The Ayu Residences

The Ayu Residences Ayu Residensi,
Low Density hanya 945 unit sahaja,
Resort konsep fasilitis...

Dulu masa Umur 25 tahun,Hidup aku nie sama je macam org lain juga.., gaji tak le sebesor mana, komitmen pun baru nak Mul...
04/12/2025

Dulu masa Umur 25 tahun,
Hidup aku nie sama je macam org lain juga.., gaji tak le sebesor mana, komitmen pun baru nak Mula.

Setiap bulan gaji tu sekadar lalu je kat acc bank.
Lepas tu abis ..sekejap je .

Itu yang aku pun tertanya juga
" Macamana la korang yang muda2 nie boleh beli rumah awal awal usia nie "..

Satu hari tu , aku kira2 balik duit sewa
Sebulan sewa Rm 700 , kalu setahun dah Rm 8400
5 tahun ? RM 42k juga ..
Patut le senyum je tuan rumah aku nie..

Jadinya aku Mula perlahan lahan
Simpan sikit2 dulu
Potong la mana yang tak perlu ..
Kopi yg mahal2 tu... Shopping tak tentu pasal,
Dan upgrade phone..guna je selagi boleh guna
Kira mcm ikat perut juga la ..
Akhirnya bila kumpul tu... Nampak banyak juga duit yang telah terkumpul...

Sekarang baru la berani nak survey rumah , pergi viewing Dan Tanya ejen...

Mula mula mmg takut la
Mcm2 fikir..
Takut..X lulus loan la
Takut..X cukup duit
Takut.. tersalah beli ..
Tapi kalu x Mula sekarang bila lagi kan..
So jalan terus ...

Alhamdulilah selepas beberapa bulan..Loan dah lulus
Dan berjaya juga beli rumah walaupun bukan yg paling besar atau yang paling cantek
Tetapi aku tetap tersenyum bangga ..

Hari ini bila tengok balik , aku bersyukur aku buat keputusan yg betul pada usia yang muda..
Nilai rumah dah naik ..ansuran Masih tetap..
Dan yg paling penting aku tak lagi membayar rumah orang ..

Kalu korang tengah fikir nak beli rumah tapi rasa gaji tak cukup.. percayalah ramai yang telah berjaya
Yang penting berani Mula walaupun kecil...

Bila nak Mula..saya boleh bantu korang dapatkan rumah mampu milik..
Hubungi saya ...butang wasap tu..

26/11/2025

Nak beli rumah yang hampir dengan KLIA..
Hanya 30 minit ke KLIA ..
The Ayu Residence adalah yg patut korang kunjungi
So jom dtg ke gallery The Ayu Residence..
Klik link utk saya sambut kehadiran korang ke gallery The Ayu Residence

Tahun 2016, harga rumah dalam RM270k.Ramai kata, “Tunggu dulu… nanti turun.”Tahun 2019, harga naik RM340k.Masih ramai ka...
15/11/2025

Tahun 2016, harga rumah dalam RM270k.
Ramai kata, “Tunggu dulu… nanti turun.”

Tahun 2019, harga naik RM340k.
Masih ramai kata, “Takpe… nanti ada projek murah.”

Tahun 2024, projek baru dah mula RM450k–RM500k.
Dan ramai mula berkata,
“Kalaulah aku beli dulu…”

Hakikatnya, harga rumah tak pernah tunggu gaji kita naik.
Kalau kita tunggu ‘masa sesuai’, sebenarnya kita sedang menunggu harga naik.

14/11/2025

Dulu Aku fikir beli rumah ni tak lah nak urgent sangat.
janji ada tempat berteduh ..kira ok la kan.

Setiap tahun, sewa rumah naik RM100… RM150…
Tapi biasalah gaji aku tak la nak naik banyak mana.

Sampai la satu hari tu, benda nie buat kan aku mcm kena penampar ..baru tersedar bila mana tuan rumah bagi notis:
“Maaf, saya nak jual rumah ni. Awak ada 2 bulan untuk pindah.”

Aduh ...Mula la sesi berpindah, Mula la timbul macam2 kat kepala otak nie..
Penat berpindah randah...penat bayar sewa—
dan lebih penat bila sedar, Tau Tau rumah yang aku duduk nie dah 5 tahun rupanya ,
Akhirnya tak jadi hak milik pun... Hampeh

Betul la apa yang mak aku kata ...
kita tak akan rasa beli rumah itu penting… sampailah satu hari keadaan memaksa.

Aku kena usaha lebih lagi .. Dan aku azam tahun nie mesti beli rumah ..kecik pun tak pe ..janji rumah aku sendiri...

MERDEKA . MERDEKA . MERDEKA======================Smart Trader ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 64 kepada se...
31/08/2021

MERDEKA . MERDEKA . MERDEKA
======================

Smart Trader ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 64 kepada semua rakan- rakan .
Merdeka memberikan makna kebebasan daripada penjajahan,
Penjajahan yang terbesar sekarang ini ialah HUTANG.
Diri kita telah dijajah dan dipaksa bekerja untuk bank
setiap hari bekerja , diperah hingga lelah hanya untuk membayar hutang,
dan putaran kehidupan ini tidak pernah henti , ibarat tikus didalam sangkar ,berlari diroda yang berpusing,
akhirnya penat dan stress.


Berapa lama kita mahu terus berada disangkar hutang dan dipaksa berlari diroda roda kehidupan yang memenatkan dan meletihkan .


Kalau kita mengimbau kehidupan mak dan ayah kita, walaupun hanya berada diceruk kampong tetapi mak ayah mampu membesarkan anak-anak , ada yang memiliki berekar ekar tanah dan simpan duit cash ( bawah bantal ) ,


Apakah rahsia mak ayah kita ?

Walaupun kerja kampung tapi hujung bulan kita yang kerja dibandar p**a minta duit pada mereka heheheh.

Mak ayah kita dikampung, mereka hidup dengan sederhana, guna dan pakai apa yang ada,
Selagi tidak rosak, selagi itu la tidak tukar baru,
Pernah tak korang lihat mak ayah asyik pakai baju yang sama sahaja, kalau disuruh tukar atau buang , pasti mereka marah dan kata baju tu molek lagi, kan ... korang mesti ada kenangan bersama mak ayah kan..

Kita p**a bagaimana,? ada ke habit yang sama macam tu, atau sebaliknya.. boleh la komen kat bawah tu ya...


Semoga di Hari Merdeka ini kita mampu membuka minda yang terjajah dan bebaskan diri daripada hutang-piutang ini dengan hidup secara sederhana serta membuat simpanan tunai untuk kegunaan masa hadapan…

======================================

Nak belajar trade untuk simpan duit USD
Kami di SmartTrader menyediakan platform pembelajaran yg berterusan dan juga menyediakan support group untuk signal dan juga diskuss..
Kelas Percuma untuk semua
Hanya perlu register percuma .
hubungi Admin Page untuk maklumat lanjut

01/06/2021

======== FOMO========
[ Fear of missing out ]
Takut ketinggalan …
……………………………………………………………………

Satu perasan anxiety yang merasakan ketinggalan atau rasa takut tidak dapat peluang..

Fenomena ini dikenal pasti pada tahun 1996 oleh pakar strategi marketing Dr Dan Herman ..

Ianya merupakan salah satu teknik marketing yang sangat berkesan , tetapi dalam masa yang sama ianya menjadi penyakit emosi kepada individu

Mungkin sering kita jumpa ayat2 marketing seperti [ Don’t be left behind ] … [ Stay in charge ]

========= FOMO Trader ===========

Yang mana perasaan takut ketinggalan bas atau tertinggal peluang,
Bagi trader FOMO ini akan membuat keputusan tergesa2 .

1) entry terus tanpa melihat keadaan chart

2) mereka bergantung pada analisa chart orang lain , tanpa membuat penilaian sendiri

Kesannya Trader2 akan alami 3 pekara ini

1) Entry diposisi yang salah

2) Tidak buat BE ( BreakEvent )

3) Tidak buat Stop Loss

4 pekara yang perlu anda lakukan
Untuk mengelak FOMO

1) Trading system

Mesti ada trading system.. apa itu trading system.. ianya adalah suatu system yang disusun hasil daripada analisa market iaitu daripada segi entry , take profit dan juga CL atau SL nya semua nya sudah dikenal pasti
Mesti berpegang kepada system yang telah kita buat untuk trading kita dan hanya ikut SOP yang telah disediakan.

2) Money Management

Pengurusan kewangan yang bagus dan sesuai dengan modal yang ada serta
Memahami Risk dan Reward sebelum memasuki market pada hari tersebut

3) Sentiasa Pending Order

Elakkan terus entry , ambil order menggunakan pending order
Buy stop/ Buy limit atau Sell stop / Sell limit

4) Group Signal

Elakkan banyak sangat group signal kerana ianya akan buatkan bertambah keliru dengan analisa orang lain / trading plan orang lain /

Akhirnya mempelajari teknik asas ilmu forex ini sangat penting untuk kita atasi FOMO ini , kerana dengan ilmu lah yang akan menyuluh dan mengawal kita dalam membuat sesuatu keputusan.

SmartTrader
By Khairy Kasbi
Allah sayang kita



Address

Persiaran Seri Putra 2
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Ayu Residences posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share