KLIK-BIT

KLIK-BIT Menyediakan perkhidmatan website yg diuruskan sepenuhnya oleh syarikat.

Kelebihan Miliki Laman WebAdakah anda mempunyai barangan atau servis untuk dijual dan tidak mempunyai laman web? Jika ya...
12/03/2018

Kelebihan Miliki Laman Web

Adakah anda mempunyai barangan atau servis untuk dijual dan tidak mempunyai laman web? Jika ya, ini samalah seperti perniagaan anda tidak wujud. Mengapa anda fikir orang melayari internet dan melawat laman web? Ya, untuk mencari maklumat. Dan jika anda berniaga, maklumat adalah amat penting. Sebab itu anda perlu mempunyai laman web dan laman web anda mesti mengandungi tentang apa yang anda boleh lakukan untuk pelawat laman web anda.

Di bawah ini adalah beberapa kelebihan dalam mempunyai laman web untuk perniagaan anda.

1. Akses Kepada Pelawat

Dengan adanya perkhidmatan internet bermaksud laman web anda boleh dilawati pada bila-bila masa sahaja. Ini samalah seperti anda memiliki kedai dan kedai anda terbuka sepanjang masa dan pelanggan boleh masuk ke kedai anda pada bila-bila masa, siang atau malam. Orang akan lebih s**a melawat laman web anda kerana ia lebih mudah, cuma pastikan maklumat yang terdapat dalam laman web anda lengkap dan memenuhi apa yang pelawat ingin tahu.



2. Akses Kepada Maklumat

Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai laman web sendiri anda sendiri, anda sebenarnya boleh mengetahui semua aktiviti yang berlaku di situ? Anda juga boleh mendapat maklumat yang memberitahu anda berapa ramai orang yang telah dan sedang melawat laman web anda. Anda juga boleh lihat kemajuan laman web anda dengan melihat kepada statistik lamn web dan semua halaman-halamannya. Yang paling bagus, anda juga boleh membuat kemas kini laman web anda bila-bila masa, menjadikan ia jauh lebih murah daripada bahan bercetak.



3. Kemudahan Pelanggan

Dengan memiliki laman web sendiri akan membuatkan pelanggan anda mudah mencari anda. Dengan kemudahan inilah membuatkan pelanggan anda tidak perlu melawat anda di premis perniagaan fizikal anda, hanya perlu lawati laman web anda.



4. Meningkatkan Pelanggan

Anda mungkin pop**ar dan mempunyai ramai pelanggan di kawasan perniagaan anda, tetapi bagaimana p**a dengan pelanggan atau yang berpotensi menjadi pelanggan anda yang berada luar dari kawasan perniagaan anda. Dengan adanya laman web sendiri, anda mampu menggandakan pelanggan anda, bukan sahaja dalam negara malahan dari seluruh dunia. Internet merupakan sebuah komuniti global, dengan adanya laman web, perniagaan anda akan dapat dilihat di seluruh dunia.



5. Pengiklanan

Terdapat banyak cara untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan anda melalui internet, memiliki laman web sendiri merupakan salah satu caranya dan ianya mesra alam. SEO sesebuah laman web mestilah bagus untuk promosi yang lebih baik. Jika anda sudah maju atau mempunyai peruntukan kewangan lebih, anda boleh cuba iklan di Facebook atau Google.



6. Lebih Murah

Perbelanjaan pengiklanan adalah mahal, terutamanya jika diiklankan melalui media cetak, radio, televisyen atau iklan berbayar diinternet. Mempunyai laman web sendiri adalah cara yang mudah dan murah untuk mempromosikan perniagaan anda. Dengan adanya laman web dan disertai dengan teknik pemasaran yang betul, promosi anda akan berjalan dengan jayanya.



7. Pautan

Pautan merupakan satu aspek yang sangat penting untuk pemasaran viral. Jika terdapat banyak laman web yang menghubungkan kepada laman web anda, ini samalah seperti anda menyebarkan berita didalam laman web anda dengan lebih meluas lagi. Dan jika anda mempunyai laman web yang baik dengan isi kandungan yang baik yang yang dicari diinternet, orang akan lebih cenderung untuk menghubungkan laman web anda kepada mereka. Ini bermakna pelawat laman web mereka juga terdedah kepada pautan yang menghubungkan mereka kepada laman web anda.



8. Meningkatkan Jualan

Laman web yang bagus dan selalu dikemas kini akan membawa pelawat yang lebih ramai. Pelawat yang ramai p**a akan menyebabkan lebih banyak jualan terhasil.



9. Hubungan Yang Lebih Baik Dengan Pelanggan

Dengan mempunyai laman web anda sendiri, anda boleh membina hubungan yang lebih baik dengan pelanggan anda. Anda boleh menghantar mesej dengan serta-merta kepada pelanggan anda melalui sistem e-mel yang ada, malahan jika laman web anda mempunyai sistem opt-in, anda boleh menghantar mesej melalui sistem blast yang ada diruang admin. Sistem maklum balas dalam talian adalah terbaik antara pelanggan dan anda. Selain membina hubungan yang baik dengan pelanggan, anda juga boleh memberikan mereka lebih banyak info mengenai perniagaan dan projek terkini anda melalui mesej atau e-mel.



10. Pelanggan Jangka Panjang

Anda ada laman web, maka anda akan ada pelawat dan pelanggan. Pelawat adalah orang yang singgah datang melihat laman web anda, manakala pelanggan adalah pelawat yang bertukar menjadi pembeli dilaman web anda. Bayangkan pelanggan ini menjadi pelanggan tetap anda, sentiasa membeli pada selang masa yang tertentu. Mempunyai laman web anda sendiri memberikan anda peluang untuk mendapat lebih banyak pelanggan atau pelanggan tetap yang boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.



11. Peluang Membuktikan Kredibiliti

Sebuah laman web dapat memberikan anda peluang untuk membuktikan kredibiliti anda kepada orang ramai. Anda perlu memberitahu pelanggan anda mengapa anda layak mendapat kepercayaan mereka melalui laman web anda. Dengan cara ini anda boleh mendapat maklum balas positif untuk perkhidmatan atau produk anda. Laman web anda juga boleh menjadi satu tempat untuk pelabur yang berpotensi untuk bergabung dengan anda untuk menjalankan perniagaan secara usahasama. Pemilik perniagaan yang bijak akan juga membina laman blog untuk syarikat mereka. Mempunyai blog untuk menghantar kandungan terkini akan memastikan laman web anda menarik dan segar. Disamping itu laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain yang sepertinya adalah penting untuk pemasaran laman web anda. Semua ini adalah beberapa kelebihan dalam memiliki laman web untuk perniagaan anda. Bangunkan satu penyelesaian yang anda rasa bagus untuk memajukan lagi perniagaan anda.

Sumber:

Adakah anda mempunyai barangan atau servis untuk dijual dan tidak mempunyai laman web? Jika ya, ini samalah seperti perniagaan anda tidak wujud. Menga...

08/03/2018

Pakej website termurah di Malaysia!

bermula hanya dari RM150! Website design RESPONSIVE, PROFESSIONAL LOOK and MOBILE FRIENDLY.

Jenis-jenis website yang kami tawarkan:

• Business / E-commerce Websites
• Information / News Websites
• Community / School / College Websites
• Company Profile Public figure Websites
• Blogging Sites
• Etc...

BISNES ANDA TIADA WEBSITE? WEBSITE ANDA HAMBAR?ANDA TIDAK TAHU EDIT WEBSITE ANDA? ANDA TIDAK ADA MASA UNTUK EDIT WEBSITE...
09/01/2018

BISNES ANDA TIADA WEBSITE? WEBSITE ANDA HAMBAR?ANDA TIDAK TAHU EDIT WEBSITE ANDA? ANDA TIDAK ADA MASA UNTUK EDIT WEBSITE? HARGA WEBSITE MAHAL?
Sekarang ada penyelesaiannya.. kami bole selesaikn masalah anda yg kusut tu.. Semua seribu dalam satu tau. Dengan adanya website, insyaAllah bisnes anda lebih nampak teratur dan lebih2 lagi akan meningkatkn sales bisnes anda.
Antara ciri-ciri website yang kami tawarkan:
👉PREMIUM Design : Modern Look, Simple and Fast Load.
👉Bilangan Mukasurat Pages - 5-7 muka sahaja. Contoh HOME | ABOUT | PRODUK/SERVICES | TESTIMONIAL/PORTFOLIO | CONTACT US -- (Anda Boleh Tambah Sendiri - Unlimited)
👉Standard Design : Modern Look, Simple and Fast Load
👉Tema design adalah unlimited. Anda boleh menukar tema mengikut citarasa anda dan tiada caj perkhidmatan dikenakan
👉Responsive Design : Sesuai untuk Telefon Pintar, Tablet dan iPad
👉Borang Hubungi Kami atau Tempahan
👉Facebook Link & Badge
👉Google Maps - Bergantung kepada design
👉Chat /Messaging/ Whatsapp System Jika Perlu
• Database akan dilindungi oleh pihak syarikat atau Kumpul Maklumat Pengguna Jika Perlu
👉Premium e-Commerce Design
👉Unlimited Kategori : Anda boleh masukkan seberapa banyak kategori
👉Unlimited Produk : Anda boleh masukkan seberapa banyak produk
👉Sistem Pembayaran: PayPal dan Bank-Bank Malaysia
👉APK akan disediakan
👉APK anda akan dimasukkan didalam google playstore
Anda x tau nk urus? Jangan risau maintenance website setiap bulan 100% diuruskan pihak company dengan design anda sendiri... :)
Harga?? Harga tersangat-sangat murah.. Rm200? Rm180? Rm160? X sampai pun... hehe. Kita boleh kawteam punya hokey.
Sila pm dibawah atau wassap terus ke no..
http://www.wasap.my/0183655145
http://www.wasap.my/0184640039

08/01/2018

Bisnes anda tiada website?
Website anda hambar?
Anda tidak tahu edit website sedia ada?
Harga website mahal?
Tanya saya, pm saya.. website 100% diuruskan pihak company Globalclub.. Unlimited pages dengan design anda sendiri.. dengan harga tersangat-sangat murah.. Rm200? Rm180? Rm160? X sampai pun... hehe. Kita boleh kawteam punya hokey.

07/12/2017

Anda ada bisnes jualan tapi anda tidak mempunyai website😣😣

Kami menyediakan perkhidmatan web design dan web hosting kepada anda dengan harga murah bermula RM 50 sahaja😀😀

Kalau berminat boleh terus pm kami ye.tq

05/12/2017

9 Tips Untuk Menjalankan Fotografi Outdoor

Outdoor photoshoot adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan baik bagi fotografer mahu pun untuk subjek (model, pengantin dan sebagainya). Kena p**ak kalau dah dapat lokasi yang menarik, kadang-kadang aktiviti yang perancangan asalnya hanya 2 jam boleh terlajak sehingga 4-5 jam.

Kenal pasti tema yang ingin diketengahkan bagi sesi tersebut. (santai, tradisional, bollywood, picnic, rockchic, retro, alien, puteri, fantasi dan macam-macam lagi).

Setelah dapat tema, kenal pasti p**a lokasi yang sesuai. Ini kerana tema dan lokasi mestilah selari. Contohnya jika tema rockchic lokasi yang sesuai rasanya tentulah dilorong-lorong bangunan yang agak usang, dengan latar belakang grafiti. Lokasi sedemikian tentulah tidak sesuai jika bertema pakaian tradisional. Pastikan juga lokasi yang dipilih bukanlah tempat yang dilarang untuk penggambaran. Ada setengah tempat seperti Empangan Batu di Ulu Yam yang meminta surat kebenaran dari pihak berkuasa bagi aktiviti penggambaran. Ada juga tempat seperti FRIM di Kepong dan Botanical Garden di Putrajaya yang mengenakan bayaran untuk penggambaran.
Tetapkan waktu yang sesuai untuk memulakan penggambaran. Ada setengah-setengah tempat tidak sesuai pada waktu-waktu tertentu. Sebagai contoh, Taman Layang-Layang di Kepong (Taman Metropolitan) mempunyai terlalu ramai pengunjung selepas pukul 5.00 petang. Untuk ke sana adalah dinasihatkan sebelum pukul 4 petang agar mudah mencari tempat letak kereta.

Bawalah props yang sesuai. Penggunaan props dapat membantu menghidupkan lagi suasana. Ia membantu subjek agar tidak kelihatan kaku. Contohnya jika mereka membawa belon, mereka boleh mengarahkan tumpuan kepada belon. Dengan cara ini mereka akan kelihatan lebih santai dan tidak kaku. Subjek iaitu model atau pengantin amat digalakkan untuk membawa props mereka sendiri. Antara contoh-contoh props adalah seperti gitar, buih sabun, kincir angin berwarna-warni, beg pakaian bentuk kotak, layang-layang dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan haiwan kesayangan, basikal, motorsikal dan kereta sebagai props.

Bawalah teman atau teman-teman anda. Ada beberapa kelebihan jika membawa seorang atau lebih teman. Yang pertama ialah mereka dapat membantu memeriahkan sesi penggambaran. Yang kedua mereka boleh membantu dalam penjagaan barang-barang. Kadang-kadang kita akan membawa bermacam barangan semasa fotoshoot. Ini termasuk alat solek, beg tangan, handphone, ipad, tab, pakaian dan lain-lain lagi. Jika tidak ada yang menjaga dikhuatiri ada p**a pencuri yang bawa lari. Yang ketiga ialah mereka ini juga boleh diajak sama untuk bergambar.

Bawa tisu, span solekan atau tuala lembut. Kadang-kadang penggambaran luar atau outdoor dilakukan dalam cuaca yang agak panas. Ini akan menjadikan kita berpeluh dengan mudah. Oleh itu tisu atau tuala lembut amat penting bagi mengelap peluh. Dapatkan juga nasihat dari jurusolek anda tentang cara yang betul bagi mengelap peluh agar tidak menjejaskan solekan anda.

Bawa selipar atau sandal. Jika mengenakan kasut tumit tinggi semasa photoshoot anda dinasihatkan untuk membawa bersama sepasang selipar atau sandal. Ini kerana sepanjang penggambaran outdoor anda mungkin perlu berjalan agak jauh dan mungkin dipermukaan yang tidak sesuai untuk kasut tumit tinggi. Anda bolehlah bertukar kepada sandal dulu untuk berjalan bagi memudah dan mempercepatkan pergerakan.
Pastikan keselamatan di lokasi. Anda perlu berhati-hati bagi melakukan photoshoot di tempat yang dipilih. Lokasi seperti bangunan lama yang tidak berpenghuni mungkin mempunyai risiko seperti tempat penagih dadah mahu pun tempat tinggal makhluk halus (ini merupakan perkara benar!). Bagi tempat sebegini, melakukan photoshoot secara berkump**an adalah amat digalakkan. Photoshoot di dalam hutan juga mempunyai risiko tersendiri seperti binatang buas, haiwan berbisa dan sebagainya.

Hormatilah pengguna lain. Jika tempat yang anda lakukan photoshoot ada ramai pengunjung atau pengguna lain hormatilah mereka. Jika anda memerlukan ruang untuk photoshoot mintalah dengan sopan dari mereka. Biasanya mereka akan memberi kerjasama yang amat baik. Bahkan ada juga yang turut membantu.

Semoga panduan di atas dapat membantu jurugambar, model dan juga subjek dalam mengadakan sesi outdoor photography yang lancar dan baik.

sumber: http://nikhamidi.com/2012/06/9-tips-untuk-menjalankan-fotografi-outdoor/

8 TIPS MENGAMBIL GAMBAR SEPERTI PAKAR FOTOGRAFIPernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah seperti National Ge...
04/12/2017

8 TIPS MENGAMBIL GAMBAR SEPERTI PAKAR FOTOGRAFI

Pernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah seperti National Geographic atau yang seumpamanya (majalah Mangga tak kira), subjek dalam foto biasa je, haiwan, orang dan alam semulajadi. TETAPI kenapa mata kita boleh terkunci beberapa saat sebab ada sesuatu yang menarik pada foto tersebut.

Kadang-kadang terfikir, macam mana nak dapat gambar atau foto macam tu? Kenapa kita tak boleh hasilkan foto yang sebegitu padalah kamera dah sama. Lens pun sama. Apa yang tak cukup?

1. Komposisi


Beza orang biasa dan jurugambar adalah terletak pada komposisi. Orang biasa ambik gambar tak fikir, ambik kamera dan snap. Tapi jurugambar kena fikir mana nak letak subjek, nak ikut peraturan mana. Analisis sebelum tekan shutter.

Cara terbaik untuk belajar kompsisi ialah dengan melihat contoh gambar di internet. Contohnya kalau nak belajar “Rule of Third”, google dan tiru gambar tersebut.

Boleh baca lebih lanjut di entri Asas-Asas Komposisi.

2. Siapa Hero?

Dalam movie watak utama atau hero adalah watak yang menjadi tumpuan dalam penceritaan. Dalam foto pun sama, apa subjek utama? Siapa hero dalam gambar? Dalam movie tak boleh semua watak jadi hero (kecuali filem heroes).

So pastikan hero dalam foto korang betul2 menonjol dan tak tenggelam.

+ boleh kenal pasti siapa hero dalam gambar ni?

3. Hero Buat Apa?

Jika subjek kita benda hidup seperti manusia atau haiwan, dalam foto tu kena tunjuk apa subjek tu buat. Contohnya gambar makcik tengah jual sayur, ambik keseluruhan scene supaya ada cerita. Cerita apa? Cerita seorang makcik yang tengah jual sayur.

Elakkan ambik muka saja atau separuh badan. Biasanya berlaku pada newbie yang masih takut ambik gambar & guna lens telephoto ambik dari jauh.

4. Mudah dan Minimalist

Cuba mudahkan jalan cerita yang cuba nak disampaikan. Foto yang baik adalah bila orang tengok sekali imbas dia tau mana subjek utama, apa yang nak diceritakan. Asingkan subjek utama dengan latar belakang dan dari unsur-unsur yang tak perlu ada.

3

+ contoh foto minimalist

Macam mana nak simplify’kan gambar? Cara paling mudah ialah guna aperture rendah (contohnya f1.8) untuk dapatkan bokeh. Ada banyak lagi cara lain, yang tu kena pergi Bengkel Asas Fotografi lepas raya ni 🙂

5. Pelbagai Sudut

Jangan takut nak berguling-guling bila nak ambik gambar. Kadang-kadang kita kena meniarap & baring atas jalan untuk dapatkan sudut yang unik. Kalau takut nak bergelumang dengan alam, tiada apa yang membezakan foto korang dari foto amatur lain.

Orang biasa2 akan ambik gambar ikut aras mata (eye level), tapi sebenarnnya kita boleh dapatkan foto yang lebih kreatif dengan hanya mengubah sudut kamera. Aras tanah, aras pinggang, aras dada, aras kena angkat ketiak. Bereksperimenlah dan buat kelaian.

professional-photographer

+ biar orang kata kita gila meniarap tengah-tengah jalan

6. Pencahayaan

Perasan tak kalau movie Hollywood, kalau lighting dekat muka mesti sebelah cerah, sebelah gelap. Dalam CSI contohnya, dalam lab pun gelap, padahal lab patutnya kena terang benderang. Kenapa? Kerana pencahayaan boleh mempengaruhi mood sesuatu foto.

Pencahayaan yang “flat” adalah membosankan. Cuba buat kelainan, gunakan flash atau cahaya semula jadi untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih dramatik.

7. Langgar Peraturan (Break the Rules)

Dalam fotografi ada banyak peraturan yang kita kena follow. Tapi tak semestinya kita kena ikut. Sesuatu yang seni tidak perlu skema. Tapi nak langgar peraturan, korang kena mahir dulu peraturannya. Tak boleh langgar ses**a hati.

street-photography-streettogs-rim-light-sunset-natural-light-sidelight-byres-road-glasgow-candid-portrait-woman-hairlight-black-white-bw-mono-rob-cartwright-21

+ cahaya boleh mengubah mood sesuatu foto

8. Tapi yang paling penting…

Perkara paling paling dan paling teramat sangat maha penting dalam fotografi sehingga saya boleh katakan,”senggama semua peraturan (f**k all the rules)” adalah “moment” (Google Translate -Saat). Moment adalah kunci kenapa gambar yang kita tengok tu ada roh. Contohnya gambar wedding, gambar pose atau candid?

Saya percaya ramai yang akan pilih candid, sebab apa? Moment.

Kalau tengok gambar dalam Nat Geo, kebanyakkan memang diambil dalam “moment” yang tepat, terutama foto-foto haiwan.

Jadi kalau jumpa moment yang best, takyah fikir-fikir setting, snap je, pakai auto pun takpe sebab “moment” yang special ni berlaku sekali je, tak boleh ulang tayang.

Sumber:

Pernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah fotografi seperti National Geographic atau yang seumpamanya, subjek dalam foto biasa je, haiwan, orang dan alam semulajadi.

29/11/2017

Selain package photoshot, kami ad menawarkan package web design. Sesiapa ada produk tetapi tiada laman web. Hubungi kami, kami boleh create web design tuk produk anda...

29/11/2017

Package photoshot termurah!!!!
Event
Perkahwinan
Produk
Pm kami sekarang..

28/11/2017

ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT FOTOSHOOT TAPI HARGA TERLALU MAHAL

Kami di KLIK-BIT adalah jalan penyelesaian anda. Kami menawarkan harga serendah RM318 dan anda boleh bergambar sampai puas hati. WOWWW

Perkhidmatan yang kami sediakan seperti:
👉 Penyewaan Studio
👉 Edit Gambar
👉 Video Produk
👉 Logo Animation
👉 Wedding
👉 Event
👉 Platform Iklan Percuma di Smalbiz

Apa tunggu lagi kami membuat promosi hingga hujung tahun ini sahaja jangan lepaskan peluang ini ‼️‼️‼️

Kalau berminat boleh PM yer

Address

No. 2A Jalan Autoville 2, Persiaran Multimedia, Cyber 10, Cyberjaya
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KLIK-BIT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category