Sonique Artscape

Sonique Artscape * Printing
* Fotostat
* Ghostwriting
* Copywriting
* Contents Management
* Social Media Management
* Sehingga akhirnya impian mereka terkubur begitu sahaja.

Ramai yang ada perniagaan atau bercita-cita membina empayar niaga sendiri tetapi terhalang kerana alatan perang (tool) mereka tidak berbisa. Kami sebuah syarikat milikan bumiputra 100% menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu anda sebagai usahawan yang baru memulakan perniagaan. Perkhidmatan kami berupa bantuan penyediaan senjata atau ‘tool’ untuk membantu anda meletupkan perniagaan dan men

capai target yang disasarkan. Pilihlah kami sebagai pembantu pengurusan perniagaan anda dan kami yakin dan percaya anda akan penuhi impian dalam masa yang pantas dengan komitmen, usaha dan tawakkal anda yang tiada henti. Bersama SONIQUE ARTSCAPE kita bina empayar niaga dan sama-sama membangunkan ummah. Email: [email protected]
Mobile: 012-267 1342 / 012-970 5773

Pagi ini, seseorang menghubungi saya. Kami pernah bersua di  Hasratnya masih sama—mahu saya bantu merekodkan perjalanan ...
13/06/2025

Pagi ini, seseorang menghubungi saya. Kami pernah bersua di

Hasratnya masih sama—mahu saya bantu merekodkan perjalanan hidup yang jauh berbeza daripada kebiasaan. Catatan yang bukan sekadar kisah, tetapi legasi untuk generasi.

Saya masih ingat pertemuan kami di Kafe Riverside tempoh hari. Saat mendengar kisah hidupnya, hati saya sudah terpaut.

"Tuan memang kena bukukan. Paling tidak, anak cucu tahu siapa ayahnya," ujar saya memberi semangat.

"Itulah yang saya mahu puan bantu," balas beliau bersungguh.

Lebih 10 hari sudah berlalu sejak tirai PBAKL25 dilabuhkan. Saya tidak menghubungi beliau, malah tidak mengambil pun nombor telefonnya.

Saya tidak kejar pelanggan.
Bagi saya, yang benar-benar mahu—mereka akan cari jalan untuk sampai.

“Boleh kita berjumpa dalam acara ini?” Itu pesanan yang masuk ke telefon saya pagi ini.

Namun, pertama, saya sudah ada temu janji sebelah petang.
Dan kedua, saya amat menghargai aturan—setiap jadual akan saya susun awal dalam kalendar, agar seimbang antara menulis dan menguruskan keluarga.

"Acara ini pagi," kata beliau bila saya beritahu komitmen petang.

Lalu saya balas, dengan tenang:

"Dulu saya bekerja tanpa kira masa. Hari ini, keluarga adalah pilihan utama saya."

Beliau membalas dengan ikon senyum.

Saya sambung:

"Jika tuan mahu, kita set tarikh lain. Bila sudah ada dalam jadual lebih awal, bolehlah kita santai sambil minum kopi dan bincang jalan ceritanya." Saya akhiri dengan ikon senyum juga.

Inilah keputusan yang saya pegang setelah 10 tahun menjadi sepenuh masa:

Fokus saya—keluarga dan penulisan.

Ada yang ingin ikut jejak ini—mengisi kehidupan dengan karya, sambil mengekalkan ruang untuk keluarga tercinta?

Perincian ada pada komen pertama.

𝐓𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍"Bolehkah tulisan saya mencipta pendapatan?""Boleh. Itu kerja ghostwriter.""Siapa layak ...
10/06/2025

𝐓𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍

"Bolehkah tulisan saya mencipta pendapatan?"

"Boleh. Itu kerja ghostwriter."

"Siapa layak menjadi ghostwriter?"

Siapa yang digalakkan menjadi ghostwriter?

Ini jawapannya:
Jika kita meminati satu topik dan dapat menulis dengan baik, maka jadilah ghostwriter dalam topik itu untuk orang yang sedia membayar.

Dari perkataan menjadi pendapatan.

Jika anda berhasrat mahu menjana pendapatan melalui penulisan dengan hanya duduk di rumah sahaja, inilah jawapannya.

Bengkel Kedua bagi tahun 2025 bagi siri ke-21 dengan azam membara dibuka untuk saya latih kump**an penulis upahan bermula kosong.

Ia akan berlangsung pada 21 & 22 Jun 2025. Bengkel dalam talian dan rakaman diberikan.

Detail ada pada link dikomen pertama.

𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐈Pagi ini, ketika saya hendak membuang sampah ke dalam tong, mata saya tertancap pada be...
10/06/2025

𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐈

Pagi ini, ketika saya hendak membuang sampah ke dalam tong, mata saya tertancap pada beberapa ekor rama-rama putih yang berterbangan bebas di laman. Ada yang singgah pada bunga yang sedang mekar, ada p**a yang berpindah dari satu batang ke batang lain, seolah-olah menari mengiringi sinar mentari pagi.

Tanpa sedar, saya mengukir senyuman. Ruang kecil ini menjadi saksi bagaimana kita berkongsi kehidupan dengan makhluk lain yang sama-sama diizinkan-Nya menghuni bumi ini.

Kadang-kadang, kita terlalu asyik dengan rasa sendiri—terasa disakiti, dipinggirkan, atau dihimpit pelbagai masalah yang mencetuskan amarah, kesedihan, dan sakit hati. Namun, pernahkah kita berfikir, mungkin perilaku kita juga pernah menimbulkan rasa yang sama kepada orang lain?

Rasa bahagia saya saat melihat rama-rama berterbangan, pasti juga dirasakan oleh makhluk kecil yang cantik itu ketika ia bebas menikmati hidup di antara bunga-bunga. Betapa indah jika kita belajar untuk memberi ruang kepada orang lain merasai kegembiraan yang sama.

Senantiasalah berfikir dan berbuat baik—bukan sekadar untuk diri kita sendiri, tetapi untuk dinikmati bersama semua makhluk ciptaan-Nya.

Moga Allah SWT terus menuntun langkah kita untuk sentiasa menebar kebaikan, dan menganugerahkan kesejahteraan yang dapat kita kongsi bersama.

Kredit foto: Mr Google

Jumpa saya Sabtu 31/5 dan Ahad 1/6 di Dewan Tun Dr Ismail, reruai No.10 PBAKL25Tanyalah apa sahaja tentang dunia ghostwr...
30/05/2025

Jumpa saya Sabtu 31/5 dan Ahad 1/6 di Dewan Tun Dr Ismail, reruai No.10 PBAKL25

Tanyalah apa sahaja tentang dunia ghostwriter.

Jumpa di sana ya.

Iera Yusoff

Ada yang bertanya, "bila Puan Iera mahu adakan bengkel lagi ya?"Atas permintaan, terutama wanita-wanita hebat yang berha...
30/05/2025

Ada yang bertanya, "bila Puan Iera mahu adakan bengkel lagi ya?"
Atas permintaan, terutama wanita-wanita hebat yang berhasrat mahu dapat pendapatan meskipun duduk rumah melalui penulisan, saya membuka tawaran sesi khas.

Tawaran EKSKLUSIF dibuka kepada sahabat yang berhasrat mahu tahu tentang dunia ghostwriter dan belajar menjadi penulis upahan.
Pertanyaan datang dari lokasi yang berbeza dan faham situasi kekangan masa, maka sesi diadakan secara dalam talian.
Apa yang bakal dikongsikan nanti?

✅ Tip bagaimana mahu jadi ghostwriter,
✅ Do & Don't sebagai ghostwriter,
✅ Bagaimana menyusun harga,
✅ Bagaimana bernegosasi dengan klien
terutama VVIP,
✅ Bagaimana menjadi ghostwriter yang pakar,
✅ Melakar surat perjanjian sebagai pembuktian.

BONUS:
Rakaman diberikan.

Rujuk link pada komen pertama.

Ghostwriter ini satu bentuk pekerjaan untuk klien.Mereka ada tanggungjawab antara satu sama lain yang dihormati atas das...
29/05/2025

Ghostwriter ini satu bentuk pekerjaan untuk klien.

Mereka ada tanggungjawab antara satu sama lain yang dihormati atas dasar kontrak.

Ghostwriter dipanggil apabila;
1. Klien mempunyai bahan tetapi tidak ada masa mahu menulisnya.
2. Klien berhajat tetapi tidak ada kemahiran melakukannya.
3. Berlakunya kerja tertangguh yang memerlukan ghostwriter menyambungnya.

Ada macam-macam cabang menjadi ghostwriter.

InsyaAllah saya akan tunjukkan pada Jun ini.

Detail ada pada komen pertama.

Seberapa banyak persoalan anda tentang kerjaya seorang  ?Atau mahu tahu bagaimana seorang   boleh bantu anda tulis buku,...
23/05/2025

Seberapa banyak persoalan anda tentang kerjaya seorang ?

Atau mahu tahu bagaimana seorang boleh bantu anda tulis buku, ebook, copywriting, storytelling atau apa sahaja berkaitan dengan penulisan?

Jumpa saya pada 1 Jun 2025, Sabtu, 3pm - 4pm.

Tanyalah apa sahaja asalkan tentang ghostwriter.

Jumpa nanti saya.

𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈 𝐑𝐔𝐏𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐇𝐎𝐒𝐓𝐖𝐑𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐍𝐈Biasanya apabila saya uar-uarkan seminar ghostwriter, orang yang turut muncul adalah...
23/05/2025

𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈 𝐑𝐔𝐏𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐇𝐎𝐒𝐓𝐖𝐑𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐍𝐈

Biasanya apabila saya uar-uarkan seminar ghostwriter, orang yang turut muncul adalah prospek yang mahukan ghostwriter.

Pernah berlaku, tiga orang prospek mencari ghostwriter.
Pertama

Sebuah blog hartanah mencari seorang editor dan ini jawatan tetap.

Kedua,
Seorang lelaki mencari ghost-writer bagi buku pelancongan.

Ketiga,
Laman web hartanah memerlukan ghost-writer.

Menjadi ghostwriter ini sesuai untuk penulis yang rajin.

Tak ada pengalaman pun tak ada masalah, asalkan berlatih menulis di media sosial. Buat pembacaan bidang.

Prospek mendapat keyakinan daripada solekan wajah perkataan yang ditunjukkan pada profil kita.

Mahukah saudara belajar cara memulakan bisnes penulisan dari rumah sebagai ghostwriter?

Lihat komen.

𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍“Saya berhasrat mahu berhenti kerja, anak-anak sudah mahu masuk sekolah. Suami mahu say...
21/05/2025

𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍

“Saya berhasrat mahu berhenti kerja, anak-anak sudah mahu masuk sekolah. Suami mahu saya uruskan anak sendiri,” saya mendengar beliau bercerita lewat talian telefon.

Saya diam dan biarkan beliau habiskan bicara meskipun saya sudah mampu menebak apakah hasrat hatinya. Ceritanya seumpama kisah saya pada lima tahun lalu.

“Bagaimana saya boleh dapat wang poket sendiri meskipun saya uruskan anak-anak ya puan?”

Saya senyum sambil tarik nafas. Lagi seorang ibu yang mahu penuhi impian tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

“Sepanjang bekerja, apakah kepakaran puan? Puan biasa menulis?” Soal saya cuba menyelidik latar belakang beliau.

“Saya seorang kerani. Bermula dari pangkat kerani cabuk sampailah kini berpangkat pegawai kanan pengurusan.”

“Puan biasa tulis surat rasmi, teks ucapan, laporan acara, minit mesyuarat dan macam-macam lagi urusan dokumentasi, kan?” Saya terus menyoal.

“Oh itu kacang je pada saya puan. Maklumlah dah senior,” kedengaran ada tawa kecil dari bicaranya.

“Itu pengalaman mahal. Puan daftar Seminar Ghostwriter bulan Julai ni dan saya akan tunjuk cara bagaimana daripada rumah puan boleh jana pendapatan untuk tugas ‘kacang’ itu sambil menguruskan anak-anak.”

“Saya daftar sekarang.”

Itulah kisah sebenar kehidupan. Ibu hebat yang senantiasa mahu lakukan semua perkara pada masa yang sama mahu nikmati kehidupan dengan penghasilan sendiri.

Saya akan kongsikan bagaimana caranya kepada tuan puan Jun ini.

Semak komen pertama.

Mahu tahu tentang  ?Mahu kami bantu dalam  bentuk penulisan  Temui saya dan pasukan Ghostwriter Nasional di  Reruai: No....
21/05/2025

Mahu tahu tentang ?
Mahu kami bantu dalam bentuk penulisan

Temui saya dan pasukan Ghostwriter Nasional di

Reruai: No.10, Solopreneur Pembukuan
Lokasi: Dewan Tun Dr Ismail, WTC
Tarikh: 31hb Mei - 1hb Jun 2025.

InsyaAllah kami bantu selayaknya mengikut keperluan tuan puan.

Jumpa di sana ya.

“𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒. 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐈𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔.”Semakin ramai orang tahu – ghostwriter boleh buat jana pen.da.pa...
21/05/2025

“𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒. 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐈𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔.”

Semakin ramai orang tahu – ghostwriter boleh buat jana pen.da.pa.tan.

Tapi... semakin ramai juga yang terperangkap sebab tak tahu:
❌ Cara letak harga
❌ Cara jaga hubungan dengan klien
❌ Cara pastikan bayaran tak digantung
❌ Cara urus kerja supaya tak ditunggangi

Saya sudah lihat banyak kes — bahkan ada yang dihargai sekadar sekampit beras.

Bukan salah penulis itu… mereka cuma tak tahu cara mula dengan betul.

Kalau anda mahu elak semua ini,
📌 Sertai Bengkel Seni Menjadi Ghostwriter, 21 Jun ini.

Saya akan ajar dari asas – langkah demi langkah.

Supaya anda menulis, dibayar, dan dihormati.

Semak komen pertama untuk daftar.

“𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟓𝟎𝟎”Saya pernah buka syarikat penerbitan pada usia 24 tahun.Modalnya?RM500 tunai sahaja.Tapi ...
20/05/2025

“𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟓𝟎𝟎”

Saya pernah buka syarikat penerbitan pada usia 24 tahun.
Modalnya?

RM500 tunai sahaja.

Tapi yang lebih penting dari modal wang…
Adalah modal ilmu & pengalaman.

Dan selama 25 tahun saya mengumpul ilmu itu.
– Menjadi wartawan
– Menyusun buku
– Mengurus klien
– Menetapkan harga dengan yakin
– Berunding agar tulisan dibayar, bukan dipandang enteng

Kini saya berkongsi semula semuanya – agar anda tak perlu ulang jalan sukar yang pernah saya lalui.

📌 Jika anda mahu menulis dan buat D.U. I. T dengan betul,
sertai Seminar Asas Ghostwriter – Sabtu, 21 Jun ini.

Tempat terhad. Link di komen ya.

Address

No. 2, Lot 1852 (No. 30) Batu 7 1/2 , Jalan Meru Tambahan, Kapar Klang
Klang
42200

Opening Hours

Monday 10:00 - 00:00
Tuesday 10:00 - 00:00
Wednesday 10:00 - 00:00
Thursday 10:00 - 00:00
Friday 10:00 - 00:00
Saturday 10:00 - 00:00
Sunday 10:00 - 00:00

Telephone

+60333921149

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sonique Artscape posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sonique Artscape:

Share