggunakan kaedah LAST (Lost, Aware, Sound, Track),
berdepan cuaca berkabus, tanah becak dan laluan curam.

Pada 16 Oktober jam 3.30 petang, pas**an SAR menemui jasad Mustaqeem di puncak Liang Barat, masih lengkap berpakaian di kawasan dia dipercayai berehat kali terakhir.

Evakuasi melalui helikopter dilakukan pada keesokan harinya selepas cuaca mengizinkan.
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah, dan hasil bedah siasat sedang menunggu pengesahan lanjut.

Polis mengesahkan bahawa dua malim yang terlibat turut ditahan atas dakwaan memasuki kawasan hutan simpan tanpa permit.

Gunung Liang kini menyimpan kisah tentang keberanian dan setia kawan,tentang seorang pendaki yang sempat sampai ke puncak tetapi tidak sempat pulang.

Gunung itu tak pernah kejam.
Ia cuma jujur mengajar kita bahawa dalam hidup,
yang penting bukan sampai ke atas…tetapi pulang dengan selamat bersama mereka yang kita sayang.

Kerana pendakian sebenar bukan siapa yang cepat ke atas, tetapi siapa yang sanggup menemani hingga ke akhir langkah.

🤲 Al-Fatihah buat arwah Mustaqeem Mansoor.

Baru tahu.... Banyak rupanya kegunaan dia. Wajib ada dekat rumahMampu menyelamatkan poket andaKEGUNAAN WD-40 UNTUK KEDIA...
20/06/2025

Baru tahu.... Banyak rupanya kegunaan dia. Wajib ada dekat rumahMampu menyelamatkan poket anda

KEGUNAAN WD-40 UNTUK KEDIAMAN

Selama ni tahu fungsi WD-40 boleh menghilangkan karat je! Tapi tahu tak, WD-40 juga mempunyai banyak gila fungsi lain

● Hilangkan bunyi dekat pintu
● Hilangkan kesan minyak dekat karpet
● Hilangkan kesan conteng dekat dinding
● Kilatkan cermin
● Dapat melindungi kayu dan logam daripada terhakis
● Hilangkan kesan calar hitam pada lantai mozek
● Menjadikan barangan yang diperbuat dari kulit tahan lebih lama
● Menjadikan mangkuk tandas bersih dan berkilat
● Dapat menghilangkan super glu dan gris yang lekat pada jari
● Tanggalkan sticker dengan mudah
● Boleh menjadi pengganti kepada racun serangga

Wahh! Banyak rupanya kegunaan WD-40 ni kan! Mmg function habis

🔴Nak makan burger padu boleh ke Burger permaisuri one two nine

16/04/2025

Resepi Teh Masala Kaw Lemak Manis Berkrim

Selamat Pagi. Memang nikmat bila hirup teh perlahan-lahan ketika panas-panas suam. Dia punya kaw melekat disegenap rongga mulut, yang tak s**a rasa “Rempah” tak perlu letak bahan rempah tapi hasilnya teh kaw je lah tidak lagi teh MASALA.

Cara membuat 👇

06/03/2025
04/12/2024
30/11/2024
Aduh...
23/11/2024

Aduh...

🤣🤣
23/11/2024

🤣🤣

20/11/2024

Ada hutang mahu dilunaskan. Ada perut mahu di isikan.Ada hati mahu dijaga.Ada jasa belum terbalas. Moga dimurahkan rezeki kita 🤲

11/11/2024

Address

Cheras
56100

Opening Hours

Monday 18:00 - 23:00
Tuesday 18:00 - 23:30
Wednesday 18:00 - 23:30
Thursday 18:00 - 23:30
Friday 18:00 - 23:30
Sunday 18:00 - 23:30

Telephone

+60175551790

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Burger permaisuri one two nine posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share