Pertubuhan Kebajikan amal Ummatul Hilmaz

Pertubuhan Kebajikan amal Ummatul Hilmaz Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab mengumpul dana untuk membantu insan-insan yang memerlukan di luar sana. See less

Tanggungjawab kami adalah untuk membantu ummah.

HIDUP SEDERHANA PENUH BERKATRamai manusia yang merungut bahawa kehidupan mereka selalu gelisah. Sedangkan hidupnya dipen...
23/02/2022

HIDUP SEDERHANA PENUH BERKAT

Ramai manusia yang merungut bahawa kehidupan mereka selalu gelisah. Sedangkan hidupnya dipenuhi dengan harta. Apa sahaja keinginkan semua dapat dimilikinya.

Malangnya, ketenangan hati sukar untuk mereka dapatkan. Begitu banyak kita saksikan manusia berharta. Tapi kemudian hari menghancurkan hidupnya.
Contohnya, yang bergelar selebriti tapi membunuh dirinya sendiri.Hal ini berlaku akibat tekanan perasaan padahal kehidupannya adalah mewah.

Begitu ramai manusia tidak berasa tenang disebabkan harta.Selalu berasa bimbang jika hartanya direbut dan jatuh ke tangan orang lain.

Manakala mereka yang hidup dalam kesederhanaan lebih tenang jiwanya. Wajah mereka sentiasa kelihatan meneduhkan.
Kita ambil contoh daripada gaya hidup ala Rasulullah SAW.

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa pernah dapur baginda tidak berasap dalam tempoh sebulan.

Ini bermakna tiada aktiviti masak memasak di dapurnya. Baginda dan isterinya cuma memakan buah kurma dan meminum air putih.
Selain itu, Rasulullah hanya mempunyai beberapa helai pakaian untuk dipakai.Tidak mewah tapi cukup bersih dan rapi.

Boleh jadi harta yang banyak mengakibatkan fitnah terhadap agama kita. Ia menjadikan kita semakin jauh dengan Allah SWT. Ini kerana kita sibuk mengurus hal harta tersebut.

Jadi,apabila Allah menganugerahkan kita rezeki yang lebih, hendaklah kita menggunakannya dalam kebaikan. Bersyukurlah kepada Allah diatas kurniaan rezeki tersebut.

Address

LOT 3591 KEDAI TING 1 TAMAN D NIK, Jalan BESAR, KAMPUNG GONG BADANG
Jerteh
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan amal Ummatul Hilmaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share