Skilo Media

Skilo Media Kartun Untuk Rakyat B40 !

DILARANG BACA JIKA KAU SEORANG PENAKUTSementara nak tunggu waktu sahur, boleh baca cerita ini.Tapi kalau kau ada masalah...
07/03/2025

DILARANG BACA JIKA KAU SEORANG PENAKUT

Sementara nak tunggu waktu sahur, boleh baca cerita ini.

Tapi kalau kau ada masalah penakut yang keterlaluan, boleh alpakan.

https://www.facebook.com/share/p/18RXYyskVx/

“Pelesit”
Oleh: Taufik Khadri
Ilustrasi: Janaan AI
__________

Bunyi dentingan Whatsapp masuk bertalu-talu di telefon pintar. Awalnya aku malas nak ambil peduli. Namun bunyi yang semakin aktif itu benar-benar menganggu fokus pemanduan.

Dari stereng kereta, tangan kiri mula beralih ke bawah. Telefon yang masih dicaj di peranti dicabut laju.

Hanya sekali imbasan ibu jari kiri, kunci keselamatan berjaya dibuka. Sesekali aku mengerling di hadapan jalan. Bimbang muncung kereta Myvi kuning ini akan menyondol ekor lori tangki minyak yang bergerak lembab macam Pak Kura-Kura.

Beratus-ratus WhatsApp muncul di skrin. Tapi aku lebih tertarik untuk membuka pesanan dari komuniti alumni PALAPES UNIMAS. Walaupun sudah lama meninggalkan dunia kadet, tetapi semangat setia kawan aku masih membara.

Satu per satu mesej dibuka. Disebabkan perbualan tersebut terlalu panjang, aku terpaksa membacanya dari bawah ke atas.

Situasi ini menyebabkan aku jadi ralit dan nyaris menghentam lori Shell. Nasib baik kaki sempat menekan brek, jika tidak, sudah tentu wang aku akan terbang melayang bayar saman polis trafik.

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, aku mengirimkan pesanan suara. Dada meronta-ronta ingin tahu apa isu yang sedang hangat diperkatakan mereka.

Tak sampai 10 detik, pesanan tadi dibalas. Teliti mendengar. Lidah jadi kelu serta-merta apabila mendapat berita yang mengejutkan: Pelesit kemalangan.

Fikiran mula terbang jauh ke Kota Samarahan. Mengingat kembali memori bersama Pelesit.

Bunyi hon dari belakang melenyapkan foto-foto silam. Sepantas pelesit kota, aku meninggalkan jalan taman perindustrian Sri Gading.

* * *

“Sekali aku pusing, terkejut tengok perempuan hodoh ada kat belakang,” bibir Pelesit semakin rancak bersembang.

Hampir 30 minit punggungku berada di sofa Pelesit, tapi lelaki di hadapanku ini masih belum menunjukkan tanda mahu menamatkan pengalaman diganggu hantu.

Aku berpura-pura mendengar. Walhal anak mata sudah lama mengintai kemeja-T hitam Pelesit. Di situ ada poster Si Tora Harimau Jadian. Saiz A4 menegak.

Satu per satu aku perhati; imej harimau belang yang dijadikan abstrak – kombinasi warna kuning keorenan dan hitam – jenis tulisan Grunge – Busther yang tampak agresif dan lasak.

Aku tersenyum sendirian.

“Dia punya busuk macam bau mayat."

"Hantu?" soalku dengan sengaja.

Entah macam mana, muncul p**a muka hodoh Mak Lampir di pintu rumah Pelesit. Nenek sihir ini sedang ketawa terkekek-kekek sambil memegang tongkat kayu.

"Rimau!” jerkah Pelesit sambil tangan kirinya dihentak ke meja.

Seperti disergah Pak Belang, badan aku teranjak ke belakang. Tak lama, tubuh ahli sihir itu pun ikut hancur berkecai.

“Rimau atau hantu?” soalku.

“Hantu!” tegas Pelesit.

Dalam diam aku mengejek. Dah masuk tahun 1446H pun, hantu masih sibuk nak sakat anak Melayu? Hantu Nusantara memang membosankan!

“Urat matanya pecah empat belas…," jawabnya sambil terjenguk-jenguk mencari orang rumahnya yang masih lagi di dapur.

“K,” jawabku ringkas.

"Mukanya separuh terkoyak,” kata Pelesit sambil tangan menutup sebelah muka.

Aku tenyeh mata berkali-kali. Kenapa muka Pelesit jadi robot Terminator? Geleng berkali-kali sehingga hilang.

“Kau dah kenapa?” soal Pelesit.

Senyum tawar.

Dalam masa sama juga, aku sedang memikirkan bagaimana mahu menutup mulut Pelesit dari terus bercerita dunia mistik. Aku bukannya takut. Tapi menyampah. Setiap kali perkataan baru menceroboh masuk ke lubang telinga, automatik mata aku akan mevisualkannya. Penat!

“Dia punya mengilai, sama macam Sundel Bo—”

Belum sempat Pelesit menjelaskan, aku terus mencelah.

“Apahal kau tak hentak je muka Minah tu?”

Seperti gaya Ghost Rider, aku menikam mata Pelesit ketika soalan itu diajukan.

Lidah Pelesit menjadi berat. Ikatan kain pelikat yang longgar, diikat dengan lemah. Kemudian jari kirinya menyentuh kaki yang patah. Di kain balutan, ada doa; Moga Pelesit lekas sembuh.

“Nasib baik darah aku tak kena hisap,” Pelesit mengelak untuk menjawab.

"Kau nak aku ulang sekali lagi ek?” Memang sengaja perkataan ‘Ulang’ dikeraskan sebagai tanda tiang kesabaran sudah tumbang.

“Ulang benda?” soal Pelesit p**a.

“Kenapa tak hentak?" tanyaku dengan nada tegas.

Pelesit terdiam.

Aku yakin sangat. Sebenarnya itu semua halusinasi. Bukannya mahu bersangka buruk, tapi aku kenal sangat dengan perangai Pelesit.

Dekat bilik dia dulu memang penuh dengan buku-buku Siri Bercakap Dengan Jin. Malam p**a, Pelesit s**a dengar cerita seram. Sebab itu jurulatih kami menggelarnya ‘Pelesit’.

“Hoi, jauh nau termenung!” Pelesit menyergah.

Wajah jurulatih yang menyinga, terus ghaib.

“Tadi, aku cakap apa ek?”

Memang sengaja aku berpura tanya. Pelesit mengeleng-geleng sambil tersenyum nipis. Janggut aku yang sejemput aku main-mainkan.

“Tak jumpa, bolehlah cakap besar.”

Pelesit menekan perkataan ‘Cakap Besar’ sambil matanya tepat memandang aku.

“Atau kau dah jatuh cinta dekat Minah tu?”

Kening kuangkat seperti penggusti The Rock. Aku tahu. Dari gerak telinganya yang bergerak-gerak, Pelesit cuba menahan amarah.

“Tapi takkan kau nak hentak Minah tu ek? Kau kan Pelesit.”

“Kau merepek apa benda ni, Cap?”

“Merepek? Kaulah, tak habis-habis cerita pasal hantu. Kau tak penat?” Bengang aku makin bermaharajalela.

Jeda. Mata Pelesit berpaling dari memandang aku. Mungkin bimbang api persengketaan akan membakar persahabatan kami. Plastik hitam yang berada di atas meja tamu ditikam lama. Di dalamnya mengandungi lima kotak Nusantara hijau. Buah tangan ini aku yang bawa.

Kedatangan bini Pelesit menyebabkan suasana yang mula tegang terhenti serta-merta. Dengan sopan wanita Mersing itu mengeluarkan sepinggan keropok lekor dan dua cangkir teh O panas dari talam plastik.

Telefon dari poket seluar jeans, aku keluarkan. Lihat sekali imbas. Kurang 3 minit, jam menunjukkan pukul 10:00 malam.

Setelah bininya hilang dari pandangan, Pelesit bersuara semula.

“Nanti kau balik ikut mana?”

“Ikut hati.”

“Tak. Aku serious ni, Cap.”

“Ikut Waze je lah.”

“Nanti kau potong ikut Felda Nitar.”

“Kenapa aku kena dengar cakap kau?”

“Jangan lalu Jemaluang. Dekat jalan tu, aku…”

“Tak apa. Nanti aku cabut gigi Minah tu,” aku terus membidas.

Aku mengenggam penumbuk dengan angkuh. Pelesit tersengih, kemudian mengajak minum.

“Yok minum.”

Cawan teh O yang masih berasap aku bawa ke bibir. Kemudian menghirupnya secara beransur-ansur. Pelesit geleng. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi guruh memanah dada Mersing.

* * *

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Hujan renyai dan sejuk penghawa dingin kereta menyebabkan mata aku terasa kuyu. Nyanyian Malique di indera dengar pun seperti tidak jelas seni katanya. Sesekali mencuri pandang sisi jalan Jemaluang. Di kiri, kanan jalan dikelilingi pokok-pokok besar dan semak-samun yang merimbun.

Aku tersenyum sinis. Geleng kepala berkali-kali apabila mengingatkan berita yang pernah tular di media sosial sebelum ini. Kononnya, ramai budak Tik-Tok telah terserempak dan diganggu perempuan; berpakaian serba puteh - berambut panjang hingga paras buku lali - mengendong bayi.

Sudah hampir 20 minit, tak ada apa yang pelik pun berlaku. Jangan kata perempuan berpakaian puteh, wanita berbaju kebaya merah pun tak berani menganggu aku.

Tiba di satu selekoh jalan, makhluk yang diburu tiba-tiba menjelma. Menyeringai menerkam ke arahku. Cermin pandang belakang dijeling berkali-kali. Berharap ada suluh cahaya dari kenderaan pengguna jalan raya lain. Tapi lain p**a yang muncul. Pelesit sedang ketawa besar.

Kulit p**i dicubit hingga terasa sakit. Memang sah, ini bukannya mimpi. Tapi kenyataan. Jantungku seperti mahu melompat keluar dari tubuh dan berlari meminta pertolongan. Mata yang kuyu terus segar.

Walau apa pun yang terjadi, aku tak akan berhenti, apatah lagi keluar dari Myvi kesayanganku. Pedal minyak ditekan kuat. Berbekalkan hati kering, aku terus merempuh sepenuh jiwa.

Permukaan jalan yang licin menyebabkan Myvi yang meluncur laju hilang kawalan. Akibatnya terbabas merodok perut hutan simpan.

Aku merasakan seperti ada cecair panas yang mengalir keluar di dahi. Baunya sangat hanyir dan meloyakan anak tekak.

Selang seketika kedengaran bunyi ngauman harimau.

Gelap.

----------
Mohd Taufik bin Khadri merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Minat mengarang mula berakar setelah mendapat pendedahan di UNIMAS dalam bidang Sinematografi.

TERPALING BOIKOTBoikot mekdi, tapi duit dia tak nak p**ak simpan dalam coli atau spender ? Dia tak kaji ke sejarah penub...
11/11/2023

TERPALING BOIKOT

Boikot mekdi, tapi duit dia tak nak p**ak simpan dalam coli atau spender ?

Dia tak kaji ke sejarah penubuhan bank ?

Oh sebelum terlupa. Tak nak boikot Shuaib Bumble Bee yang menganiaya pekerja dia ke ?

Mana pergi nilai kemanusiaan yang dilaungkan ?

Adakah disebabkan yang menindas itu selebriti melayu berugama islam, maka kita memilih untuk mendiamkan kejahatan (kezaliman) yang dilakukan ?

Tepuk dahi Abang.

-
-
-





Idea dan konsep desain : TaufiKhadri

KEMPEN BMF HIDUP LAGI KE ?---Abang tak pandai boikot ni dik. Abang cuma pandai buat design. Salah satu tanda Abang bersa...
11/11/2023

KEMPEN BMF HIDUP LAGI KE ?

-
-
-

Abang tak pandai boikot ni dik. Abang cuma pandai buat design. Salah satu tanda Abang bersama Adik, Abang terjemahkan dalam bentuk kartun.

Adik nak tahu tak, sebab apa ?

Sebab Abang boikot sesuatu produk sebab harga dan kualiti barang. Boikot sebab sentimen ni tak kekal lama dan kita jadi orang yang tiada pendirian. Sama macam lalang.

Adik tahu tak? Program Boikot memboikot Mekdi ni memang dah lama ada. Tapi ianya hanya bermusim.

Untuk pengetahuan adik, bila kerajaan Barisan Najib tumbang, ramai orang melayu yang takut kehilangan kuasa, sudah menjalankan kempen BMF.

Tau tak, BMF tu apa ? Buy Muslim Product First. Maksudnya utamakan beli barangan buatan muslim dulu. Pernah jadi isu dan wujud dua golongan yang menyokong dan anti.

Ha ha ha. Tapi mana pergi kump**an itu ? Terkubur dik. Terkubur. Sama macam semangat pemimpin rakyat dik.

Itu Abang belum buka lagi cerita tentang betapa rendahnya nilai jati diri segelintir bangsa Abang. Mekdi bagi tawaran anak patung Hello Kitty, terus hilang suara boikot.

Hahaha. Adik rasa macam apa ? Sebab itu Abang tak s**a kempen boikot memboikot ni. Dan percayalah, yang suruh boikot ni mesti orang yang berpendapatan tetap. Bukannya kerja sendiri seperti seekor ayam yang mahu mengais tanah.

Ingat dik. Tidak semestinya soladariti ke atas Falestin kena dizahirkan dengan protes. Ada lagi caranya. Cuma macam Abang cakaplah.

Hidup biar ada prinsip dik. Bukannya sebab ikut-ikutan. Nak boikot sampai mati. Bukannya kejap boikot, kejap tak.

Adik tak percaya ? Tengoklah nanti. Bila ada gencatan senjata, ada lagi tak suara melaungkan.

" Hidup BMF ! "

-
-
-




AWEK PALESTIN" Kau ni tak sayang Palestin ke Mat ? "" Apehal p**ak ? "" Tak buat design sokong Palestin pun. "" Kerana a...
09/11/2023

AWEK PALESTIN

" Kau ni tak sayang Palestin ke Mat ? "

" Apehal p**ak ? "

" Tak buat design sokong Palestin pun. "

" Kerana aku tak mahu dikatakan tunggang kesengsaraan orang lain. Tapi disebabkan kau bakar aku, aku belanjalah. Nah, awek Palestin. "

-
-
-

Idea konsep & design :
TaufiKhadri



KASSIM SEGAMAT---Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaf tanya. Dekat sini ada tak orang yang s**a baca cerita fiksye...
12/10/2023

KASSIM SEGAMAT

-
-
-

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaf tanya. Dekat sini ada tak orang yang s**a baca cerita fiksyen.

Jemput baca cerpen mini bertajuk Kassim Segamat. Terima kasih sudi berkongsi masa.

-
-
-







https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=302120705904530&id=100083198079245&mibextid=Nif5oz

- Kassim Segamat

***

Kassim Segamat ni sepupu aku. Dia ajak main teka-teki. Siapa kalah, kena belanja. Dia nak mulakan dulu. Aku tunjuk cap jempol.

“Apa persamaan mi dengan mamak?”

“Sama-sama keriting.”

“Salah.”

“Apa jawapannya?”

“Mi boleh goreng mamak. Mamak pun boleh goreng mi.”

Dia angkat kening sambil minum teh O panas.

Pekerja kedai mamak datang membawa sepinggan mi goreng mamak dan nasi goreng USA. Air soya dalam gelas, aku sedut laju.

Bila pekerja meninggalkan kami, aku lancarkan serangan balas. Aku yakin. Strategi aku mesti menjadi.

“Sim, China dengan Amerika siapa paling kuat?”

“China.”

“Salah.”

“Sebab?”

“Sebab boleh, dik.” Aku tahan gelak bila tengok muka dia bengang.

Malam itu juga, Kassim Segamat ambil garpu dan cucuk kedua-dua biji matanya sehingga berdarah. Aku cuma mampu gigit jari. Bukan sebab terkejut melihat adegan tersebut, tapi kerana aku terlupa bawa dompet. Aku pandang garpu berdarah lama.

Kenapa? Sebab boleh, dik. Sebab boleh….

DEBABIsteri yang debab kau boleh sedut lemak dia. Tapi skandal yang kurus macam kerengga ni boleh menyedut akaun Maybank...
10/09/2023

DEBAB

Isteri yang debab kau boleh sedut lemak dia. Tapi skandal yang kurus macam kerengga ni boleh menyedut akaun Maybank kau tau.

Bila dah kering, kau akan ditinggalkan. Tapi isteri debab ni yang akan bagi kau makan sampai jadi debab macam dia.

Itu bezanya nilai seorang isteri dan skandal ni. Skandal terima kau bila kau ada harta benda. Tapi isteri masih terima kau walau kau tak ada apa-apa.

Moga-moga orang rumah aku terbaca status bodek aku ni. Nanti dapatlah dia belanja aku Kambing Bakar Perap Pak Man Tempe.



18/06/2023

BETUL KE TAK BOLEH TOLONG NI ?

-
-
-

Baru-baru ni. Ada seorang Pak Cik menelefon aku, TaufiKhadri . Tujuan dia telefon, dia nak mintak aku tolong buat logo.

Aku pun cakap,

" Uncle, bukannya saya tak nak tolong Uncle, tapi apa yang Uncle mintak tolong , saya tak boleh nak tunaikan. "

Kalau kau jadi aku pun, kau memang tak akan tolong Pak Cik tu kan ?
-
-
-




15/05/2023

Walaupun aku buat konten di Tik Tok...

Facebook , Youtube, Twitter, Instagram, tetap aku tak lupakan.

Terima ?




tiktok.com/

02/04/2023

BAJU MELAYU SERENDAH SELINGGIT, KAWAN

Dah tahun 2023 pun masih senang kena tipu. Fikir logiklah.

Orang waras mana yang nak bagi h4rga baju melayu serendah seringgit Bang ?

Kalau cakap lebih, nanti dikatakan mahu menjatuhkan bangsa sendiri. Realiti, benda itu satu bentuk manip**asi mereka. Kalau dalam mimpi tu, aku tak pasti lah.

Terima ?


Address

Gemencheh
73000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skilo Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Skilo Media:

Share