14/06/2022
4 MITOS TENTANG PELABURAN PADA USIA MUDA!
Ramai orang cakap untuk usia muda ni tak sesuai untuk mula melabur secara agresif. Betul ke masalahnya?
Sebenarnya banyak mindset yang telah ditanam supaya anak muda perlu belajar dan berkerja sahaja.
Lepastu banyaklah keluar mitos-mitos tentang pelaburan pada usia yang muda seperti:
1.Tak sesuailah anak muda nak melabur.
Anda kena faham apa yang dimaksudkan dengan pelaburan?
Pelaburan bermaksud anda menggunakan aset yang sedia ada untuk mendapatkan pulangan dengan nilai yang lebih tinggi.
Tak kira melalui perniagaan, simpanan di mana mana institusi kewangan, mahupun melalui aktiviti trading.
2.Terlalu berisiko untuk anak muda.
Ya memang pelaburan itu ada risiko yang tersendiri.
Namun begitu, risiko boleh dikawal dengan ilmu dan pengetahuan tentang pasaran, analisa dan pengurusan risiko di dalam pelaburan yang dibuat.
Cuba dapatkan guru yang bagus untuk memberi panduan kepada anda.
3.Tak banyak masa untuk analisis pasaran.
Sebenarnya banyak je method untuk atasi masalah macamni.
Contohnya indikator yang memudahkan kita untuk analisis harga pasaran yang memudahkan kita untuk konsisten profit.
4.Perlu ada duit yang banyak untuk melabur.
Ya, kalau nak untung besar cubalah masuk dengan modal yang besar. Tapi risikonya pun besar.
Tapi zaman sekarang banyak method pelaburan yang membenarkan anak muda untuk menggunakan modal 5 angka ke bawah untuk memulakan trading.