05/04/2023
Malam Gala Arabian Night RVSB 2023
Telah pun melabuhkan tirai pada 9 Mac 2023 di dewan yang sangat gah di The Grand Renai Hotel Kota Bharu Kelantan.
Malam yang penuh gilang gemilang yang disaksikan oleh beratus-ratus orang tetamu dari kalangan team RVSB serta tetamu jemputan khas VVIP.
SWG Vision PLT HQ merupakan salah 1 anak syarikat kepada Role Vision Sdn Bhd Official.
Pada malam itu, semua telah menggayakan busana tema Arab dan sudah tentu semua sangat cantik dan kacak bergaya memakai pakaian mengikut tema🥰🤩.
Selain dihidangkan dengan menu makanan Arab, para hadirin di dalam dewan juga tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan yang sangat mantap dari team-team RVSB yang mengambil bahagian.
Tahniah kepada Team Aurora kerana berjaya membawa pulang wang tunai dan menjadi PERSEMBAHAN TERBAIK pada malam tersebut.
Selain itu, banyak anugerah-anugerah lain yang turut diberikan. Antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bahagian Pengurusan serta Bahagian Jualan, Anugerah Khidmat Setia, Reward ke Korea untuk PM dan TPM RVSB serta pakej Mengerjakan Umrah.
Tidak dilupakan pada malam gilang gemilang itu, General Manager RVSB iaitu Puan Nurul Hidayah telah membawa pulang sebuah Mercedes Benz sebagai tanda penghargaan syarikat kepada beliau yang banyak berkorban demi menaikkan nama syarikat. Alhamdulillah. Tahniah Puan Nurul ❤️
Tidak cukup dengan itu, hadiah cabutan bertuah?
Siapa yang x pergi memang rugi. Dan siapa yang tak dapat memang gigit jari😭
Hadiah-hadiah cabutan bertuah bukan kaleng-kaleng yaaa. Barang kemas, barangan elektrik serta barangan-barangan lain yang berjenama terkenal memang sangat paduu🔥. Rezeki bagi mereka yang dapat. Syukur...
Di akhir malam Arabian RVSB lepas, siapa sangka dua orang team dari Team Management iaitu NUR ALIA NISYA serta SAFWAN masing-masing dinobatkan sebagai QUEEN AND KING OF ARABIAN NIGHT RVSB 2023. Memang cukup cantik dan menawan kedua-dua pemenang kita😘.
Terima kasih sekali lagi buat RVSB terutamanya CEO RVSB Tn Amiru Mat Rawi serta PENASIHAT RVSB Tn Azman Aziz yang sentiasa berikan dan mahukan yang terbaik untuk seluruh team. Terima kasih tuan🙏🏻
Akhir kata, tanpa penat lelah pihak Penganjur, tidak mungkin majlis Gala Dinner Arabian Night kita ini berjalan dengan sempurna. Semua wajib ucapkan terima kasih kepada mereka. 💪🏻
insha'Allah, untuk tahun hadapan jika masih diberi kesempatan, kita berjumpa lagi di lain majlis dinner yang sudah pastinyan dengan Tema yang berlainan serta lagi power😂🤩.
See you next ❗