21/07/2024
The site is up. Register and be a part of a campaign that would lead to the first fan takeover of a football club in the country.
The cooperative society will function as the special purpose vehicle (“SPV”) that will manage the club. If all is according to plan, this will happen in less than 5 years. Kerteh FC has already started to lease some of their commercial assets to the cooperative.
Be a part of this campaign. Take control of the club. Buy the club.
We are very delighted to drive this idea. And thankful to the progressive leadership at Kerteh FC to open themselves to such a promising project.
𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗮𝗵𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗕𝗼𝗹𝗮 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗲𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱.
Kerteh, 21 Julai 2024 – Kelab Bola Sepak Kerteh (Kerteh FC), hari ini dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi pendaftaran keahlian Koperasi Penyokong Kelab Bola Sepak Kerteh Berhad, (KPKBKB), satu inisiatif yang digerakkan untuk membawa penglibatan lebih ramai penyokong setia dalam perjalanan dan kejayaan kelab.
Penubuhan koperasi ini merupakan satu langkah strategik untuk mengukuhkan sokongan dan penglibatan bukan sahaja komuniti setempat, malah turut membuka peluang kepada komuniti luar Kerteh terhadap kelab.
Keahlian koperasi menawarkan pelbagai faedah eksklusif yang bertujuan untuk memberikan pengalaman unik dan berharga kepada ahli-ahli koperasi.
𝗙𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵-𝗳𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗮𝗵𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸:
- 𝗔𝗸𝘀𝗲𝘀 𝗩𝗜𝗣: Peluang mendapatkan jemputan ke acara khas bersama pemain dan pengurusan Kerteh FC.
- 𝗞𝗶𝘁 𝗘𝗸𝘀𝗸𝗹𝘂𝘀𝗶𝗳 𝗔𝗵𝗹𝗶: Penerimaan kit ahli yang mengandungi barangan premium Kerteh FC.
- 𝗛𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻: Peluang menyertai Mesyuarat Agung Tahunan koperasi dan memberikan pandangan dalam keputusan penting.
- 𝗗𝗶𝘃𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻𝗮𝗻: Menikmati dividen tahunan berdasarkan keuntungan operasi perniagaan koperasi.
Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim, berkata, Pelancaran keahlian koperasi ini adalah satu detik bersejarah bagi Kerteh FC.
"Kami percaya dengan penglibatan dan sokongan daripada komuniti, Kerteh FC akan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar. Kami mengajak semua penyokong untuk menyertai koperasi ini dan bersama-sama kita memacu kelab ke arah kecemerlangan."
Pengerusi Koperasi Penyokong Kelab Bola Sepak Kerteh Berhad, Hazran Mohamed p**a berkata, pembukaan pendaftaran koperasi secara rasmi bermula hari ini, menandakan bahawa pengurusan Kerteh FC amat serius dalam misi dan visinya untuk mencapai satu tahap kelainan bagi sebuah kelab bola sepak bertaraf kelab komuniti.
"Koperasi ini memberikan peluang yang unik kepada para penyokong untuk lebih dekat dengan kelab dan memainkan peranan aktif dalam pembangunan serta kejayaan Kerteh FC. Kami berhasrat untuk membina komuniti yang kuat dan berdaya saing, di mana setiap ahli mempunyai suara dan peluang untuk memberi impak positif."
Sempena pelancaran ini, pihak Koperasi membuka TAWARAN KHAS iaitu potongan harga 60 peratus bagi keahlian biasa untuk tempoh 3 bulan bermula dari tarikh 21 Julai 2024.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web https://www.ghxst.org/kertehfc atau hubungi kami di +60 11-2093 0877 atau email [email protected]
Mari bersama-sama kami memacu Kerteh FC ke puncak kejayaan! Kerteh FC Untuk Semua!
Kerteh FC - Bukan Sekadar Sebuah Kelab, Kita Adalah Keluarga! 👨👨👧👧