07/08/2026
MOHON BANTUAN SAKSI / RAKAMAN DASHCAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya memohon bantuan orang ramai yang mungkin berada di sekitar Jalan jelapang - Ampang berhampiran shell Ipoh , Perak pada 12 Julai 2026 Ahad sekitar jam 7.15 mlm – 8 mlm.
Telah berlaku satu kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal Yamaha Y16ZR bernombor pendaftaran PQY2289, bersama kereta yang melanggar masih tidak kenali oleh kerana pelanggaran dari belakang disyaki langgar lari, kemalangan tersebut telah menyebabkan Anak saya patah tulang paha di tempat kejadian.
Saya sedang mencari mana-mana individu yang mempunyai:
* rakaman dashcam,
* rakaman kamera kenderaan,
* rakaman CCTV berdekatan,
* atau saksi yang melihat kejadian tersebut.
Saya sangat berharap ada yang dapat membantu memberikan maklumat atau rakaman supaya saya dapat mengetahui kronologi sebenar bagaimana kemalangan ini berlaku dan bagaimana boleh berlakunya kemalangan kepada anak saya.
Sekiranya ada maklumat, mohon hubungi saya melalui DM atau nombor telefon: 0125247245 & 0135352063
Segala bantuan dan keprihatinan amat saya hargai. Semoga Allah membalas jasa baik semua yang membantu.
Terima kasih.