18/08/2026
MODA telah memperkenalkan Sporter S SKII
baharu dalam satu acara pelancaran media di Car’fe, Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi. Model ini merupakan evolusi terkini bagi Super Scooter pop**ar MODA, Sporter S, lebih baik dan terkini, ia telah menjadi model jualan skuter terbaik dalam rangkaian produk MODA. Dengan falsafah MODA, By Bikers, For Bikers.
Majlis pelancaran ini turut dihadiri para tetamu VIP antaranya yang berbahagia Dato' Ahmad Faez bin Tan Seri Yahya Group Executive Chairman, AFY Mobility Industries, Yang Berbahagia Datuk Wee Hong, Chairman Malaysia Motorcycle and Scooter Dealers Association dan juga Yang Berbahagia Dato' Jeffery Lim Group Managing Diractor KMSB Motor SDN.BHD.
Sporter S SKII menerima beberapa naik taraf bagi memberikan pengalaman tunggangan yang lebih moden dan mudah. Antaranya ialah skrin sentuh TFT 7 inciyang lebih besar dan jelas. Maklumat penting tunggangan kini lebih mudah dilihat dan
diakses sepenuhnya. Suis pelbagai fungsi baharu pada hendal p**a memudahkan penunggang mengawal fungsi utama skuter.
Turut disediakan ialah kamera pemukaHD di bahagian hadapan untuk merakam memori sepanjang perjalanan.Model ini turut dilengkapi pengadang angin boleh laras secara elektronik. Kedudukannya boleh dilaraskan mengikut keadaan dan keperluan tunggangan. Rekaan lampu isyarat berintensiti tinggi dan lampu nyalaan siang di lokasi yang baru membantu meningkatkan tahap keterlihatan skuter di jalan raya semasa tunggang.
MODA Sporter S SKII baharu kini boleh didapati di semua pengedar MODA yang sah di seluruh negara. Harga Runcit Cadangan Pengeluar (MSRP) ialah RM17,998.00.
Harga tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans. Harga tidak termasuk Malaysia Timur (Sabah & Sarawak).