MyKhairat

MyKhairat Fardu Kifayah is for everyone

InsyaAllah dipermudahkan semua urusan. 15 Mei 2025 bermula perjuangan baru. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kep...
17/05/2025

InsyaAllah dipermudahkan semua urusan. 15 Mei 2025 bermula perjuangan baru.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepadaku hendaknya. ❤️

Surau At-Takwa Taman Abad (nama lama Surau Century Garden) Johor Bahru adalah antara surau taman perumahan paling awal d...
06/10/2024

Surau At-Takwa Taman Abad (nama lama Surau Century Garden) Johor Bahru adalah antara surau taman perumahan paling awal di bandaraya Johor Bahru. Ditubuhkan di tahun 1970.
Menunaikan solat Asar sebentar tadi bersama iman dan seorang jamaah yang saya rasa dia juga musafir. Dapat berbual dgn imam tuan Muslim (seorang warga Indonesia) yg merupakan sukarela yang menjaga kebersihan persekitaran surau ini. Penduduk muslim melayu ramai yg telah kembali ke Rahmatullah maka bilangan penduduk muslim kini amat berkurangan. Tuan Muslim nyatakan tidak lebih 10 rumah yg kini merupakan penduduk melayu.

Suasana yang tenang di sepanjang jalan sawah Tol Kulai ke Pekan Nanas. Musim durian sudah bermula. Santai sambil pekena ...
28/05/2023

Suasana yang tenang di sepanjang jalan sawah Tol Kulai ke Pekan Nanas. Musim durian sudah bermula. Santai sambil pekena kopi kampung. Nikmat juga. ❤️

Pertubuhan Ibu-ibu Tunggal cawangan Pasir Gudang. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan serta usaha gigih mereka. Kam...
21/03/2023

Pertubuhan Ibu-ibu Tunggal cawangan Pasir Gudang. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan serta usaha gigih mereka.
Kami hanya membantu sedikit dalam urusan khairat ahli-ahli pertubuhan. 🥰

Terima kasih puan Norizan dan puan Nor Lila.

Allah SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali  orang y...
08/03/2023

Allah SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yg musrik dan orang yang bermusuhan - riwayat Ibn Majah

31/08/2022
Terima kasih kepada para jamaah surau Maghfirah Taman Cempaka di atas penyertaan sebagai peserta khairat kematian Etiqa ...
26/07/2022

Terima kasih kepada para jamaah surau Maghfirah Taman Cempaka di atas penyertaan sebagai peserta khairat kematian Etiqa Takaful bersama kami.
Misi serta jihad kami adalah memastikan urusan kematian umat dipermudahkan walau di mana jua.
Semoga Allah memberkati usaha & sedekah anda semua.

Syukur kehadrat Allah yang telah menghidupkan kita dan mematikan kita. Tempoh masa dilahirkan dan mati yang akan menentu...
28/06/2022

Syukur kehadrat Allah yang telah menghidupkan kita dan mematikan kita.
Tempoh masa dilahirkan dan mati yang akan menentukan kita golongan berjaya atau golongan yang rugi di sisi Allah SWT.

MyKhairat kini kembali dengan azam yang jitu untuk memastikan kita mampu untuk memberi kesedaran akan pentingnya pelan khairat kematian di dalam masyarakat. Saling membantu di dalam kesempurnaan urusan kematian. Fardu Kifayah tanggungjawab semua.

Syukur kehadrat Allah jua di mana semalam kami berjaya meyakinkan Koperasi Felcra Gagasan Mawai untuk menyertai pelan khairat kami. InsyaAllah akan kami berikan perkhidmatan terbaik.

Ianya juga satu permulaan baru untuk kesemua Gugusan Koperasi Felcra di seluruh negeri Johor Darul Takzim.

Semoga Allah permudahkan.

22hb Febuari 2022 (22022022)Syukur kehadrat Allah dan Allah Maha Besar.Program jihad khairat kembali lagi setelah hampir...
25/02/2022

22hb Febuari 2022 (22022022)

Syukur kehadrat Allah dan Allah Maha Besar.
Program jihad khairat kembali lagi setelah hampir setahun terpaksa ditangguhkan akibat wabak covid19 di mana segala aktiviti ceramah agama, taklimat dan solat berjemaah beramai-ramai tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau yang telah menerima kami dan bersedia mendengar pentingnya persediaan pelan khairat untuk jemaah & penduduk setempat.

Semoga Allah permudahkan urusan dan terima amal ibadah yang kami & jawatankuasa masjid/surau sedang laksanakan. Aamiin.


Kecoh dan lucu....Ahli-ahli jamaah Masjid Taman Pelangi sedang menyiapkan borang penyertaan Khairat masing-masing selepa...
15/04/2021

Kecoh dan lucu....
Ahli-ahli jamaah Masjid Taman Pelangi sedang menyiapkan borang penyertaan Khairat masing-masing selepas solat Tarawih.
Last minit baru nak buat! Lepas moreh kelam kabut mereka isi borang dan siapkan.
Malam tadi adalah hari terakhir penyertaan dan akan ditutup. Jika nak sertai pelan ini, kena tunggu Ramadhan tahun hadapan.
Ada yang siap tanya kat kawan sebelah,"Kau ada Rm25 tak? Pinjamkan aku jap...aku lupa bawak duit lah". HaHaHa.
Ada yang tanya.."kalau dua isteri kena isi dua borang ke?"
Masa taklimat beramai-ramai dulu tak tumpukan perhatian ya?HaHaHa

Kami ketawa dan terhibur dengan telatah masing-masing.
Alhamdulilah...misi menggalakkan seramai mungkin umat Islam di negara ini menyertai pelan Khairat berjalan dengan lancar.

Allah knows best.

Address

Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyKhairat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MyKhairat:

Share