22/05/2017
Perniagaan berasaskan elektronik oleh peniaga seluruh dunia kini bukan sahaja untuk menyalurkan maklumat malah sebagai tempat untuk mengumpul pelanggan dan jualan. Pelbagai kaedah transkasi pembayaran boleh digunakan oleh pengguna dalam membuat pembayaran. Ia adalah bagi memudahkan peniaga dan pelanggan, jimat masa dan kos, jimat kertas atau form malah mesra pengguna. Antara kaedah pembayaran online yang boleh digunakan :
----------------------------------------
1. Cash On Delivery (COD)
----------------------------------------
Dalam menjalankan perniagaan secara online, biasanya kita sering mendengar kaedah pembayaran COD atau dikenali sebagai Cash On Delivery. Kaedah pembayaran ini memudahkan pelanggan untuk menjelaskan pembayaran sebelum mendapatkan barang yang dibeli. Pelanggan akan membuat pembayaran kepada pihak kurier yang menghantar barang tersebut di tempat penerimaan barang. Tetapi tidak semua perniagaan online menawarakan kaedah pembayaran ini. Ada juga yang menawarkan kaedah pembayaran ini hanya dikawasan-kawasan tertentu dengan jumlah pembelin tertentu.
--------------------------------------------------
2. Online Transfer/ Online Banking
--------------------------------------------------
Sistem perbankan di Malaysia pada masa kini lebih mudah berbanding masa dahulu. Dengan menggunakan Online transfer ni, pengguna tak perlu beratur panjang untuk membuat tranaksi. Peniaga p**a boleh menerima transaksi dimana sahaja selagi berhubung dengan jaringan internet. Peniaga juga tidak perlu meredah hujan panas, menunggu giliran yang lama, kesesakan lalu lintas apa lagi bertemu pelanggan.
----------------------
3. Credit Card
----------------------
Pelanggan biasanya memilih pembayaran menggunakan kad kredit kerana ramai pengguna masa kini sudah memiliki kad kredit. Pembayaran mneggunakan kad kredit hanya memerlukan nombor unik yang menjadi identiti kad untuk membuat transaksi. Namun ada diantara perniagaan menetapkan jumlah pembelian tertentu untuk penggunaan kad kredit dalam pembayaran.
----------------
4. Paypal
-----------------
Paypal merupakan pembayaran atas talian yang boleh dilakukan oleh peniaga dan pelanggan menggunakan elektronik. Ia agak terkenal sebagai gerbang pembayaran masa kini kerana ramai yang telah menggunakannya. Penggunaanya sangat mudah, keperluan yang perlu ada hanyalah email penerima. Kaedah ini sesuai untuk pengguna kad kredit.