Nebula Legacy Sdn Bhd

Nebula Legacy Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nebula Legacy Sdn Bhd, Advertising/Marketing, NEBULA LEGACY SDN. BHD. Lot 3156, Tingkat Bawah Bangunan Sebelah Masjid Lama Alor Lintang Besut, Jertih.

14/01/2019

[KERJA KOSONG DI BESUT,KG RAJA, TERENGGANU]
CUSTOMER SERVICE
Membuat kerja2 jualan produk secara online tanpa perlu bertemu mata dengan pelanggan.
Buat call dan nombor customer company akan bagi
Gaji basic RM800 + komisyen = RM2500 ke atas
[SYARAT2 CALON TEMUDUGA]
1) Terbuka kepada semua lelaki perempuan yang komitmen tinggi.
2) Menjaga solat 5 waktu,hormat orang lain
3) Menutup aurat,boleh bekerja mengikut arahan
4) Bersedia utk belajar perkara baru
5) Bersedia utk bekerja dalam team
6) Bersedia utk menghadiri sebarang seminar @ kursus di luar waktu kerja
7) Bersedia utk kerja di luar waktu kerja
8) Bersedia menghadapi tekanan kerja
9) Tidak mudah patah semangat
10) Rajin,aktif,ceria,sopan, petah berbicara
[TUGAS-TUGAS]
1) Reply komen di FB page
2) Call bakal customer mengikut skrip yg disediakan
3) Jawab whatsapp mengikut skrip yg disediakan
4) Ambil order
5) Mengisi borang2 yg diperlukan
6) Mengadakan hubungan baik dengan customer melalui whatsapp @ call
7) Lain2 tugasan yg diberi dr masa ke masa
Untuk menghadiri temuduga, WASSUP:
di talian 010-6526562(Encik MOKHZANI)

“TAK BOLEH KURANGKAN LAGI KE HARGA? EJAS LA SIKIT LAGI”Biasa dapat customer macam ni kan?Apa yang saya dan team saya sel...
20/12/2018

“TAK BOLEH KURANGKAN LAGI KE HARGA? EJAS LA SIKIT LAGI”

Biasa dapat customer macam ni kan?

Apa yang saya dan team saya selalu jawab. Boleh je guna ayat ni kalau nak guna. Semoga membantu.

“akak..saya minta maaf sangat-sangat..ikhlas saya cakap kat akak..kalau boleh saya bagi jujur saya akan bagi kat akak..Sebab apa, saya deal dengan akak win-win situation dah kak..akak win sebab dah dapat harga diskaun 30% ni. (part tu boleh ejas sama ada bagi berapa percent diskaun ataupun ada bagi free gift atau apa-apa). Saya p**ak win sebab Allah gerakan hati akak supaya akak membeli dengan saya. Alhamdulillah sebab saya dapat gaji@komisen disebabkan akak beli ni..maaf sangat2 ye kak sebab dah tak dapat nak bagi harga macam akak mintak..”

skrip ni sesuai jugak untuk yang nak mintak free gift tapi kita takde free gift nak bagi.

Sebab kadang-kadang customer pun faham kalau kita tak dapat bagi. Cuma kita as a seller kena lembutkan hati dia dan sejukan hati dia untuk terima.

Insyaallah. Semoga membantu ye sahabat semua.
Dapat sesuatu hari ini ?..jika ada teruskan support

NEBULA’S CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY ( CSR )===================-------=====================KHAMIS 29 NOVEMBER 2018Al...
30/11/2018

NEBULA’S CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY ( CSR )
===================-------=====================

KHAMIS 29 NOVEMBER 2018
Alhamdulillah untuk progam CSR Nebula Legacy kali ini,kami bersama Amazing Bees Group,Edusthrive Training&Consultancy Sdn Bhd dan Soul Reve Sdn Bhd.
Program Charity kali ini kami dapat laksanakan dengan jayanya. Wakil daripada setiap subsidiari ABG telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga ayah mat.
Hasil temuramah kami dengan ayah mat iaitu ayah kepada 10 orang anak, 2 dari anaknya tidak bernasib baik,anak nya (shuib) terlibat dalam kemalangan kira-kira 1 tahun setengah lepas.kaki terpaksa dipotong kerana remuk akibat kemalangan tersebut.shuib masih tidak sedarkan diri dan hanya terlantar di katil sahaja.
Seorang lagi terjatuh dari katil asrama kira-kira 16 tahun lepas,akibatnya kepala terpaksa dibedah. Alhamdulillah sihat tetapi menjalani kehidupan tidak seperti orang biasa.
Semoga keluarga ayah mat terus tabah menjalani kehidupan ini,dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat
Hopefully untuk program CSR kami dapat teruskan secara konsisten
Membantu orang lain adalah satu ibadah,ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud..

Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling dis**ai Allah? Dan amalan apa yang paling dis**ai Allah?”
Nabi menjawab, “Orang yang paling dis**ai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling dis**ai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku s**a daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)
Sesiapa yang berminat untuk join next CSR boleh komen yee.





&CONSULTANCY

5 TIPS UNTUK CLOSE SALE DENGAN MUDAH:1. Sentiasa bertanya soalan pada prospek, supaya ada engagement dan perbualan tak t...
25/11/2018

5 TIPS UNTUK CLOSE SALE DENGAN MUDAH:

1. Sentiasa bertanya soalan pada prospek, supaya ada engagement dan perbualan tak tergantung begitu je.

2. Sebelum beri harga, terangkan nilai dan manfaat produk supaya prospek nampak nilai produk anda.

3. Sentiasa jawab soalan yang diajukan oleh prospek. Prospek akan marah dan tak ada mood untuk membeli kalau anda abaikan soalan mereka.

4. Elakkan dari "Copy-Paste" skrip yang panjang lebar. Cuba gunakan bahasa yang santai dan ringkas. Prospek tak s**a nak baca skrip yang panjang berjela. =(

5. Jika prospek diam & perbualan tergantung, pastikan follow up semula. Kadang-kadang mereka bukan tak nak beli, tapi mereka busy dan terlupa.

# Copy Writer NLSB

SALAM MAULIDUR RASUL 1440/2018 "MENYANTUNI UMAT MEMBAWA BERKAT"Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarka...
20/11/2018

SALAM MAULIDUR RASUL 1440/2018

"MENYANTUNI UMAT MEMBAWA BERKAT"

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Kelahiran dan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT, di dalam surah al- anbiyak ayat 107 : Maksudnya

Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam

Justeru itu, kita selaku ummat Nabi Muhammad SAW, wajar untuk sentiasa mengenang perjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam.Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini. Justeru, apa yang saya harapkan ialah, agar penganjuran Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, akan mengetuk rasa kesedaran kita agar sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan meneguhkan jati diri sebagai seorang muslim, bagi menempuh arus kehidupan di dunia yang sementara ini.
IKHLAS DARIPADA KAMI NEBULA LEGACY SDN.BHD

SEMAKIN HARI JUALAN ANDA SEMAKIN PARAH ??Mungkin ada yg founder dh pening kos ads melambung tinggi tp sales ciput jerrMa...
13/11/2018

SEMAKIN HARI JUALAN ANDA SEMAKIN PARAH ??
Mungkin ada yg founder dh pening kos ads melambung tinggi tp sales ciput jerr
Mana-mana founder yg sales dh Injured teruk tu nah saya berikan “ubat” untuk anda
teknik mampu ini membuatkan jualan anda terloncat naik !
OFFER MELELEH
OFFER MELELEH, maksudnya tawaran tu kena betul-betul menarik sampai prospek rasa teruja dan tak sabar-sabar nak serahkan duit mereka pada anda.
Bukan sekadar offer POS PERCUMA.
Pos percuma dah tak meleleh disebabkan ianya satu tawaran yang ‘common'.
Tawaran meleleh ni adalah tawaran yang ‘rare', tak ramai penjual berikan tawaran tersebut.
FREE GIFT
Siapa yg tak s**a free gift kan ?
Tawarkan sekurang-kurangnya 3 free gift pada prospek anda.
Cuma, pastikan free gift tu ada kaitan dengan produk yang dijual dan free gift tu ada
value dan boleh bantu percepatkan prospek untuk dapat result (contoh: jual supplement sado, bagi free gift ebook senaman).
Jangan bagi free gift yang tak ada kaitan dengan produk (contoh: jual ubat kurus, bagi free gift mangkuk).
UPSELLING
Upselling ni maksudnya cubaan untuk memujuk prospek untuk beli lebih banyak dari kita.
Dengan erti kata yang lain, kita cuba nak naikkan jumlah transaksi per pelanggan.
Ada 2 cara untuk upsell:
1. Pujuk prospek yang berminat untuk beli sekurang-kurangnya 3 unit produk. Bagi mereka diskaun kalau mereka beli 3 unit.

2. Boleh tawarkan pakej combo. Sebagai contoh, kalau anda jual produk pencuci muka, tawarkan mereka set pencuci muka, toner, krim dan apa saja yang ada kaitan.
CROSS SELLING
Cross-selling ni apa p**a?
Cross-selling ni merujuk pada cubaan kita memujuk pelanggan sedia ada (dari database pelanggan) untuk beli produk lain p**a.

Katakan, kita dah meniaga jual ubat kurus selama 2 tahun.
Selama berniaga, kita ada simpan 1000 database pelanggan yang pernah membeli.
Kita boleh follow-up mereka semula dan pujuk mereka beli p**a supplement untuk dapatkan badan sado.

Senang cerita, kita nak pelanggan sedia ada beli produk lain yang ada kaitan dengan produk sebelumni.

Contoh yang kedua p**a, kalau anda jual tudung, setiap kali launching tudung baru, boleh hubungi pelanggan sedia ada dulu dan cross sell mereka tudung baru.
Kalau nak jual jubah pada mereka pun boleh.
Tak kisah la apa pun produknya, yang penting ada kaitan dengan niche anda.
Jadi, adakah 'Ubat' ini memberi kelegaan dan semangat untuk kembali aktif close prospek? =)
Ikhlas,

Apa tujuan kita hidup?Apa yang menyebabkan kita bangun pagi, dan terus bersemangat nak buat yang terbaik untuk hari ini?...
11/11/2018

Apa tujuan kita hidup?
Apa yang menyebabkan kita bangun pagi, dan terus bersemangat nak buat yang terbaik untuk hari ini?
Apa ???
Ramai orang tak hargai hidup. Diberikan kemampuan berjalan, tapi berjalan macam orang malas.
Diberi kemampuan makan, tapi makan pun sambil lewa..
Diberikan kemampuan berpakaian tapi baju malas nak gosok, pakai selekeh, malas...
Diberi kemampuan ada tenaga, boleh berfikir tapi malas nak berusaha, malas nak guna otak...
Hidup tak ada semangat..tak ada energy. Lemah je...
Ramai orang tak syukuri nikmat yang Allah beri. Bersyukur bukan hanya bila dapat duit selepuk, bukan hanya bila dapat rezeki dari langit, bukan.
Bersyukur adalah juga dengan cara anda buat yang terbaik, gunakan dengan terbaik apa nikmat yang Allah beri kepada kita.
Ada yang cacat penglihatan, ada yang berkerusi roda, ada yang tak mampu menulis, ada yang bertongkat, ada yang...serba kekurangan, mereka sanggup datang..sanggup masuk dewan, duduk dan belajar...
Walaupun mereka hanya boleh gerakkan dua jari sahaja!
Mereka semua ada TUJUAN HIDUP.
Mereka nak hidup lebih baik, mereka taknak meminta-minta, mereka nak bantu keluarga...
Dan mereka pegang tujuan hidup mereka ketat-ketat.
Kita? Yang sempurnalah sangat ni? Apa?
Adakah kita dah buat lebih baik dari mereka yang kita kata 'tak sempurna'?
Adakah ita dah mampu 'contribute' lebih baik kepada keluarga dan masyarakat - seperti mereka yang kita labelkan sebagai 'tak berkemampuan'?
Adakah kita ada tujuan hidup sekuat mereka yang kita rasa kekurangan dari kita?
Kita? Yang cukup sifat dan sempurna ni?
Apa yang menghalang kita untuk jadi sehebat mereka?
Hidup bukan untuk menjadi biasa-biasa. Dah ramai orang biasa-biasa kat luar sana. Kita perlu jadi orang luar biasa..orang yang lebih bermanfaat..yang dapat membantu lebih ramai insan yang memerlukan di luar sana.

” SAYA FIKIR DULU YE..KALAU JADI SAYA WHATSAPP SEMULA “Sesiapa yg berniaga online atau Team sales mesti pernah kena ayat...
08/11/2018

” SAYA FIKIR DULU YE..KALAU JADI SAYA WHATSAPP SEMULA “
Sesiapa yg berniaga online atau Team sales mesti pernah kena ayat ni kan ( AYAT REJECTION )
Pernah tak down teruk bila dapat ramai prospek tapi tak Berjaya nak close ?
Masa tu mesti korang rasa

> Putus asa rasa tak nak buat sales dh
> Rasa takde keyakinan dah nk close
> Paling teruk pun nangis sorang2.. uhuk
Untuk korang yg sales tengah “Sakit” tu meh ambo nk REVIVE semangat tu
Ingat satu ayat ni..
TAK SEMUA ORANG KITA BOLEH CLOSE…KENAPA ??
Sebabnya...
1. DESPERATE

- Bukan semua orang ' ' nak selesaikan masalah/penuhi impian dia on the spot. sebab tu dia reply "nak tanya suami..."
2. MAMPU

- Bukan semua orang 'mampu' selesaikan masalah @ penuhi impian dia secepat mungkin. Sebab tu dia reply " Tunggu gaji..."
3. MAHU

- Tak semua orang 'mahu' selesaikan masalah @ penuhi impian dia, sebab tak ada dorongan yang kuat untuk dia selesaikan masalah @ penuhi impian dia.

Sebabb tu dia reply: "Nanti kalau nak, saya whatsapp semula,Nak Tanya suami,mak ayah tok nenek bagai
So, sekarang faham tak kenapa bukan semua orang beli produk anda on the spot?
Apa yang adalah, kita bagi je value dan bantu prospek sebaik mungkin. Bukan nak jual produk @ raih untung semata-mata..

Kita bantu prospek buat keputusan yang betul walaupun dia tak membeli dari kita.

Kadangkala, ada prospek beli bukan sebab produk yang kita jual, tapi dia beli sebab dia jatuh 'Syinta' dgn adab budi bahasa kita pada dia. 😍

Kita jgn lupa, prospek bukan menilai kita dari mata zahir sahaja, mereka juga menilai kita guna mata hati (instinct).

Dari situ dia akan nampak kita sebagai helper, bukan seller.

Kalau niat ikhlas, inshaAllah Allah permudahkan..

BUSINESSMAN VS ENTREPRENEURDua2 ni buat benda yg sama iaitu berniaga, menjual sesuatu samada produk ataupun servis.Tapi,...
07/11/2018

BUSINESSMAN VS ENTREPRENEUR
Dua2 ni buat benda yg sama iaitu berniaga, menjual sesuatu samada produk ataupun servis.
Tapi, the real-entrepreneur sentiasa lebih kedepan. Mereka lebih proaktif dan inovatif! Mereka "pemburu ilmu", selalu buat sesutu yg OUTSTANDING, lain dari yg lain. Sentiasa UPDATE dan sangat AGRESIF!

Berat woooo peranan seorang founder ni... Selain dari hal-hal bisnes, hal-hal team pun kena bagi perhatian jugak.Nak lea...
06/11/2018

Berat woooo peranan seorang founder ni... Selain dari hal-hal bisnes, hal-hal team pun kena bagi perhatian jugak.
Nak lead lagi, nak motivate lagi... bukan mudah bila jadi "saluran rezeki" kepada orang lain ni. Hati mau kuat, semangat mau kental.
Founder2 WAJIB alert dengan 3 perkara ini jika tidak mahu DIBELASAH competitor
1.PERUBAHAN BUDAYA
2.PERUBAHAN GENERASI
3.PERUBAHAN TEKNOLOGI
Sebagai founder, kalau anda xnak bisnes ‘tersungkur’ anda perlu cakna dgn perubahan2 ni.

◻Anda adalah apa yang anda fikirkan!◼Kalau anda fikir anda boleh, anda akan boleh!◻Kalau anda fikirkan masalah, maka sel...
23/09/2018

◻Anda adalah apa yang anda fikirkan!

◼Kalau anda fikir anda boleh, anda akan boleh!

◻Kalau anda fikirkan masalah, maka selamanya dalam masalah!

◼Kalau anda fikirkan ingin berubah, insyallah akan berubah.

◻Kalau ada fikirkan hendak tunggu masa yang sesuai, sebenarnya tidak ada istilah masa yang sesuai, yang sesuai ialah inilah masanya!

◼Kejayaan bukanlah satu kebetulan. Anda perlukan ilmu, guru, ambil masa, attitude yang betul.

◻Ikut kajian kejayaan ialah datang dari 80% Attitude, 20% Skills.

Aktiviti riadah berfutsal sambil merapatkan hubungan silaturrahim bersama sama anak syarikat Amazing Bees Group Holding ...
13/09/2018

Aktiviti riadah berfutsal sambil merapatkan hubungan silaturrahim bersama sama anak syarikat Amazing Bees Group Holding yg lain.



Address

NEBULA LEGACY SDN. BHD. Lot 3156, Tingkat Bawah Bangunan Sebelah Masjid Lama Alor Lintang Besut
Jertih
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nebula Legacy Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share