Gerakan Koperasi Negeri Perlis

Gerakan Koperasi Negeri Perlis Hak milik Gerakan Koperasi Negeri Perlis untuk memaparkan aktiviti berkaitan Gerakan Koperasi

22/04/2026

PROGRAM PEMPROMOSIAN PERKHIDMATAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DAN MEMPERKASA GERAKAN KOPERASI MELALUI E-INVOIS LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDNM) PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026

📆TARIKH : 22 APRIL 2026 | RABU
🏚️TEMPAT : THE KITCHEN STUDIO EVENT SPACE, KANGAR, PERLIS

OBJEKTIF PROGRAM:
🔹Program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan terperinci mengenai Program Pembangunan Perniagaan Koperasi dan fasiliti bantuan pembangunan yang disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi memperkasakan ekonomi gerakan koperasi di Negeri Perlis.

🔹Mempromosikan perkhidmatan SKM bagi manfaat kepada koperasi untuk mengambil peluang dan ruang yang disediakan.

🔹Memberi pendedahan menyeluruh kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan pengurusan mengenai pelaksanaan e-Invois, kepentingan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) oleh LHDNM serta implikasinya terhadap ekosistem koperasi di bawah kawal selia SKM.

PENGISIAN PROGRAM:
📌Slot 1: Taklimat Promosi dan Pembangunan Perniagaan Koperasi
Oleh: Pengarah SKM Cawangan Negeri Perlis

📌Slot 2: Taklimat Pelaksanaan e-Invois di Malaysia
Oleh: Pegawai LHDNM Cawangan Kangar, Perlis

📌Slot 3: Taklimat Percukaian – E-daftar & Sijil Pematuhan Cukai (TCC)
Oleh: Pegawai LHDNM Cawangan Kangar, Perlis.

📌Slot 4: Taklimat Pelaksanaan Banci Ekonomi Tahun 2026
Oleh: Pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perlis.

KESIMPULAN:
Keseluruhan program ini telah mencapai objektif utamanya sebagai sebuah platform strategik yang merapatkan jurang maklumat antara agensi kerajaan dan koperasi serta kepentingan pematuhahan dasar dan perundangan semasa dalam pembangunan negara.


15/04/2026

*MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN KOPERASI NEGERI (MPKN) PERLIS BIL. 1/2026*
Tarikh. : 14 April 2026 / Selasa
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Tingkat P, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis

Pengerusi Mesyuarat:
YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Portfolio Pertanian, Kesihatan, Keusahawanan & Koperasi dan Alam Sekitar)

📌 Kehadiran Ahli Mesyuarat seramai 25 orang terdiri daripada Pengarah- Pengarah Jabatan, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Institusi serta koperasi- koperasi negeri Perlis.

📌 Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri (MPKN) Perlis telah diadakan sebagai platform utama untuk menghimpunkan isu, pandangan dan cadangan gerakan koperasi di peringkat negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK).

📌 Pengerusi menekankan kepentingan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta semua agensi berkaitan dalam memperkukuh pembangunan koperasi di Negeri Perlis. Mesyuarat ini turut menjadi medan perkongsian maklumat dan kepakaran bagi memperkasa peranan koperasi di peringkat nasional. Pengerusi mengharapkan penglibatan gerakan koperasi dalam ekosistem ekonomi di negeri Perlis amnya sebagai satu entiti yang aktif dan berdaya maju setaraf dengan entiti perniagaan lain.

📌 Antara pembentangan dan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ialah:
i. Landskap MPKN dan Perangkaan Gerakan Koperasi Negeri Perlis Tahun 2025;
ii. Program Pembangunan Perniagaan Koperasi serta kemudahan pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMP-SKM) Tahun 2026;
iii. Perancangan Program Pembangunan Tahun 2026;
iv. Perkhidmatan dan Fasilitasi Pendidikan Koperasi oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

📌 Pelbagai isu berbangkit turut dibincangkan bersama dan dikenal pasti untuk dibawa ke peringkat MPKK bagi pertimbangan lanjut.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuh hala tuju serta mempertingkatkan pembangunan gerakan koperasi di Negeri Perlis secara mampan, berdaya saing dan inklusif.



Assalamualaikum HEBAHAN JUALAN MADANI KOPERASI (JMK) Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri ...
12/03/2026

Assalamualaikum

HEBAHAN JUALAN MADANI KOPERASI (JMK)

Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perlis akan menganjurkan JMK sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 18 Mac 2026 (Rabu)
🕣 Masa: 9.30 pagi hingga selesai
📍 Tempat: Perkarangan Bangunan Koperasi Mampu Perlis Berhad - Berdekatan Bundle Kampung Petal

Jemput datang beramai-ramai sambil membeli dan menyokong produk koperasi.

Sekian, terima kasih.



10/03/2026

Bayangkan koperasi anda menerima pembiayaan sehingga RM30 juta.

Melalui BEST100 Financing, koperasi terbaik Malaysia berpeluang mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

UNTUK INFO LANJUT SILA HUBUNGI :

Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Di Talian : 03-2083 4000
Portal : https://www.skm.gov.my/ms/






TAHNIAHYBRS. PUAN SITI AZLIN BINTI AHMAD DAUTAatas pelantikan sebagaiTIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFSURUHANJAYA KOPERAS...
10/03/2026

TAHNIAH
YBRS. PUAN SITI AZLIN BINTI AHMAD DAUTA

atas pelantikan sebagai

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI PERLIS

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Cawangan Negeri Perlis

JUALAN MADANI KOPERASI: DARI KITA UNTUK SEMUA KEMBALI LAGI!!18 MAC 2026/ RABU🛒 Harga Terus Dari Ladang & Kilang!✅ Penjim...
10/03/2026

JUALAN MADANI KOPERASI: DARI KITA UNTUK SEMUA KEMBALI LAGI!!
18 MAC 2026/ RABU
🛒 Harga Terus Dari Ladang & Kilang!
✅ Penjimatan sehingga 20%
✅ Barangan keperluan asas lengkap
✅ Terbuka kepada seluruh komuniti

"🔥 SIAPA CEPAT DIA DAPAT! 🔥

SEKALUNG TAHNIAH YB DATO'RAHIMI BIN ISMAILatas pelantikanKETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKANIkhlas daripada:Pen...
10/03/2026

SEKALUNG TAHNIAH

YB DATO'RAHIMI BIN ISMAIL
atas pelantikan
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Cawangan Negeri Perlis

*JUALAN MADANI KOPERASI DI PREMIS KOPERASI SATU HARAKAH PERLIS BERHAD*Behor Mali, Simpang Empat Perlis / 4 Februari 2026...
04/02/2026

*JUALAN MADANI KOPERASI DI PREMIS KOPERASI SATU HARAKAH PERLIS BERHAD*
Behor Mali, Simpang Empat Perlis / 4 Februari 2026 (Rabu)

Program Jualan Madani Koperasi (JMK) merupakan inisiatif KUSKOP yang menawarkan jualan barangan keperluan harian lebih rendah daripada harga pasaran. Program ini dilaksanakan bertujuan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Pada bulan Februari 2026, Koperasi Satu Harakah Perlis Berhad telah dipilih menganjurkan program ini bagi siri pertama di bawah insentif subsidi Jualan Madani Koperasi (JMK) berlokasi di Kampung Behor Mali, Simpang Empat, Perlis. Penganjuran program ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan komuniti setempat di sekitar kampung berhampiran.
Pelaksanaan JMK pada hari ini memberi peluang kepada semua penduduk kampung untuk membeli barangan keperluan asas pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran dengan kadar penjimatan sehingga 20%. Program seumpama ini perlu dilaksanakan secara berfokus dan berkala bagi tujuan membantu meringankan beban penduduk, khususnya masyarakat dan komuniti setempat yang berpendapatan rendah. Ia sekaligus dapat meningkatkan keupayaaan dan kuasa membeli isi rumah.

KUNJUNG HORMAT PENGARAH SKM CAWANGAN NEGERI PERLIS KE PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERLISTarikh : 22 Ja...
22/01/2026

KUNJUNG HORMAT PENGARAH SKM CAWANGAN NEGERI PERLIS KE PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERLIS
Tarikh : 22 Januari 2025/ Khamis
Masa : 10.00 pagi

Perjumpaan yang diketuai oleh En. Abdul Rahman Ngatenan @ Adnan, Pengarah SKM Cawangan Negeri Perlis ke Pejabat Kerajaan Negeri Perlis adalah bagi menyantuni YB. Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Beliau dipertanggungjawab memegang portfolio Pertanian, Kesihatan, Keusahawanan & Koperasi dan Alam Sekitar.

Tujuan perjumpaan SKM Cawangan Negeri Perlis bersama Yang Berhormat lebih kepada penerangan jelas berkaitan sektor koperasi serta hubungan antara agensi dan Kerajaan Negeri. Selain itu, SKM juga turut menyatakan keterlibatan Yang Berhormat di Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) dan Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN). Bagi MPKN, Yang Berhormat akan bertindak selaku Pengerusi bagi membincangkan pelbagai permasalahan koperasi-koperasi di negeri Perlis.
Di pihak Yang Berhormat, beliau berhasrat untuk berkerjasama dengan SKM dalam setiap program yang diadakan dan mampu menarik minat masyarakat untuk berkoperasi.
Pada akhir pertemuan, SKM Negeri Perlis menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang Berhormat sebagai tanda kunjung hormat dan kenangan.

Turut hadir bersama sesi kunjung hormat ini adalah :
1. En. Muhamad Ammar bin Ahmad Ramli, Timbalan Pengarah SKM Cawangan Negeri Perlis
2. Pn. Nurul Izatie bt Mashadi, Ketua Unit Statutori & Pendaftaran
3. En. Mohd Fakrulrazi bin Abd Kadir, Peg.Wilayah
4. Pn. Zanariah bt Mamat, Ketua Unit Promosi & Pembangunan Koperasi
5. En. Megat Norrizan bin Megat Saad, Unit Pembangunan Perniagaan


Tahniah kepada:YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala PerlisAtas pelantikan sebagai Ment...
30/12/2025

Tahniah kepada:
YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis
Atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perlis Yang Ke-9

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Warga Kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perlis serta Gerakan Koperasi Negeri Perlis

TAHNIAH!!!En.Zaid bin Abu BakarDi atas kenaikan pangkat PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E13)Ikhlas daripada: warga kerja SKM & Ge...
26/09/2025

TAHNIAH!!!
En.Zaid bin Abu Bakar

Di atas kenaikan pangkat
PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E13)

Ikhlas daripada: warga kerja SKM & Gerakan Koperasi Negeri Perlis

Address

Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Koperasi Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gerakan Koperasi Negeri Perlis:

Share