26/06/2024
Ramai owner kedai makan, depa beriman dengan strategi bayar iklan. tak kisah bayar iklan beribu sebulan. Yang penting, nampak hasil cepat. Depa lebih s**a fokus pada iklan berbanding banyak buat konten. Sebab apa ?
1. Cepat nampak hasil. bayar RM 150, boleh dapat 50 ribu views terus 1 hari. tak perlu harap viral fyp. Peluang untuk rasa kesan positif macam peningkatan tempahan itu, cepat.
2.Boleh target pelanggan tertentu, tanpa membazirkan bajet.
Owner kedai makan boleh target orang tu tinggal di mana, kerja apa, apa minat dia. Tak dak issue, video dia sampai ke orang yang bukan target market dia.
3. Boleh kawal bajet iklan, elak pembaziran. Ada bajet sehari 300, set saja limit 300. memang tak lebih. Kalau nampak hasil macam power, boleh pulak tambah bajet.
Anda, mazhab yang mana ? S**a tekan iklan atau lebih prefer main game content ?