Pusat Kraftangan Sabah

Pusat Kraftangan Sabah To foster cultural diversity through craft-making and skills training, preserving heritage while creating sustainable livelihoods. Kristal Handal Sdn. Bhd.
(371)

Pusat Kraftangan Sabah (Sabah Handicraft Centre) consists of a two-storey building, the ground floor is dedicated to exhibition and retail of handicraft products. "These products are the result of Yayasan Sabah Group's vigorous effort in training local people from all over Sabah. All these products are handcrafted by the handicraft trainees. Other facilites at the ground floor are workshops for m

achineries, a multi-purpose hall and a cafeteria. On the first floor, more rooms are being allocated for handicraft training purposes, meeting, seminar rooms and offices for Yayasan Sabah Group's of companies. Pusat Kraftangan Sabah (Sabah Handicraft Centre) is a subsidiary of Yayasan Sabah Group. is the marketing arm of Pusat Kraftangan Sabah. It will explore potential businesses, develop business rapport between local and overseas companies, as well as provide a channel for handicraft entrepreneurs to market their products. The centre will be a one-stop centre for training and marketing of handicraft products as well as to develop and nurture entrepreneurship skill among the locals thereby enhances their quality of life.

📣📣 PERHATIAN WARGA KENINGAU !!PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2026 KEMBALI LAGI!!🎉Mari meriahkan Sambutan Kaama...
13/05/2026

📣📣 PERHATIAN WARGA KENINGAU !!

PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2026 KEMBALI LAGI!!

🎉Mari meriahkan Sambutan Kaamatan kali ini di Dewan Masyarakat Keningau, 15 hingga 17 Mei 2026 ini!

🛖Temui kami di reruai PKS dengan pelbagai seleksi produk kraftangan dan interaktif kraf menarik untuk anda cuba!🎨🏺

Bah, jangan lupa , jumpa PKS di sana!

PKS kali ini ingin memperkenalkan kepada anda semua seorang Usahawan Kraftangan Logam- Pembuatan Parang, Puan Ruzilah Bi...
12/05/2026

PKS kali ini ingin memperkenalkan kepada anda semua seorang Usahawan Kraftangan Logam- Pembuatan Parang, Puan Ruzilah Binti Suti. Mempelajari seni pembuatan parang dari ayahnya, pengasas J&R Handcraft ini mula mengusahakan perusahaan pembuatan parang pada tahun 2006. Antara jenis produk yang dihasilkan beliau seperti parang kerja,pais,Gegamas,parang untuk cenderahati,Katana, pisau toreh getah,linggam dan Benut. Beliau sering menerima tempahan membuat cenderamata berasakan logam dan ukiran kayu.

Beliau juga dahulunya merupakan bekas peserta Program Latihan Kraftangan di PKS dalam bidang pembuatan perabot dan ukiran kayu. Beberapa hasil kerja tangan beliau ada dipamerkan di PKS. Kraf halus beliau ini turut dimuatkan dalam buku terbitan Yayasan Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah- Sabah Crafts (2015).

Selain menghasilkan produk kraftangan ,beliau turut memberikan khidmat mengajar dalam penghasilan kraf parang kepada mereka yang berminat.

Kepada yang ingin mendapatkan produk kraf beliau atau ingin membuat tempahan, hubungi:

Puan Ruzilah Binti Suti
011 20725277
FB : Ruzilah Binti Suti
Kg.Seri Aman Kuit Lanas ,
89000 Keningau
Sabah

PKS merasa bangga melihat kerja keras dan kegigihan beliau mengusahakan kraf pembuatan parang. Semoga beliau terus maju dan cemerlang dalam bidang kraftangan ini💪💪.

Kredit foto: Ruzilah Binti Suti

9 MEI 2026 | KENINGAU LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI IJ CENTRE, SOOK Menerima kunjungan dari IJ Centre Sook, seramai 137 or...
11/05/2026

9 MEI 2026 | KENINGAU

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI IJ CENTRE, SOOK

Menerima kunjungan dari IJ Centre Sook, seramai 137 orang yang terdiri daripada anak-anak manis bersama ibu bapa mereka menghayati koleksi kraftangan warisan tempatan di galeri-galeri kraf PKS.

Kali ini para pengunjung telah mencuba aktiviti mewarna fridge magnet dan batik. Aktiviti ini turut disertai oleh para ibu bapa sekaligus dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

Semoga para pengunjung merasa gembira dapat merasai pengalaman membuat kraftangan sendiri dan mempelajari keindahan kraftangan negeri kita.

Terima kasih IJ Centre sudi mengunjungi PKS!

Selamat Puja Usia buat Pengurus Kumpulan PKS, Puan Vivian Evans 🎆🎂🎉💞Meraikan hari ulang tahun beliau yang telah banyak m...
08/05/2026

Selamat Puja Usia buat Pengurus Kumpulan PKS, Puan Vivian Evans 🎆🎂🎉💞

Meraikan hari ulang tahun beliau yang telah banyak menyumbang bakti dalam menerajui PKS, sentiasa membimbing warga PKS untuk menjadi versi yang lebih baik, teguh dan tangguh dalam usaha memartabatkan warisan kraftangan kita.

Dari zaman Pejabat Zon hingga berdirinya PKS, perjalanan yang panjang, s**a duka, tinggi rendah, semua sudah dirasakan💪☀️🌧️

Kami semua mendoakan Puan Vivian agar dilimpahi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan mendapat segala yang baik-baik sentiasa💗

Ingatan 💝 dan Terima kasih puan,

💞💗💗 PKS

Terima kasih Datin Tengku Aini atas kesudian mengunjungi PKS 🙏
08/05/2026

Terima kasih Datin Tengku Aini atas kesudian mengunjungi PKS 🙏

"Çıkmadık candan ümit kesilmez".-Peribahasa Turkiye-“Selagi ada hayat dikandung badan, selagi itu ada harapan untuk kehi...
04/05/2026

"Çıkmadık candan ümit kesilmez".
-Peribahasa Turkiye-
“Selagi ada hayat dikandung badan, selagi itu ada harapan untuk kehidupan dan masa depan yang lebih baik”

Kepada anak-anak remaja, hala tuju selepas alam persekolahan boleh menjadi persoalan yang sulit dan menimbulkan kekeliruan,terutamanya bidang apa yang ingin diikuti selepas tamat alam persekolahan. Ini tidak terkecuali kepada para prospek di Sekolah Hendry Gurney,Keningau. Melalui alam pembelajaran yang sedikit berbeza dengan sekolah aliran perdana yang lain, tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk turut mengatur langkah bagi mencapai jalan terbaik membentuk masa depan mereka selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu Pusat Kraftangan Sabah (PKS) selaku agensi pembangunan modal insan melalui kemahiran kraf dan keusahawanan turut menyokong langkah untuk membantu para prospek Sekolah Hendry Gurney Keningau yang mempunyai minat dalam bidang kraftangan. Pada 29 April 2026 yang lalu, PKS telah dijemput menyampaikan taklimat berkenaan peranan,fungsi dan kursus-kursus yang tersedia di PKS sebagai cabang laluan kerjaya bagi para lepasan SPM bersempena Program Siap Siaga Kerjaya: Bekalan Untuk Hidup Baru 2.0. Program ini merupakan anjuran Pas**an Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Daerah Keningau dan Sekolah Henry Gurney Keningau.Selain memberikan penerangan tentang Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah yang meliputi dua program utama iaitu Rural Integrated Craft Heritage (RICH 2.0) dan Program Penanaman Bahan Mentah-Buluh & Rotan (PPBM), PKS juga telah menunjukkan satu demonstrasi ringkas penuangan epoksi yang disampaikan oleh Pengajar Kraf Bengkel Epoksi & Resin, En.Masius Kazul. Para peserta tidak melepaskan peluang bertanyakan pelbagai soalan berkenaan kraftangan dan menunjukkan minat mendalam dalam pembuatan kraf epoksi tersebut.

Kraftangan bukan sahaja satu seni yang boleh menjana ekonomi individu dan masyarakat, tetapi boleh menjadi penawar dan pembangun semangat dalam diri individu untuk menjadi versi insan yang lebih baik, kental dan berdaya maju. PKS sentiasa memberikan sokongan kepada masyarakat dan agensi yang membuka jalan untuk membangunkan potensi diri individu ke arah yang lebih cemerlang melalui kraftangan.

Semoga para prospek Sekolah Hendry Gurney Keningau akan terus maju dan terus teguh mencapai kecemerlangan.

28-30 April 2026 |KENINGAUKURSUS JANGKA PENDEK JAHITAN BEG KOMUNITI KRAFTANGAN LIAS ULU SUGUT Telah berlangsung selama 3...
01/05/2026

28-30 April 2026 |KENINGAU

KURSUS JANGKA PENDEK JAHITAN BEG KOMUNITI KRAFTANGAN LIAS ULU SUGUT

Telah berlangsung selama 3 hari Kursus Jangka Pendek Jahitan Beg bagi Komuniti Kraftangan Lias Ulu Sugut bertempat di Bengkel Jahitan Beg, PKS.

Selama 3 hari kursus ini berjalan, para peserta telah mempelajari proses pembuatan beg tote menggunakan bahan mentah anyaman pandan untuk menghasilkan beg serta meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam penggunaan mesin industri dan mesin jahit silinder. Puan Lucia Lugging selaku tenaga pengajar kraf jahitan beg dibantu oleh para peserta PKAN 2026 turut berkongsikan tips penting dalam menambah baik penghasilan beg dan teknik- teknik memperkemaskan jahitan beg.

Semoga ilmu yang ditimba melalui kursus ini akan mampu meningkatkan kemahiran para pengkraf Kraftangan Lias Ulu Sugut dan seterusnya mampu menghasilkan produk kraftangan yang berkualiti tinggi di masa hadapan.

Terus Maju Komuniti Kraftangan Lias Ulu Sugut 💪💪


PKS kongsikan kepada anda semua Katalog Produk Para Usahawan Bimbingan PKS untuk rujukan. Sila imbas Kod QR yang tersedi...
27/04/2026

PKS kongsikan kepada anda semua Katalog Produk Para Usahawan Bimbingan PKS untuk rujukan. Sila imbas Kod QR yang tersedia untuk melihat pelbagai jenis produk kraf hasil tangan anak-anak negeri Sabah!

26/04/2026
25 April 2026 | MENUMBOKMOBILE COMMUNITY SERVICES (MCS) MENUMBOK 2026PKS bersama agensi-agensi awam yang lain turut meny...
26/04/2026

25 April 2026 | MENUMBOK

MOBILE COMMUNITY SERVICES (MCS) MENUMBOK 2026

PKS bersama agensi-agensi awam yang lain turut menyertai jelajah Mobile Community Services (MCS) yang dijalankan di daerah kecil Menumbok. Kali ini PKS membawakan jualan dan promosi produk kraftangan dan Interaktif Kraf seperti mewarna fridge magnet, laser cut dan anyaman buluh. Kursus jangka pendek kraftangan juga telah diwar-warkan kepada warga Menumbok.

Terima kasih kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah atas jemputan MCS kali ini.

MCS MENUMBOK 2026 Bisai Banar 👍👍

Bah, PKS pun turut jua dalam MCS MENUMBOK 2026! Jemput datang ke reruai PKS , macam-macam produk kraftangan dibawakan, i...
22/04/2026

Bah, PKS pun turut jua dalam MCS MENUMBOK 2026! Jemput datang ke reruai PKS , macam-macam produk kraftangan dibawakan, interaktif kraf dari Bengkel Epoksi & Resin, Anyaman Buluh serta kaunter informasi PKS!

Urung-urung tani di sana ya!

Bah, urung-urung kitani datang kerana berikut adalah SENARAI AGENSI KERAJAAN & SWASTA yang turun padang untuk memberikan perkhidmatan secara terus.

Jimat masa, jimat kos perjalanan! Semuanya ada di satu tempat. Manfaatkan peluang keemasan ani.

Jangan lupa bedudun tah kamu, bawa anak beranak ke sana, lagau sekali dang sanak jua..
Set tah tarikh dan masa atu..

📅 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Tapak Tamu Menumbok
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 1.00 Petang

Jumpa kami disana!!!!🤝🚐💨

Address

KM 5, Jalan Apin/Apin
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 12:00

Telephone

+6087332186

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kraftangan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Kraftangan Sabah:

Share