27/02/2021
Penjelasan lanjut kelonggaran aktiviti dan tindakan kesihatan awam hanya selepas kelompok imuniti tercapai
MESKIPUN aktiviti imunisasi COVID-19 fasa 1 telah mula dijalankan, segala aktiviti dan kepatuhan kepada tindakan kesihatan awam wajar diteruskan.
Ini termasuk kawalan sempadan antarabangsa, pelaksanaan pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP), 0
dijangkiti serta lain-lain tindakan kesihatan awam oleh pelbagai agensi.
Impak tindakan-tindakan ini akan dinilai dari semasa ke semasa dan kemudiannya akan dibincangkan bersama oleh Kerajaan semasa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Enam indikator utama yang digunakan dalam penilaian risiko ini adalah:
1. Situasi semasa kes harian COVID-19;
2. Tren dan nilai semasa R-Naught (Rt);
3. Tren dan situasi semasa kematian COVID-19;
4. Situasi penggunaan katil untuk kes COVID-19 (di PKRC,
5. Hospital, katil ICU dan kes ventilated);
Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19; dan
6. Aktiviti ujian makmal dan survelan COVID-19 (RT-PCR dan RTK Antigen).
Keputusan untuk membenarkan pergerakan merentas negeri atau daerah misalnya adalah bergantung kepada penilaian beberapa faktor ini dan ia memerlukan keputusan bersama
pihak kerajaan.
Buat masa ini, tindakan kawalan kesihatan awam masih perlu diteruskan di samping memastikan program imunisasi berjalan lancar.
Oleh itu adalah penting bagi semua
pihak (termasuk mereka yang telah menerima vaksin) untuk mematuhi sepenuhnya SOP sehingga imuniti kelompok tercapai.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
27 Feb 2021
Gambar sekadar hiasan