01/12/2021
Pengenalan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Kolej FELCRA mempunyai 3 orang kakitangan setakat hari ini yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Kaunselor dan Eksekutif.
Fungsi
• Menyelaraskan perhubungan para pelajar dengan pentadbiran / pengurusan Kolej FELCRA, Institut-institut Pengajian Tinggi (IPT) lain, badan-badan Kerajaan serta Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
• Menyelaras kegiatan pelajar seperti kegiatan kokurikulum, aktiviti insaniah, kebudayaan, sukan sosial dan lain-lain yang bersesuaian.
• Menyediakan dan menyelaras kemudahan tempat tinggal bagi semua pelajar sama ada di dalam kolej atau tinggal di luar kolej.
• Menjaga ketenteraman di dalam kolej melalui pelaksanaan Akta 174.
• Menubuh dan menguruskan tabung-tabung kebajikan dan kegiatan pelajar.
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR ADALAH PENTING DI DALAM SISTEM PENGOPERASIAN KOLEJ FELCRA