01/09/2023
Anda bercita-cita nak beli rumah sendiri? Ikuti TIPS INI! Tips Uruskan Kewangan Dan Persediaan Beli Rumah‼️🏚🤩
1) Dapatkan Pekerjaan Yang Stabil
Nak beli rumah sudah tentulah kena ada pendapatan. Nak ada pendapatan kenalah berkerja. Jika boleh carilah pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda.
2) Tambahkan Pendapatan Dengan Kerja Sampingan
Jika seseorang berpendapatan RM2000 ke bawah, percayalah agak s**ar untuk bank luluskan pinjaman beli rumah. Anda perlu tambah pendapatan sampingan.
3) Buat Bajet Dan Kurangkan Perbelanjaan
Senaraikan semua perbelanjaan yang perlu dibayar dan buat anggaran kos. Ini termasuklah bil, komitmen hutang, duit rumah.
4) Elakkan Hutang Berbahaya
Elakkan s**a berhutang seperti telefon canggih, kereta mewah, dan apa-apa yang boleh menjerut anda kepada hutang-hutang yang akan menghancurkan hidup anda.
5) Jaga Rekod Kewangan
Jangan bertangguh. Rekod kelewatan akan dicatat terus oleh sistem CCRIS Bank Negara. Bila anda buat permohonan pinjaman, bank akan buat semakan. Besar kemungkinan permohonan ditolak jika rekod CCRIS teruk.
6) Dapatkan Sokongan Moral Dan Kewangan
Bila anda dah berniat nak beli rumah, beritahulah kepada keluarga dan juga sahabat terdekat. Saya yakin mereka akan memberi sokongan moral dengan niat anda. Anda juga akan naik segan jika hajat tu tak tercapai.
7) Dalami Ilmu Hartanah
Oleh kerana hartanah ini melibatkan amaun yang besar, ramai scammer diluar sana menanti anda buat kesilapan.
Dapatkan servis kontraktor reka bina yang terbaik untuk rumah impian anda! 🤩🤩 Untuk info lebih lanjut anda boleh hubungi kami sekarang‼️📲📲