16/04/2025
Ikan Bakar Air Fryer Khairul Aming
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 25-30 minit
Jumlah hidangan: 2-4 orang
Bahan-bahan (bahan kisar dan tumisan):
2 biji bawang merah
Lengkuas
Halia
6 ulas bawang putih
2 batang serai
Seketul belacan yang dah dibakar
Pes cili kering
Pes tomyum
2 helai daun pandan
Gula melaka
Air asam jawa
Garam
Bahan-bahan (sos pencicah):
1/2 bawang merah (potong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang kasar)
5 biji cili padi (dipotong)
2 biji limau kasturi
Kicap manis
CARA - CARA MASAK
1. Mula-mula sekali, kita perlukan 2 biji bawang merah saiz besar, lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 6 ulas bawang putih, 2 batang serai dan seketul belacan yang dah siap dibakar. Kisar semua bahan-bahan ni sehingga lumat.
2. Kemudian, dalam kuali berisi minyak yang panas, tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Apabila bahan tumis dah naik bau, masukkan satu sudu besar pes cili kering dan kacau sehingga rata.
4. Selepas pecah minyak, masukkan p**a 2 sudu besar gula melaka dan 2 helai daun pandan dan kacau lagi sehingga rata.
masukkan pes tomyum + air asam jawa
5. Kemudian, masukkan 2 sudu besar pes tomyum sebagai bahan rahsia dan sedikit air asam jawa untuk menambah lagi kesedapan dalam resepi ni. Selepas dikacau beberapa minit, bolehlah tutup api dan biarkan sebentar.
6. Sementara itu, ambil sekeping aluminium foil dan daun pisang untuk dijadikan alas ikan nanti. Lipat-lipat bahagian tepi supaya perencah ikan nanti tak tumpah bila dibakar. Sapukan sedikit minyak atas daun pisang tersebut sebelum tuangkan sedikit demi sedikit perencah yang sudah ditumis wangi sebentar tadi.
7. Di dalam dulang yang berasingan, taburkan secubit garam atas 2 ekor ikan siakap yang sudah dipotong 2 dan ratakan ke seluruh permukaan ikan. Kemudian, letakkan ikan di atas perencah yang sudah diletak atas daun pisang sebelum dilumur lagi dengan baki perencah yang ada.
8. Setelah siap, masukkan ikan tersebut di dalam air fryer dan bakar selama 18 minit pada suhu 200°C
9. Sementara menunggu ikan siap dibakar, teruskan dengan sos pencicah ikan bakar. Potong 1/2 bawang merah secara dadu, 5 biji cili padi dan cincang kasar 1 ulas bawang putih. Masukkan ke dalam mangkuk. Akhir sekali, tuangkan kicap manis dan perahkan 2 biji limau kasturi. Gaul rata.
Kredit resepi : Khairul Aming
Kredit gambar :purpledurian,