05/12/2025
4 Disember 2025 | Penyertaan RockHerbs Ind Sdn Bhd dalam Program Kayuhan MAIPs Peduli di Sungai Berembang
RockHerbs Ind Sdn Bhd turut serta dalam Program Kayuhan MAIPs Peduli yang berlangsung di sekitar Sungai Berembang, Kuala Perlis sebagai usaha menyantuni asnaf.
Sempena program ini, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis, berkenan menerima cenderahati ulang tahun ke-10 RockHerbs.
RockHerbs turut menyalurkan sumbangan kepada keluarga-keluarga asnaf di kawasan tersebut. Penyertaan ini mencerminkan komitmen RockHerbs dalam usaha kemasyarakatan dan kerjasama berterusan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)serta agensi negeri.