Novelty Marketing

Novelty Marketing Menyedia perkhidmatan printing, pembekal cenderamata (trofi, medal, plaque). Layari www.novelty2u.com Pembekal Hadiah, Cenderamata, Keperluan Sukan & Acara i.e.

trophies, medal, plaque, T-shirt, corporate premium item, velvet box, print craft etc

08/07/2025

Kepada: Fly AirAsia & Pasukan AirAsia Rewards,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada staf anda yang bernama:

1. Kapten Sangeran Surendran

2. SFO Muhammad Syafiq bin Nor’en

3. SCC Mohd Ridzwan Ong

4. CC Stephenie Unyang Dungo

5. CC Nurul Nasuha Binti Mohd Maznan

6. CC Amirul Ariffin Bin Junaidi

7. Encik Alan Vuu (staf darat Ho Chi Minh)

✈️ Penerbangan: AK 115
🕔 Masa: 5:55 pagi
📅 Tarikh: 4 Julai 2025
🛫 Laluan: Guangzhou - Kuala Lumpur

Anak saya, Natashya Sofea berumur 1 tahun 7 bulan. Kami menaiki penerbangan AK115 pada jam 5:55 pagi dari Guangzhou ke Kuala Lumpur. Sejak pesawat berlepas, Tashya tidur lena. Namun selepas kira-kira 1.5 jam, beliau terjaga dan menyusu sebentar. Tidak lama selepas itu, beliau kelihatan gelisah — menangis sekejap, kemudian diam. Wajahnya menjadi pucat, bibir pun turut kelihatan pucat, dan beliau kelihatan sukar bernafas, lemah serta kurang responsif.

Saya segera mengangkatnya, menepuk belakangnya, menggosok tangan dan kaki, serta cuba membuatkannya menangis. Dalam masa yang sama, saya meminta bantuan krew kabin untuk mendapatkan oksigen. Reaksi pantas dan cekap ditunjukkan oleh krew! Selepas menerima oksigen, keadaan Tashya mula stabil dan bibirnya mula kembali merah jambu.

Krew turut membuat pengumuman untuk bertanya jika ada doktor dalam pesawat, dan syukur, ada seorang yang tampil membantu. Beliau terus memeriksa keadaan Tashya dengan penuh prihatin. Krew juga berbincang dengan juruterbang untuk menurunkan altitud, dan tindakan diambil serta-merta.

Tidak lama selepas itu, keadaan Tashya kembali stabil. Juruterbang kemudiannya membuat pengumuman bahawa penerbangan akan dialihkan ke lapangan terbang terdekat, iaitu Ho Chi Minh, bagi mendapatkan rawatan segera.

Sepanjang 30 minit penurunan altitud, krew tidak putus-putus datang memeriksa Tashya, mengurut tangan dan kakinya serta memantau nadi. Mereka amat prihatin dan penyayang 🥹. Sebaik sahaja mendarat di Ho Chi Minh, pasukan perubatan telah sedia menunggu dan segera menaiki pesawat untuk memeriksa Tashya. Kami diminta turun untuk dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Saya, suami dan anak kami terus diiringi staf darat ke ambulans. Bagasi kami juga dikeluarkan dengan cepat. Di hospital, Encik Alan Vuu dari pihak AirAsia menemani kami dari awal hingga akhir. Tashya menerima rawatan pantas — tanpa perlu menunggu langsung. Dalam masa sejam sahaja, semua ujian termasuk ECG, ekokardiogram dan X-ray selesai dijalankan.

Pihak AirAsia juga telah menyediakan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur secara percuma. Staf darat AirAsia di Ho Chi Minh sangat membantu, memastikan segala urusan kami lancar sehingga kami berada di bilik menunggu untuk berlepas.

Saya amat berharap pihak AirAsia dapat memberikan penghargaan atau ganjaran sewajarnya kepada staf-staf yang telah memberikan perkhidmatan luar biasa ini. Mereka telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam situasi yang mencabar ini.

Sekian, terima kasih.


📸Jacyntha Florentius

Anda memerlukan plak penghargaan untuk majlis di organisasi anda? Hubungi kami.
31/12/2023

Anda memerlukan plak penghargaan untuk majlis di organisasi anda?

Hubungi kami.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan pengawas Tingkatan 6 SMK TPG. Semoga kecemerlangan diteruskan di ...
31/12/2023

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan pengawas Tingkatan 6 SMK TPG. Semoga kecemerlangan diteruskan di peringkat seterusnya.

Selamat Tahun Baru 2024.



Anda memerlukan plak penghargaan untuk majlis di organisasi anda? Hubungi kami.

01/07/2023

Selamat bersara, jasa dikenang sentiasa.

Plak penghargaan oleh Novelty Marketing.

Menyedia perkhidmatan printing, pembekal cenderamata (trofi, medal, plaque). Layari www.novelty2u.com

Cenderahati dari Cikgu Rasid kepada anak-anak muridnya di SMK Teluk Panglima Garang.Selamat bersara Cikgu Rasid, 27 tahu...
05/02/2023

Cenderahati dari Cikgu Rasid kepada anak-anak muridnya di SMK Teluk Panglima Garang.

Selamat bersara Cikgu Rasid, 27 tahun menabur bakti (1996-2023). Jasamu dikenang.


01/11/2022

Address

54, Jalan Rambai 2, Taman Rambai Indah
Jenjarom
42600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Novelty Marketing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Novelty Marketing:

Share