Fanaadkpasirputeh

Fanaadkpasirputeh info-info berkaitan aadk pasir puteh

23/09/2026

🎒 APA ADA DALAM BEG ANAK ANDA?

Kadangkala, perubahan kecil pada anak mungkin menjadi petanda awal sesuatu yang lebih besar.

Ibu bapa bukan sekadar perlu tahu apa yang dibawa oleh anak, tetapi juga perlu peka terhadap perubahan tingkah laku, pergaulan dan kehidupan mereka.

🔎 Jom semak. Jom peka. Jom cegah.

Jika menemui sesuatu yang meragukan, jangan terus menuduh atau menghukum. Kekalkan ketenangan, dekati anak dan berbincang secara terbuka dengan penuh kasih sayang.

❤️ Dekati anak. Kenali dunia mereka. Lindungi mereka daripada pengaruh negatif dan penyalahgunaan dadah.

Kerana pencegahan bermula daripada keluarga.

🚫 JAUHI DADAH, PILIH KEHIDUPAN LEBIH BERMAKNA.

_________________________

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



23/09/2026

"Nasi sudah menjadi bubur" adalah ayat paling pahit untuk ditelan apabila kita hanya tahu menangis di tepi liang lahad. Kita sering menyangka dadah itu masalah 'anak orang lain', sehingga satu hari nanti, ia mengetuk pintu rumah kita sendiri dan meragut nyawa insan yang paling kita sayangi.

"Kuat Bersama, Pulih Bersama" bukan sekadar slogan cantik di poster. Ia adalah amaran bahawa sokongan anda hari ini mungkin satu-satunya talian hayat yang mereka ada. Berhenti menjadi hakim yang hanya tahu menghukum, kerana setiap manusia yang tersungkur itu berhak untuk dipimpin bangun semula.

Jangan biarkan ego dan rasa malu kepada masyarakat menjadi punca kita kehilangan ahli keluarga selamanya. Luka penagihan ini tidak akan sembuh dengan cacian, tetapi ia memerlukan keberanian kita untuk akui bahawa mereka perlukan bantuan, bukan hinaan.

Persoalannya, adakah anda sanggup mengetepikan ego demi menyelamatkan satu nyawa, atau anda lebih rela menunggu sehingga nama mereka terpahat di batu nisan baru nak menyesal?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



23/09/2026

❤️ SUAMI ISTERI, PELENGKAP KELUARGA BAHAGIA

Keluarga yang bahagia bukan sekadar tentang tinggal bersama, tetapi tentang saling menyokong, saling melindungi dan saling menguatkan dalam setiap keadaan.

Suami dan isteri memainkan peranan penting dalam membina suasana keluarga yang positif. Apabila pasangan saling memahami, berkomunikasi dan mengambil berat, anak-anak juga akan membesar dalam persekitaran yang lebih selamat dan harmoni.

🌿 Jauhi dadah.
❤️ Sayangi pasangan.
👨‍👩‍👧‍👦 Lindungi keluarga.
✨ Bina masa depan yang harmoni tanpa dadah.

Kerana keluarga yang kuat bermula dengan pasangan yang saling menguatkan.

_________________________

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

— Surah Ar-Ra‘d, 13:11

Perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik bermula daripada kesedaran dan kemahuan dalam diri sendiri.

Setiap individu mempunyai peranan dalam membentuk kehidupan yang lebih positif, meninggalkan perkara yang memudaratkan serta memilih jalan yang membawa kepada kebaikan.

Marilah kita bersama-sama membudayakan sikap prihatin, saling menyokong dan berusaha melakukan perubahan positif demi membina masyarakat yang sihat, selamat dan sejahtera serta bebas daripada ancaman dadah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




22/09/2026

Pernah rasa “down” tengok hidup orang kat media sosial tak? Kadang kita sibuk tengok orang travel luar negara, sampai kita terlupa rezeki depan mata.

Mungkin kita tak terbang ke London, tapi hari ini kita makan cukup 3 kali sehari. Nikmat yang orang lain mungkin tengah impikan.

Jom letak phone kejap. Kurangkan “scroll” skrin, lebihkan syukur pada apa yang ada di depan mata. ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026

"SELLER PADU, BARANG ORI, HIDUP JADI HAPPY!" ⭐⭐⭐⭐⭐

Ramai yang ingat jalan pintas (dadah) boleh bagi kebahagiaan sekejap, tapi hakikatnya ia cuma 'scam' yang merugikan diri dan keluarga.

Kalau korang tengah cari 'vibes' yang betul-betul tenang dan berpanjangan, jom “check out” gaya hidup bebas dadah. Tak ada kos tersembunyi, tak ada kesan sampingan yang memusnahkan, yang ada cuma masa depan yang lebih cerah!

AADK sentiasa sedia membantu anda atau insan tersayang untuk kembali ke jalan pemulihan. Tak perlu malu, tak perlu ragu. Kita baiki 'rating' hidup kita sama-sama.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026

Ahad ni selalunya kita rileks je kan? Tapi daripada tak buat apa-apa, apa kata 'belanja' diri sendiri 10 minit untuk pilih “outfit” Isnin dan Selasa siap-siap.

Percayalah, Isnin pagi nanti anda akan berterima kasih pada diri sendiri sebab tak payah lagi nak buang masa depan almari sambil fikir nak pakai baju apa.
Kurangkan pening, lebihkan tenang!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026

Sayang keluarga bukan bermaksud kita simpan rahsia yang memusnahkan mereka. Kalau ada rasa syak, jangan buat spekulasi sendiri. 🛑
Dapatkan Nasihat Pakar AADK secara Rahsia. Anda boleh bertanya, berbincang, dan minta panduan tanpa perlu dedahkan identiti individu tersebut. Langkah kecil anda hari ini mungkin penyelamat besar buat masa depan mereka.
Bantu sebelum terlambat. Pintu kami sentiasa terbuka untuk mendengar. 🤲
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026

Ramai ingat kesan dadah ni cuma dekat kesihatan mental, tapi sebenarnya ia "makan" diri dari dalam sampai terpancar pada wajah. Terutamanya bagi orang yang mengambil dadah jenis Syabu (M**h) atau He**in.

Kenapa wajah boleh berubah drastik? Ini puncanya:
• Kulit kurang oksigen → nampak pucat, kusam & kurang sihat
• Luka atau jerawat lambat sembuh → mudah tinggalkan parut

Sayangi wajah anda, sayangi nyawa anda. Elakkan diri sebelum terlambat. 💚

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026

"Nanti orang gelak."
"Saya tak pandai macam mereka."
"Kalau gagal macam mana?"

Sedih, kan? Awak sendiri yang jadi 'pembunuh' paling kejam kepada impian sendiri. Awak beri laluan untuk orang lain melangkah, bukan sebab mereka lebih hebat. Tapi, sebab awal-awal lagi awak dah menyerah kalah sebelum bertarung.

Sampai bila awak nak jadi tukang sorak di bawah, sedangkan awak sepatutnya berada di atas sana? Berapa banyak lagi peluang yang awak nak 'sedekahkan' dekat orang lain hanya sebab awak rasa awak tak layak?

Ingat ni baik-baik. Orang yang awak nampak berjaya tu, mereka pun ada rasa takut yang sama. Tapi bezanya, mereka tak izinkan rasa takut tu pegang stereng hidup mereka.

Berhenti guna alasan "saya tak boleh" untuk tutup rasa malas atau takut awak untuk mencuba. Dunia takkan tunggu awak habis rasa “insecure”. Jangan pelik kalau satu hari nanti awak terbangun dan sedar…… Hidup awak habis hanya dengan melihat orang lain berjaya dari jauh.

Kalau hari ini adalah hari terakhir awak, adakah awak bangga dengan hidup awak yang penuh dengan alasan, atau awak terkilan sebab tak pernah mencuba?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

PASIR PUTEH
Kampong Pasir Puteh
16800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fanaadkpasirputeh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share