12/01/2024
Penyakit terbantut pada Burung Baji 🐦
Burung yang terkena penyakit ini lambat membesar dan keadaan fizikal nampak tidak bermaya dan sentiasa menutup mata seolah-olah ingin tidur😴. Jika anda perhatikan burung yang sama umur dengannya telah membesar tapi ada seekor yang tidak membesar, hati2 sebab mungkin burung anda terkena penyakit terbantut ini. Penyakit ini biasanya berpunca daripada diet makanan yang anda berikan.
Burung juga seperti manusia memerlukan variasi makanan. Jika selalu makan sekoi / millet sahaja, stamina dan antibodi badan akan lemah dan tidak mampu melawan penyakit.
Cuba beri burung anda makan variasi makanan yang berkhasiat lain yang sesuai. Berikan makanan-makanan ini secara berjadual dan sebagai nutrisi mineral, tulang sotong akan membantu tumbesaran burung anda.