The TRIO - Web Designer & Digital Marketer

The TRIO - Web Designer & Digital Marketer No. SSM: 202203183123 | Digital Marketing Strategist | Web Designer | Graphic Designer

Closing Bukan Hantar KatalogRamai sales team buat silap ni — dapat prospek, terus spam katalog. Itu bukan closing, itu b...
03/10/2025

Closing Bukan Hantar Katalog

Ramai sales team buat silap ni — dapat prospek, terus spam katalog. Itu bukan closing, itu buang prospek.

Tips: Engage dulu. Tanya masalah, dengar jawapan, baru respond ikut keadaan. Closing yang berjaya datang dari conversation, bukan copy paste katalog.

Ramai Padang Remeh pada Checkout FormForm checkout terlalu panjang = prospek cabut lari.Tips kemas form:1. Potong field ...
02/10/2025

Ramai Padang Remeh pada Checkout Form

Form checkout terlalu panjang = prospek cabut lari.

Tips kemas form:
1. Potong field yang tak perlu.
2. Auto-fill bila boleh.
3. Pastikan step simple (2–3 klik sahaja).

— Semua detail conversion macam ni kita cover dalam No Limit Club, supaya founder Non-IT tahu apa nak monitor, bukan harap nasib semata.

CTA Bukan Sembarangan CTAButton bukan benda kecil. Kadang beza ayat je boleh ubah conversion.Contoh lemah: “Buy Now.”Con...
01/10/2025

CTA Bukan Sembarangan CTA

Button bukan benda kecil. Kadang beza ayat je boleh ubah conversion.

Contoh lemah: “Buy Now.”
Contoh power: “Claim Diskaun Hari Ini.”

Tambah warna menonjol & letak beberapa kali dalam page (atas, tengah, bawah). Jangan tunggu prospek scroll sampai habis baru jumpa CTA.

Objektif Kena Betul - Elak Iklan ke LautBila buat iklan, jangan main pilih objektif. Salah pilih, salah result.– Nak awa...
30/09/2025

Objektif Kena Betul - Elak Iklan ke Laut

Bila buat iklan, jangan main pilih objektif. Salah pilih, salah result.

– Nak awareness — pilih Reach/Engagement.
– Nak leads — pilih Lead Gen.
– Nak sales — pilih Conversion.

Ramai founder komplain “iklan tak jalan” tapi sebenarnya objektif pun dah salah dari awal.

Headline Power = Stop ScrollVisual boleh tarik mata, tapi headline yang tepat akan buat orang berhenti scroll. Ramai ora...
29/09/2025

Headline Power = Stop Scroll

Visual boleh tarik mata, tapi headline yang tepat akan buat orang berhenti scroll. Ramai orang buang peluang dengan headline basi.

Tips tulis headline power:
1. Sentuh masalah prospek – “Penat run 'ads' ribu-ribu tapi sales kosong?”
2. Jangan terus cerita produk – orang belum peduli produk, tapi peduli masalah.
3. Simple & jelas – elakkan jargon pelik.

Kesimpulan: Visual tangkap mata, tapi headline yang pancing emosi. Kalau dua-dua kena, CTR naik gila-gila.

Speed Matters - Lagi Laju Lagi BagusWhatsApp masuk banyak, tapi team lambat reply. Customer pun dah hilang mood.Rule of ...
28/09/2025

Speed Matters - Lagi Laju Lagi Bagus

WhatsApp masuk banyak, tapi team lambat reply. Customer pun dah hilang mood.

Rule of thumb: Respon dalam 5 minit pertama. Lagi cepat respon, lagi tinggi peluang nak close cepat.

Dalam No Limit Club, kita ajar skrip simple untuk closing WhatsApp yang proven mudah dipakai founder.

Add to Cart tapi Tak CheckoutBiasa kan? Prospek dah add to cart, tapi tak selesaikan payment di web.Punca utama yang bia...
27/09/2025

Add to Cart tapi Tak Checkout

Biasa kan? Prospek dah add to cart, tapi tak selesaikan payment di web.

Punca utama yang biasa berlaku:
– Checkout page terlalu panjang - penat orang scroll.
– Caj shipping tiba-tiba muncul last step - memang prospek terus rasa turn off.
– Tiada trust signal (macam jaminan, logo secure payment).

Tips: Permudahkan proses checkout. Lagi smooth flow, lagi tinggi peluang nak close.

Headline vs SubheadlineDalam dunia 'web', headline ibarat pintu masuk. Kalau pintu tak menarik, orang takkan stay lama u...
26/09/2025

Headline vs Subheadline

Dalam dunia 'web', headline ibarat pintu masuk. Kalau pintu tak menarik, orang takkan stay lama untuk baca ayat mesej seterusnya.

Tips tulis headline power:
1. Sentuh masalah dulu, bukan produk.
2. Subheadline terus bagi sebab kenapa patut baca lagi.
3. Simple & jelas — elak jargon pelik.

Contoh:
Headline: “Produk dah bagus, tapi sales sendu?”
Subheadline: “Kenal pasti punca sebenar sales stuck dengan formula mudah.”

Jangan tekan Boost PostButang “Boost Post” memang nampak senang. Tapi itu jalan paling mahal untuk belajar. Boost Post f...
25/09/2025

Jangan tekan Boost Post

Butang “Boost Post” memang nampak senang. Tapi itu jalan paling mahal untuk belajar. Boost Post fokus kepada engagement — like, komen, share — bukan sales.

Kalau nak jualan, guna 'Ads Manager' dan pilih objektif Conversion. Baru iklan lari ikut target sebenar.

Kesimpulan: Jangan bayar untuk likes kalau yang anda nak sebenarnya sales.

Address

Suite 1. 03-25, Wisma Zara Business Centre, Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Sunday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The TRIO - Web Designer & Digital Marketer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The TRIO - Web Designer & Digital Marketer:

Share