11/10/2018
Korang perasan tak ada update function baru kat ads manager?
Semalam ada sorang founder mintak tolong saya. Team marketing dia tak jumpa jalan. Takde leads. So, kebetulan
saya ada masa free semalam jugak, saya terus buatkan contoh ads untuk team dia rujuk nanti.
Seperti biasa lah buat ads ni, godek-godek dulu. Dalam otak saya, malas dah nak buat Messenger ad macam semua orang buat sekarang. Nak explore benda baru.
Terbukaklah objective Traffic dan jumpa benda ni.
DYNAMIC CREATIVE.
Saya rasa ramai tak tahu lagi kot pasal kegunaan benda ni.
Senang cerita macam ni lah, DYNAMIC CREATIVE ni function di mana Facebook akan gunakan bahan (assets) yang kita upload di ads manager untuk ads ni seperti gambar, video dan copywriting untuk hasilkan beberapa iklan (ads) yang berbeza gabungan bahan yang kita upload tadi tu. VARIASI!
Ianya sama macam kita SPLIT TEST tapi kali ni Facebook tolong buatkan, kita upload je.
Benda ni saya s**a sebab jimatkan masa. Sebelum ni kena create banyak campaign, ad set, dan ads kadang-kadang untuk split test headline jerrr!
Yang ni kita just setup satu kali je, Facebook variasikan iklan kita!
Nah kat bawah ni saya tunjuk sikit apa kat dalam tu. Baca point-point kat bawah dan rujuk gambar ye.
1. So far function ni saya jumpa kat Objective Traffic je. Kat Engagement saya check takde. Yang lain belum sempat explore.
2. Untuk aktifkan function ni, ada button On/Off kat tepi tu.
3. Dia ada keluar kat menu tepi tu.
4. Button ADD tu la fungsi dia untuk kita tambah copywriting (body text) yang pelbagai.
5. Objective ada ready made Headline Bar kan? Yang tu pun boleh variasi kan dengan button ADD tu jugak.
6. Tu contoh headline yang saya buat, 2 headline je saya sempat test.
7. Masa proses buat tambah menambah tu, kita boleh tengok variasi yang Facebook buat untuk kita. Tekan kat VIEW MORE VARIATIONS
8. Masa view tu, kita boleh godek-godek tengok macam mana posting yang akan keluar ikut variasi tu. Tekan button dropdown tu. Preview dia pun kat situ.
9. Kalau korang tertanya berapa banyak boleh tambah bahan tu, kat situ Facebook ada cakap yang kita boleh ADD sampai 5 gambar, copywriting, headline dan jenis CTA button tu.
Gila, kalau gabung-gabung tu berapa variasi boleh keluar?? Berpuluh ada??
Banyak tuh, boleh tahan pilih kot nanti mana gabungan yang mendatangkan leads yang bercurah-curah.
Sebab apa?
Sebab setting teknikal facebook ads ni bagi saya hanya 10% je dalam konsep Facebook marketing, selebihnya bergantung pada gaya penulisan copywriting kita, gambar yang kita pilih, dan headlines yang kita cipta.
Saya harap benda ni boleh bagi idea baru untuk fbads player luar sana semua.
Saya punya ads ni pun tak tahu lagi result. Tengah experiment teknik baru. Guna ###XX form untuk sales letter dan kumpul lead. Kalau ada result nanti saya share sebab benda ni korang akan terkejut betapa mudahnya nak buat dan ianya FREE untuk setup.
Selamat berexperiment semua ya.
Kalau rasa benda ni ada lagi kawan tak tahu, share lah kat dorang.
Kalau ada yang nak tanya lagi pasal Facebook Ads dan dunia marketing online ni, saya ada kumpulkan fbads players di satu group Telegram, join je link ni> https://t.me/joinchat/CgdxAVKfOGDdwODnvqWE4A
dan kalau nak info-info terbaru pasal fbads dengan lebih cepat, boleh follow channel Telegram Eskoba Marketing kat sini > https://t.me/eskobamarketing
Sekian,
Tengku Adzim
Lord of
Man Of Data