11/04/2025
Apa itu ASSAYER?
Sekilas Pandang Assayer
Anda boleh Melihat tandatangan beliau di setiap Sijil Pengesahan ( Certificate of Authenticity ) produk syarikat/kilang yg menjadi panel/berdaftar dengan beliau seperti Goldbar perbagai saiz dan berat, Gold Wafer pelbagai saiz dan berat serta Dinar perbagai saiz dan berat.
Apa itu ASSAYER?
Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Di Malaysia hanya terdapat beberapa orang sahaja assayer yang bebas.
Siapakah Abdul Shukor Anuar ?
Beliau telah berkecimpung dalam bidang assay ini sejak 1994 - Beliau merupakan seorang Independent Assayer dan Managing Director bagi Kuala Lumpur ASSEY Office Sdn. Bhd. dengan no pendaftaran 598425D.
Beliau adalah badan bebas yang sering menjadi rujukan syarikat emas di Malaysia seperti Public Gold, KTJ Merchant Group Sdn Bhd di mana beliau bersetuju menjadi panel penguji produk syarikat terbabit.
Apa itu FEDMAS?
FEDMAS for Goldsmths & Jewellers
Almost all exporters, major manufacturers and wholesalers in Malaysia are members of FEDMAS assay office whereby they can routinely submit their production batches of gold jewellery to FEDMAS for purity check. It helps to build confidence among major buyers of Malaysian made jewellery to Middle East, Northern America, Europe and South East Asia as well.
Malaysian retailers are also enjoying the benefits of FEDMAS assay offices to randomly check their new purchases from the wholesalers. This will not only strengthen the consumers confidence of buying new gold jewellery but also enable them to sell back or trade-in their old gold jewellery for highest value.
MAA Precious Metals adalah diantara Kilang emas bumiputera yang berdaftar dengan FEDMAS, malah pemilik kilang iaitu Encik Mohd Azrul bin Azmi merupakan salah seorang panel assayer FEDMAS.
Apabila pemilik kilang MAA adalah ahli panel FEDMAS, sudah tentulah assayer untuk sijil pengesahan ( Certificate of Authenticity ) adalah FEDMAS.
Kenapa perlu persijilan dari Assayer/FEDMAS?
Membolehkan Produk emas seperti yang dinyatakan diatas mempunyai sijil perakuan sah yang diiktiraf oleh Penguji Ketulenan (Assayer). Assayer ini berperanan untuk menguji setiap produk emas yang dihasilkan oleh syarikat/kilang yang menjadi panel/berdaftar dengan Assayer tersebut agar menepati piawai yang telah ditetapkan. Setiap produk akan melalui saringan yang ketat dan diuji sebelum disijilkan untuk dijual kepada orang ramai.
Malah banyak kedai kedai emas telah mula berdaftar dengan FEDMAS, bagi menguji ketulenan emas mereka supaya mengelakkan membeli/menjual emas palsu. Kedai kedai emas ini akan ada sijil FEDMAS yg dipamerkan di dalam kedai.
Oleh itu, INSYAALLAH tidak timbul sebarang keraguan bahawa produk dari syarikat/kilang/kedai terbabit tidak tulen atau tidak menepati piawaian terutamanya dari segi mutu,ketulenan emas dan juga berat emas tersebut. Ini kerana, assayer yang dilantik untuk kerja-kerja tersebut berdaftar dengan badan-badan professional yang bertauliah di Malaysia ini.
Jom simpan emas
1g1month