AWH Food Enterprise

AWH Food Enterprise Menjual buah - buahan potong dan makanan untuk jamuan hari raya, kenduri perkahwinan, majlis hari ja

08/05/2023
08/05/2023

Resepi Muffins Oren

Bahan-bahan:
* 1 biji telor gred A
* 1/2 cawan gula kastor
* 200ml susu segar
* 1 sb sunqick oren + sedikit pewarna oren
* 90ml minyak jagung/ masak
* 2 cawan tepung kek - kalau tepung gandum tambah baking powder dan diayak
* 1/2 cawan buah-buahan kering - cuci dgn air panas dan toskan

Cara-cara:
1. Pukul telor dan gula sehingga kembang
2. Bila dah kembang, letak susu dan pukul lagi
3. Letak perasa oren dan pukul lagi
4. Kemudian letak minyak, pukul lagi
5. Letak tepung sedikit demi sedikit dan sambil kacau lagi sehingga sebati
6. Letak adunan ke dalam 3/4 cawan kertas dan tabur buah-buahan kering kat atas
7. Bakar suhu 170c selama 30 minit

Kredit: Malnorashima Ismail

26/04/2023

🌈Kek Lapis Dangdut Pelangi🌈

Owner resepi : Chef Afifah (Gigit Rangup )
Dicuba oleh :
Copy paste dari
Seha AL-Erfan

Dicuba oleh Eiyjarn Aziean Angah

Loyang 9x9x3 @ 8.5x8.5x4

🌹Bahan²
500gm Mentega Asli
300gm Susu pekat manis
300gm Sri Kaya (prefer brand yeo's)
30gm Ovalete
10 Biji Telur Ayam Grad A
200gm Horlick
480gm Tepung Susu Nespray (Full Milk)
80gm Tepung Pau

🌹Cara mengadun :
✅ Mentega, susu pekat, sri kaya dan ovelate dipukul hingga putih dan kembang
✅ Masukkan telur satu persatu sehingga habis dan pukul sebati
✅ Masukkan horlick, tepung susu dan tepung pau. Pukul sebati hingga tidak berketul.

🌹Cara Membahagi adunan :
✅Timbang keseluruhan adunan . Kemudian bahagi kepada 13 (untuk 13 lapisan)
✅ Asingkan 6 mangkuk adunan utk lain2 warna. Ungu, biru, hijau, kuning, oren, merah (untuk menghasilkan warna yg menyerlah kmk add 2 titik perwarna putih utk setiap warna supaya warna nya s*k kelam bila bertemu hitam)
✅Lebihan adunan diwarnakan hitam kemudian bahagi adunan hitam kepada 7 mangkuk

🌹Cara Membakar :
✅ Fungsi grill utk lapisan pertama guna api atas dan bawah. Kemudian lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja
✅ Suhu ikut oven masing2
✅ Urutan lapis rujuk dibawah

🖤Hitam
🌈Ungu
🖤Hitam
🌈Biru
🖤Hitam
🌈Hijau
🖤Hitam
🌈Kuning
🖤Hitam
🌈Oren
🖤Hitam
🌈Merah
🖤Hitam

SELAMAT MENCUBA

26/04/2023

Biskut Tanpa Tepung
(Oats Choc Chip)

S**a sangat buat cookies tanpa tepung, sebab kurang karbo dalam cookies, jadi makan fiber yang sangat sihat untuk badan terutama untuk gigi.

Jom try resepi Dr Izzy, senang, mudah, jimat & paling penting sihat dan kenyang.

Bahan-bahan :
2 sudu kecil esen vanila
1 biji telur saiz A
4 sudu besar brown sugar
1/2 cawan minyak kelapa
1 1/2 cawan oats di blender kasar
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam
1/2 cawan coklat chips

Cara masak :
1. Campurkan bahan-bahan di atas satu per satu
2. Masukkan oats, esen vanila, telur dan brown sugar
3. Kemudian, masukkan minyak kelapa sedikit demi sedikit, diikuti baking soda, serbuk kayu manis dan garam secukup rasa
4. Akhir sekali masukkan coklat chips
5. Biarkan adunan tadi selama 1 jam di dalam peti ais.
6. Panaskan oven pada suhu 350°C.
7. Gunakan sudu atau cubit-cubit adunan ala-ala Famous Amos.
8. Bakar dalam masa 8-10 minit. Sejukkan dalam 2 minit baru alihkan dari tray.
9. Dah boleh makan

** Boleh je kalau nak tambah almond atau apa-apa kacang untuk cookies ni.

Selamat mencuba!

26/04/2023

Kek Lapis vanilla coklat cheese versi kukus /Bakar

Bahagian cheese
500gram cream cheese
1gelas gula halus
2biji telur
Sedikit esen vanilla
2sudu tepung hongkong

Satukan semua bahan diatas,mix sampai sebati .
Panaskan oven dgn api 140c.bergantung pada oven masing masing.bahagian cheese ni dibakar guna kaedah double boil .panaskan dulu air dlm tray.baru bakar.guna api atas bawah. Bakar sampai cukup masak.

Bahagian coklat
250g butter atau mentega
1cawan 1/2 gula halus
1cawan susu pekat manis
1cawan chocolate powder
1cawan 1/2 tepung hong kong/tepung kek/tepung gandum biasa
Sedikit esen vanilla
3/4cawan tepung aiscream perisa vanilla
5biji telur gred B
1sudu mkn browning sugar(tak letak pun tak ape)

Mix gula,esen vanila dan mentega sampai putih kembang.
Masukan telur satu persatu.
Mix sebati.
Masukan susu pekat dan browning sugar.mix lagi.
Masukan p**a chocolate powder.mix sebati.baru masukan tepung aiscream vanilla dan tepung hongkong.mix sebati dgn kelajuan paling rendah.
Lapiskan bahagian coklat diatas bahagian cheese tadi..Bakar mcm biasa .tak perlu guna kaedah double boil.. guna api atas shj dgn suhu 140c ..bergantung pada suhu oven masing masing.. untuk pastikan kek dh masak atau belum,cucuk lidi pada tengah tengah kek.kalau lidi keluar bersih.ok dah masaklah tu..
Sabar!!!!!jgn potong dulu.bagi dia sejuk dulu.. sebab tak nak Cik Vanilla Coklat Cheese comot dan hodoh..hehe.. jgn Marah...
Selamat MencubA!!!!!

26/04/2023
22/04/2023
20/04/2023

Resepi Popia Nestum Sedap-

Bahan-Bahan:-

Bahan untuk popia nestum:

1 bungkus kulit popia
1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus
Bahan untuk gam:-
2 sudu besar tepung
1/4 cawan air
❤ Cara Penyediaan:-

Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.

Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.

Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.

Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.

Goreng sehingga kekuningan.

Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.
Tips-
Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.
kredit empunya resepi

20/04/2023

LEMANG CAWAN

Bahan-bahan:
* 5 cawan beras pulut
* 1 Kotak kecil Santan kotak
* 2 sudu kecil garam
* Air secukupnya
* Daun pisang secukupnya
* Cawan kertas/cawan getah

Cara-cara:
1. Rendam beras pulut terlebih dahulu dalam 1 jam.
2. Toskan air rendaman beras pulut
3. Masukkan santan dalam bekas, campurkan dengan sedikit air dan Garam. Gaul sampai sebati. Ketepikan.
4. Ambil cawan, masukkan daun pisang kedalam cawan. Gunting daun pisang mengikut besar/aras cawan.
5. Kemudian masukkan beras pulut setengah aras cawan diikuti dengan air santan tadi - Air Santan Jangan banyak sangat, takut nasi pulut terlalu lembik. (sukatan dalam 3 Sudu besar sahaja)
6. Kukus pulut cawan hingga masak. Siap.

Selamat mencuba

Kredit: Linda_muja

Address

TAMAN PERNIAGAAN SETIA
Johor Bahru
81100

Telephone

+60197773122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AWH Food Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share