My Next Door

My Next Door Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from My Next Door, Advertising/Marketing, Persiaran Multimedia, Cyberjaya.

[ SESUATU DI HATI ]“Kenapa Yana nak tolong saya..” soal Eliya keliru.Adriana hanya tersenyum namanya dah ada timangan da...
04/11/2021

[ SESUATU DI HATI ]

“Kenapa Yana nak tolong saya..” soal Eliya keliru.

Adriana hanya tersenyum namanya dah ada timangan dari sahabat barunya tu. Dilarikan matanya ke kiri ke kanan.

“Dulu, bila saya ada masalah masa kerja ni, Kapten lah yang banyak tolong saya. Banyak kali Kap pesan, kalau bukan kita yang tolong ‘team’ kita, siapa lagi?… kan..? “ jawab Adriana tenang.

Ringkas pujukan Adriana tu, tapi cukup untuk Eliya mengagumi Putra sebagai ketuanya.

“Tak susahkan awak ke Yana? Nanti saya dah gaji, saya bayar balik eh..?” Eliya menyeka saki baki air mata yg lama basah di p**inya.

“Bayar balik ape? Sos yang pecah tu..?”

Eliya mengangguk lemah.

“Laaa.. sos tu berapa ringgit je Eliya, kalau awak nak ganti, baik awak belanja saya makan Seoul Garden tu haa..” gurau Adriana sambil ketawa besar.

Tersenyum kecil Eliya dengan keletah sahabatnya tu. Sedikit sebanyak dapat mengubati hatinya yang geram dengan apa yang jadi tadi.

Sungguh, walaupun cuma baru beberapa jam Eliya mengenali Adriana, Eliya dapat merasakan yang dia sudah mendapat kawan sekerja yang cukup baik.

Syukur di hatinya tak henti henti. Dapat kawan yang baik tu jugak rezeki.

“Tapi kan, comel jugak awak bagi nama Yana kat saya.. hehe..” tersengih Adriana.

“Suka la tu…” ejek Eliya.

“Mestilaa.. dekat setahun saya kerja kat sini, takde pun yang nak panggil saya nama manja macamtu. Hemmm…”

“Walaupun Kapten ?..” Eliya pancing.

“Yelah.. geram betul dengan kapten tu,..” serta merta Adriana tersentak.

Dia sedar dirinya termakan pancing Eliya..

Eliya memeluk tubuhnya memandang Adriana yang sedang menahan malu. Sambil tersenyum senget.

Akhinya kedua dua berpandangan.

“Hahahahhahaha…”

(Ep. 12)

____________________________

Yang nak bantu Eliya, boleh dapatkan barangan dapur di link ni :

https://www.run-cit.com/

[ SEJADAH BURUK ] - Episod 11Eliya rebah ke lantai. Melihat taburan kaca memenuhi lantai.Serta merta berjurai air matany...
31/10/2021

[ SEJADAH BURUK ] - Episod 11

Eliya rebah ke lantai. Melihat taburan kaca memenuhi lantai.

Serta merta berjurai air matanya. Hati pekerja mana yang tak rapuh. Baru sahaja sehari melangkah kaki masuk mencari rezeki. Kena p**ak ujian sebesar ni. Impian Eliya dari waktu dia diterima bekerja tadi, dia teringin nak berbakti sehabis kudratnya kat sini.

Tiada lain yang Eliya inginkan. Hanya nak bantu emaknya.

Wajah susuk tua berumur lewat 50 an bermain di matanya. Tiap hari tatkala Eliya & adik-adiknya masih lena diulit mimpi pada jam 4 pagi, emaknya dah berpecah peluh di dapur mengangkat pisang-pisang untuk disiatkan.

Ada juga kadang-kadang masa Eliya solat subuh, terlihat emaknya terlantar tidur di meja dapurnya.

Sungguh, emaknya penat..dengan umurnya sekarang, rambut putih hampir memenuhi kepala. Kedutan wajah yang dulu halus kini membesar.
Langsung terlihat persis Wan Maimunah.

Penat bukan nak teruskan berkerja, tapi penat memikul beban keluarga. Penat menjaga membesarkan Eliya & adik-adik. Penat menangis sakit minyak panas yang terkena dijari masa menggoreng. Tak sempat jari tu sembuh, dah kena siatkan pisang.

Sekalipun memang emaknya tak pernah mengeluh, tempat ‘feveret’ emaknya cuma sejadah buruknya. Sejadah itulah melihat semuanya, mendengar permintaan yang terucap di bibir. Mengeringkan embun mata yang berjurai saat dahi tersujud.

Hati anak mana yang tak sebak bila dia yakin yang mengalir itu air mata, tapi ibu syurganya tetap kata itu hanya peluh & lalu dialihkan pandangan. P**i lembap itu sebagai saksi.

Dan sekarang giliran p**i Eliya p**a lembap menghadapi ujian pertama kerjanya ini. Beberapa kali diseka air matanya dengan hujung lengan bajunya.

Diusap semahunya belakang Eliya oleh Adriana.

“Eliya, kalau ada bos kita yang marah. Cakap saya yang terpecahkan eh?..”
jelas Adriana nak bantunya.

Eliya memandangnya sekilas, dilihatnya Adriana dalam-dalam pemilik mata itu.

(EP. 11)

—————————————————-

Yang nak bantu Eliya, boleh dapatkan barangan dapur di link ni :

https://www.run-cit.com/

[ DASAR PEREMPUAN ]“Apa ni Cik Ain, tuduh bukan-bukan lepastu nak tengking-tengking Eliya p**ak..!” meluap rasa amarah A...
26/10/2021

[ DASAR PEREMPUAN ]

“Apa ni Cik Ain, tuduh bukan-bukan lepastu nak tengking-tengking Eliya p**ak..!” meluap rasa amarah Adriana.

“Eh, kau diam lah Adriana. Kau pun sama je, semua orang kau nak try. Kau ingat kau lepas kau tak dapat En. Amir, kau boleh dapat Putra p**ak ke? Hei, jangan mimpi lah.. “ beliak mata Ain menyergah Adriana.

Berkerut dahi Adriana kehairanan tentang fitnah yang dihamburkan oleh Ain tu.

“Jangan nak fitnah lah Cik Ain. Saya dengan Eliya kerja cari rezeki je lah kat sini. Ingat kami ni macam Cik Ain ke.. perasan cantik. Nasib baik En Amir tu tak bodoh boleh s**a kat pompuan perangai macam Cik Ain ni..” Adriana menempelak sebolehnya. Mahu saja dia menampar mulut bisa si Ain tu.

Memikirkan dia & Eliya dalam waktu bekerja, dia batalkan saja hasrarnya tu. Dia kenal sangat perangai Ain yang sedari awal tak pernah menyukai mana-mana perempuan yang dirapati En Amir.

“Hish kau ni kan…” belum sempat Ain membalas, Eliya membuka mulut.

“Saya minta maaf Cik Ain, saya taknak cari gaduh.. Tapi memang betul saya takda niat lain pun selain nak kerja je kat sini…” Eliya membela dirinya. Matanya tertunduk ke bawah sambil tangannya memaut lengan Adriana.

Ain mengecilkan matanya lalu merapati Eliya. Eliya terdorong beberapa langkah ke belakang sebelum melanggar rak dibelakangnya.

Prrranggg…!!!

Jatuh berderai 2 botol sos cili ke lantai. Warna oren kemerahan sos memenuhi ruang kecil lantai disitu.

Terus berubah wajah Eliya. Adriana dah menutup mulutnya kerana terkejut yang teramat. Begitu juga Eliya, pucat lesi mukanya.

Sudah la baru hari pertama dia kerja.

Ain terus mengundur mengelak kasut tumit tingginya dari terkena sos yang berlingan di lantai.

“ Oopss, kesian. Baru nak kerja dah nak kena potong gaji ke..” sindir tambah perli Ain pada Eliya.

Dia menunding jari ke arah Eliya dengan wajah yang penuh benci. Nak bagi peringatan mungkin. Ain terus berlalu laju dari situ meninggalkan mereka berdua.

“Dasar perempuan busuk hati..” gumam Adriana.

Terus Eliya rebah ke lantai…

(Ep. 9)

—————————————————-

Yang nak bantu Eliya, boleh dapatkan barangan dapur di link ni :

https://www.run-cit.com/

[ Hoi Perempuan ]“Haa.. pergi mana tu..?!”Sergah En. Amir dari belakang. Hampir nak luruh jantung 2 anak dara dua orang ...
25/10/2021

[ Hoi Perempuan ]

“Haa.. pergi mana tu..?!”

Sergah En. Amir dari belakang. Hampir nak luruh jantung 2 anak dara dua orang dek sergahan tu.

“Hish Tuan ni, kalau saya ada sakit jantung tadi dah arwah rasanya. Bagi la salam lain kali..” dengus Adriana sambil mengurut dadanya sendiri.

En. Amir hanya tersengih fikirkan yang dia berjaya menyakat stafnya tu.

“Mana Putra? “ soal En Amir lalu mengangkat keningnya.

“Tadi dia kata dia nak pergi surau kej*p.. solat kot..”

“Ok, saya cari dia kej*p..”

Tidak semena-mena, mata En. Amir melirik ke arah pin merah yang dipakai di kolar Eliya. Dia tersenyum kecil.

Terpancul di mulut En. Amir.

“Akhirnya…”

Terpempan seketika Eliya kat situ. Terus dipandangnya Adriana. En. Amir terus berlalu dari situ meninggalkan Eliya yang tengah kebingungan.

“Adriana, cer citer kenapa dengan pin ni? Dari tadi saya pelik…“ tegas Eliya.

“Panjang ceritanya Eliya, jom sambil kita setelkan order customer, saya ceritakan eh…” Adriana cuba menenangkan Eliya.

Adriana kembali melihat telefonya. 3 order customer baru masuk di apps Run-cit. Ya, memang betul ramai suri rumah yang order barang dapur secara online lagi senang daripada nak datang & beratur panjang semua.
Lagi-lagi masa musim PKP ni…

Adriana menarik salah 1 troli dari tempat susunan troli. Lalu mengajak Eliya uruskan order.

“ Sebenarnya, saya pun ada juga pin macam tu Eliya.. cumanya bukan bunga ros merah macam awak pakai. Bertuah awak..” laju kata-kata Adriana, laju lagi dia bergerak sambil mengutip barangan daripada rak.

Eliya hanya membuntuti Adriana, hanya memerhati cara Adriana membaca order barangan daripada aplikasi Run-cit.

Tetapi dalam hatinya tetap tak puas hati lagi sebab tak dapat penjelasan penuh tentang pin yang dipakainya ni.

“Bertuah kenapa? Apa yang istimewa sangat sampai semua orang tengok saya macam nampak kereta Ferrari je…. ” gumam Eliya.

Mereka memasuki ruangan rak botol sos & kicap sambil mencari botol kicap jenama “Kipas Udang”.

Dari ekor mata Eliya, dia perasan ada kelibat sesorang datang ke arahnya.
Rupanya perempuan yang interviewnya pagi tadi. Dan mukanya kali ni memang nak makan orang.

“ Hoi perempuan.. dah takde jantan lain dah ke sampai Amir pun kau nak cantas.. Kalau susah sekalipun, tak payah nak kikis dia lah. Banyak lagi jantan lain.. “ jerkah Cik Ain.

Sebelah tangannya menunding tepat ke muka Eliya sambil tangannya sebelah lagi mencekak pinggang. Beberapa pelanggan berdekatan dah mula memerhati.

Wajah Eliya merah padam.

(Ep 😎
______________________________

Yang nak bantu Eliya order barangan dapur, boleh terus di link ni :

https://www.run-cit.com/

[ SEMUANYA BERMULA ] Terdengar pengumuman dari juruhebah, kereta pelanggan kena ubah sebab ganggu laluan utama.Putra ter...
23/10/2021

[ SEMUANYA BERMULA ]

Terdengar pengumuman dari juruhebah, kereta pelanggan kena ubah sebab ganggu laluan utama.

Putra tersadar di tepi susunan troli yang lambak. Melihat Puan Ainul berlalu pergi dengan membawa beg plastik barangan dapurnya.

“Kap.. “ seru Adriana sambil mengangkat ibu jarinya pada Putra.

“Nasib la Kap ada, kalau tak habis 1 store ni semua dia nak mengamuk…”

Putra hanya diam termenung, dari riak wajahnya dia tak begitu puas hati dengan keadaan macamni. Bagi Eliya dengan Adriana, bila Puan Aidul dah angkat kaki je terus dah rasa lega yang amat.

“Kenapa Kap? Kan ke dah settle dah semuanya..?” Soal Eliya.

Putra hanya senyum senget. Tu pun cuma sesaat. Dia bingkas bangun dan baru beberapa langkah, dia terhenti.

“Saya ke surau kej*p. Adriana tolong tunjukkan kat Eliya macammana nak tengok order, buat pembayaran smua ya.” kata Putra dengan nada macam orang baru lepas putus cinta dan terus berlalu.

Adriana & Eliya ditinggalkan kehairanan. Lagi- lagi Adriana, dia kenal betul perangai ketuanya tu macam mana. Dan Putra susah untuk jadi kecewa macamni. Yang buatkan lagi pelik, makcik Ainul tu dah berjaya di pujuk. Tapi Putra p**ak yang macam kena sembur. Dah terbalik

“Meh Eliya.. try download 2 apps ni.. pastu register je nama awak..” kata Adriana. Kerutan dahi memikirkan Putra masih lagi tak hilang.

Eliya hanya menurut. Dia faham apa yang dirasakan Adriana walaupun baru cuma beberapa jam dia kat sini. Sedikit sebanyak ada jugaklah yang dia dah mampu tangkap maklumat.

Usai Eliya daftarkan dirinya dalam apps sebagai Personal Shopper tu, dia meniliti beberapa butang dalam apps tu dan Adriana menjelaskan fungsi setiap butang tenang cara gunakannya.

Ting. Terus Adriana melihat fonnya yang bunyi order masuk daripada apps tu.

“Jom mula hari pertama awak Eliya, ambil troli tu..” ajakan Adriana buatkan Eliya merasa gugup. Biasalah hari pertama kan.

“ Haaa… nak pergi mana tu?”

(Ep.7)
——————————————————
Yang nak bantu Eliya, boleh dapatkan
barangan dapur dari online :

www.run-cit.com

[ CHECKMATE ]“Awak tak reti eh nak ajar staf awak.. saya mintak barang lain, dia bagi barang lain… kalau tak reti buat k...
20/10/2021

[ CHECKMATE ]

“Awak tak reti eh nak ajar staf awak.. saya mintak barang lain, dia bagi barang lain… kalau tak reti buat kerja, tak payah kerja.. ramai lagi yang layak boleh buat kerja ni lah…” berbisa sungguh apa dicakapkan Puan Ainul. Salah seorang customer yang order di Run-cit.

“Bawak bertenang puan, saya faham puan marah. Tapi boleh saya tahu kat mana punca masalah ni…? Kalau puan taknak staf saya tolong, mungkin saya boleh tolong puan…” balas Putra dengan cukup tenang.

“Saya dah bagitau dah kan tadi, tak dengar? Dia bagi barang yang saya tak mintak pun….” Puan Ainul memang taknak mengalah.

“Ok baik puan, saya tengokkan kej*p list order puan dulu ye.. kalau saya buat tak betul nanti, saya belanja puan separuh dari barang puan ye..”Putra masih lagi cuba untuk tenangkan Puan Ainul.

Di tepi lif, Adriana dengan Eliya tekun mendengar. Setiap apa yang dicakapkan oleh Putra & Puan Ainul dihadam sepenuhnya tanpa masuk campur. Hanya mampu memerhati dan mempelajari.

Eliya merasa sangat pelik dengan tindakan Putra untuk nak belanja separuh perbelanjaan customer tersebut. Sedangkan boleh jer Putra cancelkan jer ordernya, dari segi personal pun, Putra takkan rugi apa-apa pun nanti.

“Baiklah puan, saya dah checkkan barang puan. Ikutkan dekat resit ni, puan order pukul baru petang tadi. Dan ada barang yang puan mintak termasuk ayam. Betul…?” Soal Putra untuk kepastian.

Puan Ainul hanya mengangguk walapun mukanya dah macam singa kelaparan.

“Apa yang saya boleh cakap sekarang, staf saya tak dapat nak ikut barang yang puan order iaitu Ayam mentah, facemask dengan roti gardenia. Barang yang lain setakat ni semua ikut list yang puan minta..” Puan Ainul masih mendengar dalam keadaan dirinya yang mencekak pinggang.

“Facemask dengan roti gardenia tu puan, bukan staf saya taknak bagi barang ni kat puan. Tapi ikut stok kami, memang 2 barang ni hot lagi-lagi masa PKP sekarang ni. Dan selalunya stok akan di top up setiap hari dan stok bertahan sampai malam..” terang Putra dengan bersungguh.

“Cumanya, sejak PKP ni, stok sempat bertahan sampai tengahari saja. Sebab sangat cepat licin customer lain dah beli. Kalau ada barang yang takda, kami akan suggest customer untuk tukar barang yang sama tapj jenama lain..” sambung Putra lagi.

“Bab ayam, masih ada berbaki 2 ke 3 ekor kalau dah sampai petang. Saya boleh bawa puan tengokkan kalau puan nak. Tapi jujur saya cakap kat puan, semua ayam terakhir tu mesti yang customer lain dah taknak masa pagi-pagi lagi. Dan takkanlah saya nak staf saya bagi ayam yang tak elok pada customer, lagi-lagi pada puan kan..?”

Puan Ainul masih mencebik bibirnya, walaupun ada benarnya apa yang dikatakan Putra tu.

Lantas Putra terus keluarkan dompetnya.

“Saya bukanlah orang senang puan, tapi kalau puan rasa saya salah dalam mengajar staf saya, Puan boleh ambil duit saya ini sebagai Tebus salah saya pada puan. Saya akan pastikan dia takkan buat benda yang puan tak s**a lagi kalau Puan order lagi dengan kami. Saya boleh cancelkan order puan kalau saya nak, tapi cuma cara ni saja yang saya dapat tunjukkan kat puan yang kami betul-betul nak tolong puan dan takde langsung niat nak menganiaya puan..”

Checkmate!!!

_______________________________

Yang nak bantu Eliya, boleh dapatkan barang dapur melalui online terus kerumah anda :

https://www.run-cit.com/

[ TEMPIKAN MAUT ] (5)Buntang biji mata Adriana. Terkelu lidahnya. Dalam masa yang sama, senyuman besar terukir di wajahn...
18/10/2021

[ TEMPIKAN MAUT ] (5)

Buntang biji mata Adriana. Terkelu lidahnya. Dalam masa yang sama, senyuman besar terukir di wajahnya.

“Kenapa Adriana…?” Soal Eliya pelik.

Sambil Adriana menggeleng dan menekup mulutnya, tangan kiri Adriana memaut bahu Eliya. Lama pandangannya terhadap Eliya.

“Kalau awak nak tahu, siapa yang pakai….” Belum sempat Adriana habiskan ayatnya,

“Dah siap belum…?!” Sergah Putra.

“Dah Kap, jom Eliya…” Adriana mengajak. Di wajahnya senyuman lebarnya belum lekang.

Eliya digantung dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Dalam hati Eliya, mahu saja Adriana cekak leher Adriana dan memaksanya beritahu secepatnya.

Sambil memeluk tubuh, Putra termenung jauh menunggu dua anak dara tu keluar dari bilik. Tukar baju sehelai pun macam tunggu pengantin bersiap, ngomel Putra dalam hati.

“ Dah Kapten, jom..” gegas Adriana membuka pintu untuk keluar bersama Eliya.

Sekilas Putra memandang dalam kerutan dahinya. Matanya tertancap ke arah pin dibaju yang dipakai Eliya. Riak wajah Putra terus berubah. Daripada muka yang tadinya risau seribu masalah, sekarang dah senyum macam baru dapat Ferrari sebijik.

“Kapten… oooo Kap..!”

Tersentak dari lamunan, Putra mengerlipkan mata nya beberapa kali.
Dari tepi, Adriana jugak menguntumkan senyuman pada Eliya membuatkan Eliya bertambah rasa ingin tahu.

“Ya ya, jom cepat..!” tanpa buang masa, terus Putra mengajak mereka.

Putra terus menekan butang lif. Dalam masa yang sama, dia menarik nafas panjang & menutup mata untuk menenangkan dirinya supaya tak nak biar Eliya & Adriana terperasan.

“Kapten…” suara tu bukan daripada Adriana tapi daripada Eliya.

Ting…! Pintu lif terbuka. Terus mereka masuk. Butang tingkat 2 ditekan oleh Putra.

Lif pun bergerak dari tingkat Ground Floor.

Untuk seketika, suasana mulai diam, hanya menunggu lif sampai ke tingkat 2 dalam beberapa saat.

“Ya Eliya.. kenapa?..” sambut Putra sambil membelangkan anak dara dua orang tu.

“Tak. Saya sebenarnya cuma nak tahu…” tergagap gagap Eliya nak menanyakan pada Putra.

“Hemmm…?
“Pasal pin ni, kenapa Kapten…” belum sempat Eliya menghabiskan soalannya.

Ting..! Lif pun terbuka. Baru sahaja Putra nak melangkah keluar dari lif..

“ Hah! Sampai pun, ingatkan minggu depan baru nak sampai. Ni ke manager awak? Staf dengan manager sama je, lembab! Awak tahu tak staf awak ni dah buat ape kat saya hah?!…”

(Ep.5)
——————————————————

Yang nak bantu Eliya, boleh dapatkan barangan dapur di link ni :

https://www.run-cit.com/

[ PIN MISTERI ] (4)“ Sorry, saya tersalah panggil ke..?” Eliya tanya dalam perasaan keliru.Putra masih merenung Eliya.La...
17/10/2021

[ PIN MISTERI ] (4)

“ Sorry, saya tersalah panggil ke..?” Eliya tanya dalam perasaan keliru.

Putra masih merenung Eliya.
Lama.

Mata Putra memandang kebawah lalu kembali menghadap almari baju sambil tersenyum semula.

“Takpe, tak salah. Boleh je panggil Tuan. “ ulas Putra dalam keadaan bersahaja.

Makin confuse Eliya. Orang yang kerja kat sini semua psiko ke… gumam hati Eliya. Daripada datang tadi, perangai semua orang buat Eliya rasa makin pelik. Mula-mula pompuan psiko yang tak puas hati tu, lepas tu En Amir tak waras sangat tu, sekarang ni Putra p**ak macam nampak pelik nak mampus. Mengeluh Eliya hanya dalam hati.

Putra berlalu ke meja bersebelahan almari tersebut. Kelihatan banyak fail-fail yang tak tersusun, pen dan marker yang bersepah terbiar atas meja. Di dinding berdekatan meja tu terlihat seperi papan carta styro foam yang terlekat kertas A3 besar. Sepertinya jadual kerja untuk staf.

Tiba-tiba pintu depan bilik itu direnggas kuat. Kelihatan seorang perempuan bertubuh kecik, berkulit putih dalam keadaan tergesa-gesa. Sempat dia menoleh senyum ke arah Eliya tetapi terus berlalu laju ke arah Putra. Boleh tahan orangnya. Mungkin staf Personal Shopper jugak & umurnya nampak macam sebaya dengan Eliya.

“ Kapten, customer saya datang tadi marah-marah. Gaya dia marah sungguh sebab barang banyak takde stok & terpaksa ganti jenama lain. Tapi dia tak puas hati agaknya sebabtu dia terus datang sini nak sound saya tu… saya dah cuba terangkan sebaiknya… tapi dia taknak dengar. Dia berkeras nak jumpa jugak Manager. Saya tak bagitau En. Amir lagi. Nanti kang habis customer tu kena maki balik nanti…” ujarnya dalam keadaan panik.

Sedikit berpeluh di dahinya mungkin terkejar kejar mencari Putra. Oh, Kapten eh? Patut lah Putra pandang aku pelik tadi. Rupanya semua staf sini tak panggil dia Tuan.

“ Awak dah cuba tenangkan dia dah Adriana? “ Putra juga turut panik nak tahu keadaan.

Ok, nama dia Adriana. Nampak macam boleh jadi kawan baik nanti.
Tetapi sempat Eliya tengok dikolar Adriana tiada p**ak pin macam Putra bagi padanya.

“ Dah Kap, macam-macam saya dah cuba pujuk. Siap nak bagi Freegift tambahan lagi, tapi dia tetap degil nak jumpa jugak orang atasan.” Laju Adriana terangkan.

Putra menggaru dagunya sendiri. Mungkin berfikir sekej*p macam mana nak selesaikan masalah ni.

“Takpe, jom kita pergi sama-sama jumpa dia. Tapi sebelum tu saya nak Ajak Eliya sekali. Nak tunjuk cara nak handle masalah macam ni. Eliya, saya bagi seminit, tukar baju sekarang. Jom kita pergi jumpa customer tu. Cepat…” arah Putra dalam keadaan gesaan.

Eliya faham. Situasi macamni, dia perlu tangani juga satu hari nanti walaupun dia belum lagi nak mula kerja.

Putra tunggu di luar bilik. Sementara Adriana menemani Eliya sehingga selesai menukar baju.

Eliya memakaikan pin pemberian Putra tadi. Tapi ianya sangat membuat Adriana terkesima.

“ Eliya….” Terbeliak bijik mata Adriana bertanya.

Eliya cuma mengangkat kening tanda nak tahu kenapa dirinya dipanggil.

“ Putra bagi awak pin rose merah tu..?” Soal Adriana lagi dalam keadaan terketar ketar.

“Ya.. kenapa…?” Jawab Eliya.

Serta merta tangan kanan Adriana menekup mulutnya sendiri. Nafasnya turun naik.

………..
(Ep. 4)
____________________________

Yang nak bantu Eliya, dapatkan barang dapur secara online di website ni :

https://www.run-cit.com/

[ PERTEMUAN PERTAMA ] (3)Aku merengus geram. Pen yang aku genggam tu kalau lembut, dah lama lunyai dek kena genggam deng...
16/10/2021

[ PERTEMUAN PERTAMA ] (3)

Aku merengus geram. Pen yang aku genggam tu kalau lembut, dah lama lunyai dek kena genggam dengan aku. Dia masih tersenyum sengaja nak buat hati aku lagi membara.

“Nama saya Amir, u can call me En. Amir. “ ujarnya bersahaja.

“Baik En. Amir..” tanpa senyum langsung.

Tapi dalam hati Eliya rasa dah tak peduli langsung siapapun nama dia. Serta merta, En. Amir terus keluarkan henfonnya untuk hubungi seseorang.

“Hello, Putra. Masuk bilik saya sekej*p.” Terus dimatikan telefon.

Tak sampai 2 minit, pintu diketuk. Masuk seorg lelaki tinggi, berbadan chubby. Tak kurang comelnya juga masa dia lemparkan senyuman pada En. Amir.

“Ya Putra, kenalkan ni Eliya. Dia akan ditempatkan posisi Personal Shopper, so awak akan ajar dia sampai dia mahir. Terus boleh mula hari ni dan nanti bagi Eliya baju 2 helai. Saya siapkan nametag dia. Eliya, ni ketua awak. Apa-apa tak faham terus rujuk je kat dia ye.” Panjang lebar penjelasan En. Amir.

“ Hai Eliya, duduk mana? ” Putra bertanya sambil tersenyum. Lembut & mesra sapaan Putra. Daripada gaya nya, mungkin dalam 30-an.

“Duduk area sini jugak..” jawab Eliya tanpa berminat nak teruskan bercakap.

“Oh, jom saya bawak pergi ambil baju eh. Awak pakai saiz ape?” Putra sambil tengok Eliya atas bawah.

“Saiz S je..” jawab Eliya sambil balas senyuman Putra balik.

“Eh yeke, takkan S kot. Saya tengok Eliya nampak macam gemuk sikit. Ambil M lah, boleh? Takut S nanti ketat sangat. Aurat jugak.” Dalam ejekan Putra tu terselit sikapnya yang menitik beratkan agama pada orang bawahannya.

“ A’ah, boleh je. “ kata Eliya. Dalam hati Eliya ‘kuang asam mamat ni’.

Usai kami pun masuk ke dalam 1 stor kecil di hujung kaki lima pejabat itu. Putra pun menunduk untuk membuka 1 almari kecil di bawah untuk memilih baju lalu diberikan 2 helai pada Eliya.

Eliya sambut tanpa sebarang pertanyaan.

Putra membuka sebuah kotak kayu sebesar telapak tanggannya lalu diambil sebuah pin kecil berkilauan berbentuk bunga ros bewarna merah hati.

“Nah, ambil pin ni sekali saya hadiahkan. Pakai dekat tempat kolar baju tu. Saya bagi Eliya warna merah, dan saya harap Eliya s**a.” Ucapnya sambil tersenyum manis.

“Terima kasih Tuan..” ucapku lembut sambil mengangguk.

Putra tersentak. Senyuman Putra hilang sekelip mata.Dia berpaling perlahan merenung Eliya sambil mengecilkan matanya.

“ Awak panggil saya apa tadi..? “
Daripada mengecilkan mata terus Putra membeliakkan matanya.
………..
(Ep.3)
——————————————————-
Yang bantu Eliya, boleh terus order barangan dapur dekat link ni :

https://www.run-cit.com/

[ UDANG DISEBALIK BATU ] “Awak tahu apa salah awak?”“Tak tahu Tuan” aku konfiden.“Sekarang pukul berapa?”“Pukul 10.30pag...
14/10/2021

[ UDANG DISEBALIK BATU ]

“Awak tahu apa salah awak?”
“Tak tahu Tuan” aku konfiden.
“Sekarang pukul berapa?”
“Pukul 10.30pagi”
“Saya suruh datang interview pukul berapa..?”
Alamak..! kenapa aku boleh lupa.. memang pompuan tu mesej aku datang pukul 10 pagi, tapi dia mintak aku datang 1 jam awal sebab ada penerangan pasal kerja. 🤦🏻‍♀️
“Maaf tuan, salah saya..”
Dia pandang aku tepat dengan mata yang terbeliak. Macam harimau nampak kijang depan mata. Tunggu masa nak ngap je!
“Masa interview pun dah lambat. Macamana kalau dah kerja nanti ni… Ingat supermarket ni bukak ikut masa awak agaknye… ”

Pedih.. Menyelinap…

“Meh sini..”
Aku pun tak cakap banyak, terus ikut je dia. Walaupun dalam hati, matilah aku.. apa lagi yang nak kena ni.
Elok bangun daripada tempat duduk, pompuan tu sempat jeling aku tak puas hati macam aku baru lepas bunuh 10 orang.
Aku pun masuk bilik lelaki tu. Betul aku agak, dia memang manager. Yang aku kagum, bilik dia kemas gila. Ada gambar sebelah meja komputer dia tengah gendong baby. Maybe dia dah kahwin kot.
Dia tunjukkan kerusi tanda suruh aku duduk. Pedih hati dari tadi tak hilang lagi ni. Kang ada jugak bijik mata yang nak kena cucuk dengan pen ni.

“Mulai hari ni awak jadi Personal Shopper.. nah baca spec kerja awak dalam ni.”

Personal Shopper?
Kerja apabenda p**ak ni..
Aku nak keja biasa tak boleh ke? Aduhhh.. Aku pun baca je lah dulu, entah kenapa spec keja ni buat aku rasa nak melompat.
Aku akan keja sebagai tukang kutip order barang yang customer order kat online yang bernama Run-cit. Order online barang dapur eh? Wahhh… baru aku tahu. Barang dapur, barang basah pun dah boleh order online dah sekarang..
Yang aku tau Shopee je. Tu pun postage amik masa banyak hari nak sampai.
Kalau ikutkan kat file aku baca ni, customer order sehari sbelum je dah boleh dapat barang. Run-cit ni cover 1 Malaysia p**ak tu wehhh…! Tesco, Mydin, Speedmart semua dia tapau. Maksudnya banyak supermarket ada personal shopper macam aku jugak lah.
Awal-awal lagi aku dah rasa confirm penat punya kutip barang dapur sbab kena pusing satu supermarket bawak troli.Ibarat kita macam pelanggan yg akan cari barang nak beli pastu buh dalam troli , tapi kena buat macamtu 8 jam straight. Confirm gila penat berjalan semua.

Walaupun kerja bawah supermarket ni, tapi aku serve barang online cutomer daripada Run-cit. Senang citer 80% aku tak terlibat dengan supermarket ni lah.
“Tembus kang fail saya tu kalau dok tenung lama-lama..” tersentak aku. Tak sedar aku lama mengelamun lama. Aku sengih je.
“ Keja 6 hari, cuti 1 hari. Nanti tanya Putra, minta dia susunkan cuti macamana…”

“Putra tu sape tuan..?”

“Head of Personal Shopper. Ketua awak, dia yang akan ajar awak macam mana semua nanti.”
Lepas dia terangkan 1 per 1 sampai habis. Aku cuma mengangguk tanda faham. Gaji personal shopper ni aku boleh katakan sangat sikit. Macammana pun Alhamdulillah aku tetap syukur sbab gaji ni lagi banyak dari tolong mak aku jual goreng pisang tu.
Rezeki dengan nasib aku bergantung pada customer yang order barang.

“Faham dah semua? Ada apa soalan?”
“ Takde ape.. Faham dah tuan.”
“ Awak tak tanya nama saya pun…”
Hishh org tua ni. Kenalkan je lah diri, apehal aku kena tanya semua pasal dia p**ak. Aku rungut je dalam hati sambil bungkam diam. Dia masih dok tenung aku, macam takkan cakap apa-apa selagi aku tak tanya nama dia. Stress nya lahai…

“Nama tuan apa…”

Dia tersenyum. Masa tu baru aku rasa dia ni nampak manis jugak bila senyum. Tersembul esung p**it p**i kanan dia tu.

“Penting ke awak nak tahu nama saya?”

Aku terus genggam pen….

….. (EP. 2)
————————————————-

Yang nak bantu Eliya
Boleh terus order barang dapur dekat Link ni :

https://www.run-cit.com/

[ HARI PERTAMA MACAM HARI TERAKHIR ] (1)Orang panggil aku Eliya. Ya, memang aku muda lagi. Baru 24. Tapi aku tak rasa pu...
13/10/2021

[ HARI PERTAMA MACAM HARI TERAKHIR ] (1)

Orang panggil aku Eliya. Ya, memang aku muda lagi. Baru 24. Tapi aku tak rasa pun muda. Aku rasa macam lama sangat dah aku hidup. Mungkin sebab banyak sangat masalah kot, tu yang aku rasa lama sgt dah nak teruskan hidup.
4 Tahun lepas.. Dari hari pertama ayah aku meninggal, aku dengan mak aku hidup ibarat macam dalam neraka dunia. Bukan kemewahan yang ayah aku tinggalkan kat kami tapi hutang yang harga macam boleh beli sebijik kereta Myvi.
“Eliya, mak tak larat dah hari-hari jual goreng pisang ni. Eliya tak payahlah sambung belajar, baik tolong mak cari duit nak besarkan adik adik kau tu haa.. “
Mendalam sungguh permintaan mak aku tu. Ya, aku kena korbankan pelajaran aku demi syurga aku. Demi mak!
Sape yang paham? Sape yg kisahkan? Sedara mara? Time senang tunjuk muka. Time susah, raya pun tak datang jenguk. Telefon apatah lagi.
So, aku buat keputusan cari kerja kat supermarket mana-mana. Sebab tu je keja yg tak perlukan kelulusan sangat pun.
“ Sebelum ni kerja apa?”
Standard soalan time interview mana-mana.
“Jual goreng pisang dgn mak saya je puan, dari lepas sekolah.”
“So kira betul fresh la awak ni” akak yang interview tu senyum sinis.
“Ye puan, boleh tahu position apa saya boleh dapat” aku nak tau sangat-sangat.
“Fresh macam awak ni, biasanya kami bagi cleaner je dulu.. takpe kan?” Berseloroh dia sambil senyum senget.
Rasa-rasa muka aku mcmana masa tu? Kau tunggu j*p pompuan.
Elok aku nak bangun. Sorang laki tegap tinggi, boleh kata hensem jugaklah datang bukak pintu sebelah aku. Aku rasa dia manager kat situ kot.
“Awak Eliya?” Dia tanya
“Ya..”
“Awak tahu apa salah awak..?”
Aku belum lagi keja dah ada buat salah ke? Serius laaa…

……
(Ep. 1)
—————————————————-

Yang nak order bantu Eliya,
Order barang dapur kat sini

https://www.run-cit.com/

Address

Persiaran Multimedia
Cyberjaya
63000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Next Door posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share