29/04/2024
ASYIK ASYIK NK GIVEUP! BILA NAK GIVE IT ALL?
Saya faham perasaan anda. Kadang kadang anda stress sangat bila buag bisnes asyik tak jadi. Rasa down sangat, rasa putus asa dan ada yang lebih teruk rasa macam tak berfungsi hidup.
Saya dah lalui semua ni dulu, jom saya share sikit.
So first sekali anda kena be very clear that semua orang akan down. Down tu benda biasa, tapi yang paling penting adalah BAGAIMANA anda BANGKIT balik lepas tu?
Kalau anda clear dengan semua ni inshaAllah mudah. Sebelum tu tekan dulu butang SHARE.
1. Check balik matlamat anda.
Kenapa anda boleh putus asa? Adakah matlamat sudah dicapai? Atau matlamat anda terlalu tidak realistik?
Contohnya : Buat bisnes dengan modal marketing sebanyak RM100 sehari, lepastu down sebab Lamborghini Uruz tak keluar lagi. π
π
Biar ada matlamat yang realistik dan boleh dicapai. Nak berangan tak salah. Contohnya macam Liverpool berangan nak Quadraple season ni, berangan tak salah, tapi kena realistik.
Sebab bila anda tak realistik anda susah nak capai, bila tak capai anda rasa down, bila down anda putus asa, kemudian anda tunggu βsomeoneβ turun dari langit untuk memberi semangat dan motivasi kepada anda.
Tak boleh macam tu gais. P.Ramlee dah ajar dulu, kau panas kau kipas, aku panas aku kipas. Kalau dah down tu kena ada self motivation untuk bangun balik sendiri.
Kalau tak boleh bangkit balik sendiri, maksudnya matlamat asas kita tak strong lagi. So betulkan sini dulu.
2. Percaya Bahawa Kejayaan Bermula Dari Kegagalan.
Anda pun dah tengok pelbagai kisah orang berjaya. Hampir 98% yang kaya raya harini bermulanya sebagai orang miskin dulu.
Jadi kenapa nak rasa sedih kalau kita miskin harini? Ini kan sebahagian daripada proses. Jika kita masih miskin dan kita nak sangat berjaya, maksudnya we are on the right track.
Semua orang berjaya gagal dulu. Kita gagal sekarang nanti akan berjaya lah tu. InshaAllah dengan izin.
Setiap kegagalan adalah satu pengajaran. Jangan biarkan kegagalan tu menganggu kehidupan anda. Sebaliknya, gunakan pengalaman itu untuk memperbaiki strategi anda dan terus maju.
Saya pun dah berapa kali kena tipu dulu. Malas dah nak cerita pun πππ
3. Bergaul Dengan Orang Yang Betul.
Jika anda sedang berusaha untuk berjaya, banyakkan berhubung dan berkawan dengan orang yang ada mindset sama.
Kalau ada kawan yang asyik cakap negatif, itu tak boleh, ini tak boleh, jauhkan dari mereka.
Cari circle (bulatan) yang betul. Bergaul dengan orang positif, cari circle yang sentiasa fikir tentang masa depan dan jauhi yang s**a sembang negatif, s**a kutuk orang dan semua benda orang buat tak betul. Dia lah terpalinggggggg
4. Jangan asyik kerja, kena rest juga.
Dalam proses nak kejar matlamat ni memang kita penat dan kerja kuat, tapi at the same time jangan lupa rehat.
Tidur boleh kurangkan tapi still kena tidur.
Ada duit lebih pergi bercuti. Duduk hotel, rest, tidurrrrr, enjoy. Jangan tunggu kaya sangat, nanti lagi sibuk. Makin bertambah duit, makin bertambah kerja juga.
Kalau nak tenang dan banyak rehat, masuk kelas , belajar dan amalkan 3-6 bulan dan anda akan rasai nikmat mengamalkan Formula 6D.
Saya memang sibuk, tapi saya uruskan 15 bisnes. Namun saya hanya tengok ads manager sebulan sekali bagi bisnes yang dah lama dan seminggu sekali bagi bisnes yang baru. 6D.
Kalau pakai wasap pun still 6D π
Alhamdullilah.
Korang yang hari hari tengok ads manager tu, memang bercinta ke dengan Ads? Hari hari kena usik juga apa apa kat situ? π
Tanya jer, jangan la sentap. Siapa yang sentap mesti tak komen kat bawah ππ
5. Give some time to yourself.
Setiap orang ada timeline tersendiri untuk capai sesuatu level dalam hidup. Even di sekolah satu kelas ada 30 murid bukan semua score straight A. Tidak bermakna yang lain semua tu bodoh.
Setiap sorang ada kelebihan tersendiri. Betul?
Sebagai contoh saya mungkin tak bagus sangat main bola sepak sekarang sebab dah berat β tapi kalau saya ambil free kick mungkin Gianluggi Buffon pun takut. π€ͺπ€ͺ ini contoh (kelebihan)
Jangan selalu tengok kelemahan kita. Saya bagi contoh saya kaitkan diri saya dengan s**an bola sepak.
Contoh Kelemahan Semasa : Badan berat, lari perlahan, dah lama tak main bola, stamina tak ada.
Contoh Kelebihan Semasa : Free Kick Macam Thierry Hery, Fans Arsenal & Hensem β€οΈ
So jangan tengok kelemahan kita, fokus pada kelebihan kita. Setiap satu daripada kita Allah bagi kelebihan tersendiri. Bagi masa pada diri.
Duduk dan fokus pada sesuatu dan anda akan jumpa kelebihan tersebut. Bila anda dah jumpa anda akan Flyyyyy high. Tapi jangan duduk saja. Do something.
6. Dont stop dreaming.
Tak berdosa pun ada impian besar. Walau terasa susah macam mana pun teruskan bermimpi. Teruskan berusaha.
Keep on fighting and hustling.
βNana korobi, ya okiβ
βFall down seven times, stand up eight.β
Jika anda rasa semangat, tolong tekan butang share. Musim ni ramai yang dah start down. Kita jangan lembik lembik ya. Bangkit πͺπͺ
β DZ
βNana korobi, ya okiβ