Penduduk Sungai Petani

Penduduk Sungai Petani Semua tentang Sungai Petani & kawasan sekitar.

Masalah babi dekat area Taman Delima, kedai makan kampung & sekitar Bakar Bata..Sapa yg bertangungjawab nak setel? Wakil...
14/06/2026

Masalah babi dekat area Taman Delima, kedai makan kampung & sekitar Bakar Bata..

Sapa yg bertangungjawab nak setel? Wakil rakyat ka MPSPK? budak-budak kecik dok ligan babi, babi dok masuk rumah orang.. sondol tong-tong sampah sekitarnya. Tolong sapa-sapa yang berkenaan.

— Zulhafiq Aniq

13/06/2026

Unexpected betul trailer filem 'The Keris' yang turut menampilkan penampilan khas Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Tanjak bukan sebarang tanjak! Keris bukan sebarang keris!

Akan datang di pawagam 2 Julai 2026.

13/06/2026

Fadhlina cadang elaun untuk pelajar Ting. 6, umum BAP Ting. 6 akan disalurkan Ogos ini, umum peruntukan RM100 ribu kepada SMKKJ Sg. Petani

Kedah Sasar Menang 36 - 0, Tak Mustahil Dicapai — SanusiALOR SETAR - PAS Kedah meletakkan sasaran untuk menyapu bersih k...
13/06/2026

Kedah Sasar Menang 36 - 0, Tak Mustahil Dicapai — Sanusi

ALOR SETAR - PAS Kedah meletakkan sasaran untuk menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang, sekali gus memperkukuhkan lagi penguasaan parti itu di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sasaran tersebut tidak mustahil dicapai berdasarkan kejayaan PAS memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu, keyakinan tinggi perlu diterapkan dalam kalangan jentera parti bagi memastikan momentum kemenangan lalu dapat diteruskan pada pilihan raya akan datang.

“PAS akan memimpin kemenangan ke arah mencapai sasaran 36-0 di Kedah. Siapa nak ikut PAS, dipersilakan. Siapa nak berkawan, mai. Siapa nak lawan, tunggu.

“Kita mahu bolot semua kerusi, 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen. Kita kena yakin hingga ke tahap itu, barulah jentera kita lebih yakin untuk bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRU16 PAS Kedah yang disempurnakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Kompleks PAS Kedah, pada Jumaat.

Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah berkata, sasaran itu bukan sesuatu yang mustahil kerana beliau sendiri pernah meletakkan sasaran kemenangan 33 kerusi DUN pada PRU15 dan ia berjaya dicapai.

“Sebelum ini saya pernah letak sasaran menang 33 kerusi, kita berjaya capai dan mentadbir negeri ini.

“Kali ini saya mahu berkempen untuk 36 kerusi. Insya-ALLAH boleh dicapai dengan izin-NYA, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan,” katanya.

Mengulas kemungkinan PAS mengambil kesempatan daripada perkembangan manuver politik semasa (gerakan atau percaturan politik yang mempunyai tujuan strategik), Sanusi berkata, semua parti politik perlu melakukan penyesuaian strategi mengikut keperluan serta perubahan landskap politik semasa.

“Semua parti manuver. Ia berdasarkan keperluan dan kehendak semasa serta pola pemikiran pada ketika ini. Parti politik tidak boleh statik. Kalau tidak, ia akan jadi parti zaman batu.

“Saya percaya semua parti politik akan mengambil peluang dan membuat penyesuaian yang diperlukan,” katanya.

Menurutnya lagi, prinsip mahupun perjuangan hendaklah kekal, namun strategi serta pendekatan untuk menarik sokongan pengundi boleh disesuaikan.

“Strategi dan pendekatan untuk ambil hati pengundi boleh diubah dengan semua aspek diambil kira. Setiap parti politik perlu lakukan penyesuaian strategi dan manuver politik mengikut perkembangan semasa, namun prinsip perjuangan dan dasar parti mesti kekal dipertahankan,” ujar beliau. — KEDAH ONLINE

"Paip air dikunci, customer banyak tak dine in di kedai.."Bantu saya macam mana saya nak perkara ni sampai kepada pihak ...
12/06/2026

"Paip air dikunci, customer banyak tak dine in di kedai.."

Bantu saya macam mana saya nak perkara ni sampai kepada pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani?

Untuk makluman saya dah pergi ke kaunter, isi borang tentang masalah ini. Tapi sampai ke hari ini tiada sebarang tindakan dari pihak majlis. Saya berniaga makanan jadi sangat mementingkan isu kebersihan ini. Nak cuci air pulak tiada sebab air pihak majlis tutup. Tak tahu la bila nak buka air.

Bukan setakat nak cuci lantai, nak basuh tangan pun susah. Pelanggan juga bunyi perkara yang sama.

Paip air dikunci, customer banyak tak dine in di kedai. Jenuh nak explain dekat customer setiap kali datang ke kedai. Yang faham Alhamdulillah, yang tak faham terus balik dan tak beli makanan kami. Mohon tindakan segera pihak MPSPK.

Saya mohon pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani tolong saya dan para peniaga lain untuk selesaikan isu ini. Dah buat panggilan tapi tak ada respond. Kami dah tak larat nak cuci sebelum- sebelum ni tapi burung- burung ni still bertenggek dan buang najis di hadapan kedai kami. Nak angkut air dari rumah, rumah pulak jauh.

Tak mintak banyak, mintak bukakan air pun dah syukur sangat. Kami cuci sendiri pun tak apa. Harap ada tindakan dari pihak MPSPK.

📌 Laman Niaga Bandar Puteri Jaya

12/06/2026

Lokasi traffic light Bandar Perdana, 10.30 pagi tadi..

Tolonglah pantau anak-anak kita. Bila tengok macam ni terus terfikir kalau apa-apa terjadi, siapa yang akan dipersalahkan. Kerajaan dah kuatkuasakan sekiranya ada perkara buruk menimpa anak-anak kita, kita sebagai ibubapa akan didakwa diatas kecuaian. Beringat la ya.

— only_azure

----------
Sertai saluran Telegram PSP untuk info terkini : https://t.me/inipsp

Kedua kedua suspek pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan maut di Bandar Laguna Merbok semalam ditahan sel...
12/06/2026

Kedua kedua suspek pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan maut di Bandar Laguna Merbok semalam ditahan selama 4 hari untuk bantu siasatan dibawah Akta Senjata Api.

Kredit foto —

12/06/2026

Lokasi Kg. Raga, Yan, hati-hati buat yang tinggal di kawasan berdekatan.

— Musa Pakcha

12/06/2026

Kejadian pecah rumah di Taman Arked, Sg. Petani malam tadi. Penduduk warga setempat diingatkan untuk lebih berwaspada.

— Ahmad Sulhi

Kejadian di area Taman Ria, belakang Shell, tepi Medan Selera Taman Ria. .Seorang lelaki berbogel sambil berjalan kaki d...
11/06/2026

Kejadian di area Taman Ria, belakang Shell, tepi Medan Selera Taman Ria. .

Seorang lelaki berbogel sambil berjalan kaki di tepi jalan sekitar jam 11 malam tadi.

----------
Sertai saluran Telegram PSP untuk info terkini : https://t.me/inipsp

Address

Sungai Petani
Kampong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penduduk Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share