09/09/2023
*🌹DOA PAGI SABTU🌹*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
ٍ
*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن*
*Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.*
*Ya Fattahu Ya Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.*
*Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.*
*Ya Allah Ya Rabbul Jalil, sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa.*
*Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.*
*Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Ya Allah Engkau ganti lah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah.*
*Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai.*
*Ya Allah apabila tiba p**a giliran kami menuju ke alam barzakh Mu maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik, dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.*