Jengok Dapur

Jengok Dapur Perkongsian menarik berkenaan kehidupan anda yang senok.

23/05/2025

1 makanan yang ramai orang jual sekarang tak sedap, seperti dulu dulu🤧🤧

Cara nak tahu perbezaan jenis gula di malaysia.
20/04/2025

Cara nak tahu perbezaan jenis gula di malaysia.

Ikan Bakar Air Fryer Khairul AmingMasa penyediaan: 15 minitMasa memasak: 25-30 minitJumlah hidangan: 2-4 orangBahan-baha...
16/04/2025

Ikan Bakar Air Fryer Khairul Aming

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 25-30 minit
Jumlah hidangan: 2-4 orang

Bahan-bahan (bahan kisar dan tumisan):
2 biji bawang merah
Lengkuas
Halia
6 ulas bawang putih
2 batang serai
Seketul belacan yang dah dibakar
Pes cili kering
Pes tomyum
2 helai daun pandan
Gula melaka
Air asam jawa
Garam
Bahan-bahan (sos pencicah):
1/2 bawang merah (potong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang kasar)
5 biji cili padi (dipotong)
2 biji limau kasturi
Kicap manis

CARA - CARA MASAK
1. Mula-mula sekali, kita perlukan 2 biji bawang merah saiz besar, lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 6 ulas bawang putih, 2 batang serai dan seketul belacan yang dah siap dibakar. Kisar semua bahan-bahan ni sehingga lumat.
2. Kemudian, dalam kuali berisi minyak yang panas, tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Apabila bahan tumis dah naik bau, masukkan satu sudu besar pes cili kering dan kacau sehingga rata.
4. Selepas pecah minyak, masukkan p**a 2 sudu besar gula melaka dan 2 helai daun pandan dan kacau lagi sehingga rata.
masukkan pes tomyum + air asam jawa
5. Kemudian, masukkan 2 sudu besar pes tomyum sebagai bahan rahsia dan sedikit air asam jawa untuk menambah lagi kesedapan dalam resepi ni. Selepas dikacau beberapa minit, bolehlah tutup api dan biarkan sebentar.
6. Sementara itu, ambil sekeping aluminium foil dan daun pisang untuk dijadikan alas ikan nanti. Lipat-lipat bahagian tepi supaya perencah ikan nanti tak tumpah bila dibakar. Sapukan sedikit minyak atas daun pisang tersebut sebelum tuangkan sedikit demi sedikit perencah yang sudah ditumis wangi sebentar tadi.
7. Di dalam dulang yang berasingan, taburkan secubit garam atas 2 ekor ikan siakap yang sudah dipotong 2 dan ratakan ke seluruh permukaan ikan. Kemudian, letakkan ikan di atas perencah yang sudah diletak atas daun pisang sebelum dilumur lagi dengan baki perencah yang ada.
8. Setelah siap, masukkan ikan tersebut di dalam air fryer dan bakar selama 18 minit pada suhu 200°C
9. Sementara menunggu ikan siap dibakar, teruskan dengan sos pencicah ikan bakar. Potong 1/2 bawang merah secara dadu, 5 biji cili padi dan cincang kasar 1 ulas bawang putih. Masukkan ke dalam mangkuk. Akhir sekali, tuangkan kicap manis dan perahkan 2 biji limau kasturi. Gaul rata.

Kredit resepi : Khairul Aming
Kredit gambar :purpledurian,

Cara nak tahu barang dalam peti rosak/basi. Senang rupanya.
14/04/2025

Cara nak tahu barang dalam peti rosak/basi. Senang rupanya.

6 Jenis Garam yang kita kena tahu beza. Menarik juga info pasal garam ni .
10/04/2025

6 Jenis Garam yang kita kena tahu beza. Menarik juga info pasal garam ni .

Kerabu Pauh adalah salah satu hidangan tradisional orang kelantan, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Ia merupak...
09/04/2025

Kerabu Pauh adalah salah satu hidangan tradisional orang kelantan, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Ia merupakan sejenis sayuran yang menggunakan pauh atau lebih dikenali sebagai mangga muda sebagai bahan utama. Berikut adalah cara untuk menyediakan kerabu pauh

Bahan A
- 2 biji mangga epal,diparut memanjang.
- 1 kuntum bunga kantan,dihiris halus.
- 1 biji bawang besar.

Bahan Lain
- 10 biji cili padi,dihiris,kalau mahu pedas,boleh tambah bilangan cili padi itu.
- Udang kering,digoreng tanpa minyak,sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
- Kacang tanah,digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan tumbuk separa hancur.
- 3 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar sos ikan
- Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sehingga mesra.
2. Masukkan p**a kacang tanah dan udang kering.
3. Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dlm jus limau nipis.Kacau sebati.
4. Tuang bancuhan jus limau nipis ke dlm bahan campuran mangga tadi.
5. Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis,masam dan masin kerabu tersebut.
6. Sedia untuk dihidangkan.

KREDIT RESEPI: Che Nom
KREDIT GAMBAR: wanresepi.com, CikWan kitchen,Nor Al Fatihah,daporunchet

Manisan Tradisi Orang Kelantan.Sira labu merupakan salah satu manisan tradisional yang wajib dicuba jika berkunjung ke K...
09/04/2025

Manisan Tradisi Orang Kelantan.

Sira labu merupakan salah satu manisan tradisional yang wajib dicuba jika berkunjung ke Kelantan, dan sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Jom kita try buat sira labu ikut resepi ni:

BAHAN-BAHAN:
1 biji labu
5 keping gula melaka
2 sudu makan gula
2 helai daun pandan
Kapur makan secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan labu dan potong menjadi kepingan ā€˜wedges’ sederhana tebal. Kulit labu terp**ang. Boleh dikupas atau dibiarkan sahaja.
2. Lumur kepingan labu tadi dengan kapur makan dan biarkan selama 3 jam. Selain dilumur, anda juga boleh merendamnya dengan air kapur. Tujuan kapur digunakan adalah supaya labu tidak lembik dan hancur apabila disira.
3. Cukup masa, bersihkan sisa kapur pada kepingan labu dan basuh bersih. Toskan.
4. Masukkan labu, daun pandan, gula dan gula melaka ke dalam periuk. Tidak perlu tambah air.
5. Masak guna api perlahan sehingga labu masak dan meresap bahan sira.
6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

KREDIT RESEPI: Yani Mariani
KREDIT GAMBAR:Aneka Resepi, Azie Kitche,Zura Lee, Rezeki Dapur Kita

Kuih Tradisi Negeri KelantanNama Kuba Guling ini diambil daripada warna kuih ini yang hitam seperti kerbau dan berguling...
08/04/2025

Kuih Tradisi Negeri Kelantan
Nama Kuba Guling ini diambil daripada warna kuih ini yang hitam seperti kerbau dan berguling guling di dalam kelapa sebelum dihidangkan. Jadi dari situlah munculnya nama kuba guling.

Bahan-bahan:
- 250gm tepung beras
- 200gm gula
- 150gm tepung jagung
- 1/2 sudu makan kapur
- 3 sudu tepung beras pulut
- 1/2 cawan santan pekat
- Tempurung bakar (ambil air hitam sahaja dan tapis) pastikan tempurung yang bersih
- 1.5 liter air (tengok kepekatan)
- Secubit garam

Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan atas dalam kuali.
2. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
3. Selepas semua sebati pastikan kacau dan buka api yg sederhana. Kacau-kacau sehingga ia likat.
4. Sediakan loyang saiz 8, sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap tadi.
5. Bila dah sejuk potong dan gulingkan ia dalam kelapa parut muda yang digaul sedikit garam. Sudah siap.
6. Tempurung bakar pastikan tumbuk & dan letak air tapis dgn kain. Optional boleh beli serbuk arang di kedai bakeri.

KREDIT RESEPI: Ummu Aisyah
KREDIT GAMBAR: fb Abe Lie Kuih Rantau Panjang. Eiza GreenAppleKu, Cik CtiNurain,Malaysia Gazette

Jenis kicap wanita kena tahu kalau nak masak. Bukan sekadar kicap, ada 5 jenis ya.
06/04/2025

Jenis kicap wanita kena tahu kalau nak masak. Bukan sekadar kicap, ada 5 jenis ya.

Orang perempuan wajib kenal semua ni kalau nak masak sedap. Barang-barang dapur dan kegunaan dia. Ilmu bagus niā¤ļø
05/04/2025

Orang perempuan wajib kenal semua ni kalau nak masak sedap. Barang-barang dapur dan kegunaan dia. Ilmu bagus niā¤ļø

Resepi Mee Celup ala Thai Untuk Hari Raya!!Bosan tiap-tiap tahun raya menu sama je, Jom kita tambah satu menu special da...
27/03/2025

Resepi Mee Celup ala Thai Untuk Hari Raya!!

Bosan tiap-tiap tahun raya menu sama je, Jom kita tambah satu menu special dan simple ramai yang s**a. Kita try buat Mee Celup ala Thai Raya tahun ni.

Tulang/daging/ayam
1 paket rempah sup Thai (pek oren)
Bawang putih *diketuk
Serai *diketuk
Akar ketumbar
Daun ketumbar *diblender
Halia
Lengkuas
Kicap sotong/ sos ikan
Kicap Mountain Thai
Serbuk perasa

CARA MEMBUAT:

1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan daun ketumbar yang telah diblender untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap Mountain Thai.

3. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam dan serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk. Bila daging sudah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.

UNTUK BAHAN PENAMBAH RASA:

Lada jeruk
Limau nipis
Bawang goreng
Bawang putih goreng
Kacang tumbuk
Serbuk lada sulah
Minyak cili

Kredit Resepi : Faziela Lala
Kredit Gambar : Che Nom, Rasa.my, Foodpanda, Sayalday

Sedap Dooh boleh pakat cuba Berbuka ni
15/03/2025

Sedap Dooh boleh pakat cuba Berbuka ni

Address

Aubeena Creative Studio, Aras 2, LOT 5568, Taman Yani
Kampong Tanah Merah
18000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jengok Dapur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share