19/01/2025
"โ๐๐ฃ๐ฆ๐ ๐๐ ๐๐๐: ๐๐๐ค๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐น๐๐๐๐ โ๐๐๐ช๐๐ฅ"
(๐๐๐๐๐๐๐๐ 2)
๐ฟ๐ด๐
๐บ๐พ๐ฝ๐ถ๐
๐ธ๐ฐ๐ฝ
Qarun dahulu diingatkan oleh saudaranya daripada Bani Israel agar menderma dan bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya. Namun, dia enggan. Qarun merasa bahawa segala kekayaannya adalah hasil daripada usahanya sendiri, seolah-olah tiada campur tangan Tuhan Semesta Alam dalam kejayaannya. Sikap ini menjadi pelajaran penting untuk kita: tidak kira setinggi mana pencapaian kita, semuanya adalah amanah yang perlu dikongsi dan dimanfaatkan demi kebaikan bersama.
Sebagaimana firman Tuhan Allah dalam surah
๐๏ธAl-Qasas(Kisah Kisah),ayat 77:
"Carilah apa yang telah dianugerahkan kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu lupa akan bahagianmu dari dunia..."
Namun, ayat ini sering dimanip**asi oleh sesetengah pihak untuk menjustifikasi gaya hidup sekularisme dan materialisme. Dengan semangat untuk menumpuk kekayaan, ada yang menyatakan:
"๐๐ค๐๐-๐ข๐ค๐๐ ๐ ๐๐ง๐๐ฃ๐ฎ๐ ๐ ๐๐ฉ๐ ๐ข๐๐ข๐ฅ๐ช๐ฃ๐ฎ๐๐ ๐จ๐๐ฅ๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ฉ๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐๐ฃ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐ง๐ช๐ฃ; ๐จ๐๐จ๐ช๐ฃ๐๐๐ช๐๐ฃ๐ฎ๐ ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ง-๐๐๐ฃ๐๐ง ๐ข๐๐ข๐๐ก๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐ง๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐จ๐๐ง."
Ironinya, meskipun Qarun menikmati kelimpahan harta, dia akhirnya binasa bersama keserakahan dan keangkuhannya. Dia menjadi peringatan bahawa kekayaan tanpa keberkatan hanya membawa kehancuran. Harta duniawi bukanlah jaminan kebahagiaan sejati. Yang lebih utama ialah keberkatan dan kegunaan harta itu untuk menegakkan keadilan dan membantu sesama Ikhwan.
Di zaman moden, situasi ini tetap relevan. Kapitalis pseudo, sebagaimana dikaji oleh Yoshihara Kunio, berkembang di Asia Tenggara dengan pengusaha yang menggantungkan nasib mereka kepada rejim dan perlindungan politik. Mereka membina empayar kekayaan dengan memanfaatkan kelemahan orang lain. Dalam sistem ini, rakyat menjadi hamba yang bekerja keras tetapi dibayar seminimum mungkin. Prinsip perhambaan moden ini meragut maruah dan keadilan.
Namun, lebih berbahaya ialah sistem kapitalis hari ini, di mana yang berkuasa bukan lagi penguasa, tetapi modal. Dalam sistem ini, para pemimpin politik sering kali tunduk kepada kehendak modal, menjual aset negara demi menarik pelaburan asing, tanpa peduli kepada kesengsaraan rakyat. Betapa pentingnya bagi kita memahami bahawa kekuatan sebenar bukan pada modal, tetapi pada nilai kemanusiaan dan keadilan yang menjadi asas masyarakat.
Kesan penghambaan manusia kepada modal begitu tragis: kemiskinan, kelaparan, jurang sosial-ekonomi, jenayah, dan kemerosotan moral. Tetapi bagi pemilik modal, dunia ini seolah-olah syurga, kerana mereka berada di puncak piramid kekayaan. Mereka hidup dalam kelimpahan, aman, dan tenteram, sedangkan majoriti manusia merasai keperitan kehidupan.
Namun, ingatlah, sejarah menunjukkan bahawa tiada sistem kezaliman yang bertahan selamanya. Jika benar seperti yang dinyatakan oleh Karl Popper bahawa masyarakat kapitalis ini adalah bentuk terakhir peradaban manusia, maka ia juga akan menemui akhirnya. Sejarah penderitaan manusia akan berubah kepada era yang lebih baik, sekiranya kita bersatu melawan kezaliman dan memperjuangkan keadilan.
Qarun zaman dahulu percaya kepada Tuhan Allah serta Rasul Musa, tetapi dia menduakan-Nya kerana terlalu terikat dengan dunia. Qarun zaman kini juga mungkin memiliki peluang untuk bertaubat, tetapi hanya jika mereka menyedari bahawa kekuasaan sejati bukanlah pada harta atau modal, tetapi pada keberanian untuk melawan kejahatan dan membawa kebaikan kepada sesama manusia.
Jangan takut untuk menjadi perubahan yang kecil tetapi bermakna. Setiap usaha kebaikan, sekecil mana pun, adalah langkah ke arah dunia yang lebih adil dan penuh kasih sayang.
Kejatuhan Qarun adalah peringatan bahawa tiada yang abadi melainkan kebaikan dan keimanan. Dan kitaโorang-orang yang berimanโharus percaya bahawa zaman baharu yang lebih baik akan tiba. Semoga kita semua menjadi sebahagian daripada cahaya perubahan tersebut.