07/04/2023
Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan pengertian yang cukup besar buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Bermulanya Ramadan, maka akan terbuka luas pintu kerahmatan dan keampunan kepada umat manusia untuk mencari kedamaian dariNya.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444H kepada semua yang beragama Islam 🌙.
Bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual sepanjang bulan Ramadan adalah selaras dengan keperluan di dalam Akta Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, pihak kami akan menjalankan aktiviti pemantauan keselamatan makanan di bulan Ramadan🌙.
Jom kita mengamalkan konsep "Sama-sama Perhati👀 dan Pilih Juadah🍩🍤🍛🥗🌭🍔🍖🍗🧋🥛🍵 di Bazar Ramadan".
masyarakat
✅memilih gerai yang bersih dan mengamalkan pengendalian makanan yang baik.
peniaga
✅Dinasihatkan supaya membasuh terlebih dahulu bahan mentah termasuk telur, sebelum digunakan dalam penyediaan makanan. ✅Tidak menyediakan makanan berisiko tinggi untuk basi terlalu awal (contohnya makanan berasaskan santan), daripada waktu untuk dijual.