28/10/2019
Bersama membanteras v**e π
BOLEH LAPOR KEPADA SKMM
Artis, penggunaan wanita, insta famous, cerita pendek, dan eksploitasi seks, adalah modus operandi licik sesetengah syarikat rokok elektronik untuk mempromosi cecair nikotin mereka buat masa ini.
Mereka ini bukan saja tidak peduli kepada undang-undang negara yang melarang penjualan nikotin di bawah akta racun, malah menggunakan v4pe untuk bypass undang2 yang telah digunakan untuk mengawal aktiviti promosi rokok.
Timbalan Menteri Kesihatan baru-baru ini memaklumkan pihak SKMM bersama KKM ditugaskan untuk mengawal aktiviti penjualan dan promosi cecair bernikotin di laman media sosial. Namun kami sedar ianya bukan tugas mudah.
Dengan itu, kami mengambil inisiatif membantu pihak SKMM dengan melancarkan laman aduan yang akan disalurkan terus kepada SKMM dan KKM.
Anda hanya perlu copy laman web berkenaan dan pastekan di laman web berikut secara anonymous.
www.tinyurl.com/aduv**e
Biarkan langkah seterusnya dilakukan oleh kami.
Apa yang anda boleh adukan?
β
Live promosi v4pe
β
Penggunaan instafamous/artis/kanak-kanak/OKU dalam mempromosi produk v4pe
β
Penjualan v4pe di fb, shopee, lazada instagram dsb.