Cekal Javatis

Cekal Javatis Hi, jom amalkan gaya hidup sejahtera untuk pertingkatkan kesihatan kita

19/01/2022

Perhatian kepada perokok, Jika anda tidak mampu untuk berhenti merokok, tolong pastikan puntung rokok dibuang dengan betul.

Ramai perokok sangka puntung rokok hanya kapas dan kertas yang akan mereput dalam masa beberapa hari- minggu. Sebab itu puntung rokok dengan sengaja dibuang merata rata di tepi parit, di celah pasu, di tepi pantai.

Sebenarnya bahan utama bagi puntung rokok adalah plastik cellulose acetate. Jika dibuang merata rata, puntung rokok tersebut akan kekal sehingga 10 tahun sebelum terurai sepenuhnya.

Ia juga mengandungi bahan beracun yang menyebabkan keracunan haiwan marin jika ia dibuang di tepi pantai dan sungai. Tumbuhan yang “dibaja” dengan puntung rokok juga akan alami kerosakan dan pertumbuhan akan terbantut

Kisah tular seorang wanita yang alami kecederaan mata selepas terkena puntung rokok juga satu isu penting. Kebakaran juga boleh berlaku jika puntung rokok dibuang di kawasan semak khususnya pada musim kering.

18/01/2022

Langsung tidak wujud perasaan sayang mencederakan ibunya.

Dikelar, dipenggal dan dibunuh wanita yang melahirkan dirinya di dunia.

Semua kerana diri tidak lagi waras membezakan mana satu buruk dan baik.

Segala persoalan dan tanda tanya mengenai insiden yang sedih ini rupanya terjawab.

Suspek terbabit di dalam penyalahgunaan dadah sejak 4 tahun yang lepas.

Dadah durjana menjadi sebab musabab dan peristiwa hitam ini terpalit dalam lipatan sejarah negara.

Apakah punca kes sebegini berlaku? Banyak.

-KESAN DARIPADA kepada kerakusan pengedar dadah yang menjahanamkan anak bangsa.

KESAN DARIPADA kealpaan masyarakat yang tidak mengendahkan masalah sosial yang berlaku dalam lingkungan komuniti.

KESAN DARIPADA kegagalan pihak berkuasa mengawal dan memerangi dadah habis-habisan.

KESAN DARIPADA keruntuhan institusi kekeluargaan dan pelbagai masalah sosial.

Ini bukan kali pertama kita mendengar kisah sebegini. Sampai bilakah perkara ini terus berlaku?

Untuk makluman,terdapat kajian yang cukup kukuh untuk membuktikan bagaimana bermula dengan merokok, akan mendorong seseorang individu untuk mula mangambil dadah.

Selain itu, berdasarkan kajian juga,90% penagih dadah mengakui bermula dengan merokok pada usia muda.

Adakah kita terus mahu membiarkan semakin
generasi muda kita terus menjadi MANGSA kepada rokok ini?

Kerajaan perlu melakukan tindakan yang drastik bagi menyekat daripada produk ini terus bermaharajalela.

Hentikan kitaran ini dengan memperkenalkan GENERATION BAN yang akan menyekat anak-anak kita daripada kenal dan menghisap rokok. Melarang mereka yang lahir pada tahun 200x rokok/vape seumur hidup adalah contoh beberapa rancangan negara maju.

Hentikan sebelum ia terus merosakkan negara kita sehingga tidak boleh sembuh.

09/12/2021

FAEDAH MAKAN DI RUMAH

Amalan makan di rumah membolehkan anda mengawal jumlah makanan yang diambil untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Apabila makan di rumah, kita boleh memastikan ahli keluarga menikmati makanan sihat mengikut seperti yang disarankan Panduan Diet Malaysia. Jadilah lebih kreatif apabila memasak dengan menggunakan bahan atau kaedah memasak yang lebih sihat.

Sediakan hidangan yang mengandungi makanan daripada pelbagai kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia 2020. Dengan ini, anda boleh menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat bersama keluarga tersayang.




03/12/2021

Semua orang ingin mendapatkan berat badan yang unggul dan bentuk badan yang menarik agar tidak menjadi mangsa buli siber, menjadi lebih berkeyakinan dan sentiasa sihat. Dikongsikan Bersama 5 tip GODAM dalam pengurusan berat badan.

G – Gerakan badan setiap hari
Setiap pergerakan yang dilakukan akan menggunakan kalori walaupun hanya mengangkat tangan dengan itu lakukan pergerakan badan anda walaupun hanya pergerakan yang kecil dan lakukannya dengan kerap.

O – Otak yang sihat
Banyak kajian menunjukkan manusia (terutamanya wanita) cenderung terlebih makan apabila berada dalam keadaan yang tertekan. Mereka akan cenderung memilih bahan makanan tinggi lemak dan gula yang dikatakan akan memberikan ketenangan dalam menempuh masalah yang dihadapi. Untuk mengatasi tekanan, aktiviti fizikal atau beriadah adalah salah satu cara untuk mendapatkan otak yang sihat agar dapat membuat pilihan yang bijak

D – Diet yang seimbang
Penurunan berat badan bukan hanya memfokuskan pada pengurangan pengambilan kalori. Sebaliknya, makanan yang diambil juga seharusnya seimbang bagi mengelakkan seseorang itu kehilangan nutrisi yang penting untuk badan. Saranan diet suku-suku separuh adalah contoh yang terbaik kerana ia bukan sahaja rendah kalori malahan lengkap dengan semua nutrisi.

A – Air yang secukupnya
Pengambilan air 6 – 8 gelas dalam sehari adalah penting bagi memastikan badan sentiasa hidrasi. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, keletihan, kesihatan mental yang menurun dan strok haba.

M – Masa makan yang tepat
Makan pada masa yang tepat adalah penting bagi mendapatkan sistem pencernaan yang baik. Makan pada masa yang tidak betul atau sentiasa berubah-ubah masa boleh menyebabkan makanan tidak dapat dicernakan dengan sempurna, mendatangkan ketidakselesaan pada perut selepas makan, meningkatkan impak kepada kadar metabolisme badan, toleransi gula rendah dan obesiti.

Perlis Nutritionist





30/10/2021

Jangan lupa untuk masukkan buah buahan dalam setiap kali kita makan :)

06/10/2021

Lain Warna, Lain Khasiat

Setiap sayur-sayuran & buah-buahan mempunyai warna yang berbeza dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Pelbagaikan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mendapat kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Jangan lupa untuk ambil sayur dan buah dalam hidangan utama anda setiap hari 😉

Kenyalang Nutri-Info: Pusat Maklumat Pemakanan Sarawak





29/09/2021
16/08/2021
02/07/2021

Address

27-1 FLR 1 Jalan KNMP 2A KOMPLEKS NIAGA MELAKA PERDANA
Kampong Bukit Katil
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cekal Javatis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share