Kedai Pok Nik

Kedai Pok Nik Kedai Pok Nik menyediakan servis cetakan fotostat dan print untuk warna dan hitam putih. Selain itu,

Cuci gambar dari phone untuk saiz Polaroid Mini, Polaroid Square, 2R, 3R, 4R, 5R, 8R, A4 dan A3 menggunakan material glossy alternatif yang lebih nipis berbanding kertas gambar biasa.
Tempahan cuci gambar boleh dibuat serendah 1 set dengan hanya wasap pada kami gambar-gambar yang nak dicuci, kami proses dan hantar pada anda. Boleh juga terus ambil di Kedai Pok Nik yang dibuka setiap hari.
Kh

idmat print juga boleh dilakukan dengan hanya wasap document atau image ke Kedai Pok Nik; dan nyatakan cara cetakan yang diperlukan. Lepas siap kami akan maklumkan untuk ambil di Kedai Pok Nik.
Fotostat ditawarkan dalam sehingga maksimum saiz A3 samada cetakan berwarna atau hitam putih. Selain itu, khidmat laminate pelbagai saiz termasuk saiz A3 & lesen memandu juga boleh di buat di Kedai Pok Nik.
Kedai Pok Nik dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 petang bagi membantu anda mendapatkan topup reload atau kad bagi pelbagai telco termasuk Celcom, Maxis, Umobile, Digi, OneXOX, YES dan lain-lain.
Turut tersedia adalah khidmat pembayaran bil-bil utiliti seperti bil letrik (TNB), air Kelantan (AKSB), Astro, Pinjaman AEON, Pembayaran i-SURI, pengambilan dan pengeluaran tunai (BSN sahaja) dan pembelian SSP BSN.
Kunjungi Kedai Pok Nik yang terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu untuk pelbagai perkhidmatan lain yang sentiasa tersedia.

25/06/2024

Hujung bulan! Bayar bil-bil elektrik, air dan astro di Kedai Poknik untuk elakkan bil tertunggak awal bulan.

Buka dari 8.30am - 6.30pm.

Print warna / hitam putih cuma perlu wasap jah ke Kedai Pok Nik . Klik link utk wasap deh: wa.me/60108466439
23/06/2024

Print warna / hitam putih cuma perlu wasap jah ke Kedai Pok Nik . Klik link utk wasap deh: wa.me/60108466439

22/06/2024

Kedai poknik buko mace biaso harini, dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.

Poknik tutup rehat 2 kali jah untuk solat zohor dari jam 1 - 2.30 petang; & asar dari jam 4.30 - 5.00ptg.

Jemput singgoh untuk topup, bayar bil TNB, Astro, Air Kelantan, fotostat, print, laminate dan binding deh.

Lokasi kedai poknik di kg Tok Betek, Banggol. Selekey singgoh.

Kedai Pok Nik buko macam biasa sepanjang bulan poso, dari jam 9pg hingga 6ptg setiap hari.Servis balut buku teks, cetak ...
06/04/2022

Kedai Pok Nik buko macam biasa sepanjang bulan poso, dari jam 9pg hingga 6ptg setiap hari.

Servis balut buku teks, cetak & potong sticker produk, sticker nama anak boleh di buat di Kedai Pok Nik.

Kami tutup rehat jam 1.00 hingga 2.30 ptg sahaja bulan poso ni. Jadi kami buka sepanjang petang hingga jam 6.

Fotostat, print kijo skoloh melalui wasap untuk warna atau hitam putih buleh terus hantar ke wa.me/60108466439

Cetak dan potong design sticker biskut raya dan kuih serendah 2 helai sempena jualan hari raya nanti.Boleh wasap design ...
31/03/2022

Cetak dan potong design sticker biskut raya dan kuih serendah 2 helai sempena jualan hari raya nanti.

Boleh wasap design sticker bersama saiz sticker yang diperlukan ke wa.me/60108466439 untuk kami cetak dan potong untuk anda.

Boleh pilih jenis sticker yang diperlukan samada sticker biasa, sticker transparent atau sticker kalis air.

Tempoh proses cuma 1 hari sahaja bagi kuantiti tempahan 10 helai ke bawah. 1 helai boleh muat banyak sticker, bergantung pada saiz yang diperlukan.supaya mudah pelanggan kenal dan pilih produk yang anda buat.

Untuk tempahan boleh hubungi wasap

Dah siap nanti cuma perlu cabut dan tampal pada bekas atau balang produk kami di wa.me/60108466439 yea.

Selamat kembali ke sekolah buat para pelajar dan guru! Fotostat, print, binding dan laminate kerja sekolah & bahan menga...
27/03/2022

Selamat kembali ke sekolah buat para pelajar dan guru! Fotostat, print, binding dan laminate kerja sekolah & bahan mengajar di Kedai Pok Nik.

Kedai fotostat kami di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Fotostat dan print boleh buat samada untuk hitam putih atau warna.

Marker pen whiteboard, permenant marker, salotip, stapler dan pen boleh di dapati di Kedai Pok Nik.

Bagi yang tak sempat balut buku-buku anak, boleh hantar ke Kedai Pok Nik. Kami bantu balut buku-buku dengan kemas pada harga hanya RM2 untuk sebiji buku.

Cara balutan buku kami guna salotip dan pembalut lutsinar tebal supaya buku lebih selamat dan tahan lasak.

5 biji buku boleh disiapkan dalam 1 hari sahaja. Nak dapatkan khidmat kami boleh wasap di wa.me/60108466439 yea.

Print sticker nama anak untuk di tampal pada buku-buku dan peralatan sekolah di Kedai Pok Nik.Sticker nama ada 2 variasi...
15/03/2022

Print sticker nama anak untuk di tampal pada buku-buku dan peralatan sekolah di Kedai Pok Nik.

Sticker nama ada 2 variasi iaitu sticker nama transparent atau sticker nama latar putih. Dua-dua versi adalah jenis kalis air.

Sesuai untuk tampal pada pelbagai permukaan samada kulit buku, plastik pembalut buku, batang pensil dan pen, bekas pensil, bekas makanan dan botol air.

1set ada 120 keping nama; dan boleh campur sehingga 3 nama dalam 1set pada harga hanya RM9 sahaja.

Nama - nama boleh wasap pada kami di wa.me/60108466439 samada dalam huruf besar atau kecil, bergantung pada keperluan anda.

Pastikan nama di eja dengan betul mengikut huruf besar atau kecil, sebab kami hanya akan copy dan paste sahaja sepanjang proses untuk siapkan sticker nama anak.

Tempahan sticker nama anak tu nanti boleh ambil di Kedai Pok Nik atau nak pos pun boleh.

Untuk tempahan sticker nama boleh wasap kami di wa.me/60108466439

Cuci gambar dari fon dan simpan dalam album supaya lebih selamat dan mudah di lihat bersama keluarga dan kawan - kawan.A...
13/03/2022

Cuci gambar dari fon dan simpan dalam album supaya lebih selamat dan mudah di lihat bersama keluarga dan kawan - kawan.

Ada pelbagai saiz gambar yang boleh di cuci di Kedai Pok Nik samada untuk di gantung pada dinding, hiasan atas meja atau di albumkan untuk kenangan masa depan.

Gambar-gambar yang nak di cuci boleh wasap ke wa.me/60108466439 atau boleh email bagi yang nak cuci saiz besar, sehingga saiz A3!

Saiz gambar Polaroid Mini boleh dicuci pada harga RM4.90 untuk 20 keping gambar. Kami gunakan material glossy yang lebih nipis berbanding kertas gambar biasa.

Material yang kami gunakan adalah berasaskan kertas, jadi tidak kalis air, namun sangat sesuai untuk disimpan dalam album atau bingkai gambar.

Boleh hubungi kami di wa.me/60108466439 untuk cuci gambar-gambar dari fon.

Servis fotostat, print dan scan documents boleh dibuat di Kedai Pok Nik yang dibuka setiap hari.Maksimum saiz kertas yan...
09/03/2022

Servis fotostat, print dan scan documents boleh dibuat di Kedai Pok Nik yang dibuka setiap hari.

Maksimum saiz kertas yang terima untuk fotostat & print adalah sehingga saiz A3.

Saiz yang sama juga kami terima untuk khidmat laminate dan binding, dengan laminate lesen memandu masih lagi berharga RM1.

Kedai Pok Nik juga ada sediakan khidmat cetak waybill untuk penjual di shopee atau lazada.

Waybill boleh di hantar ke wa.me/60108466439 untuk kami print pada sticker supaya mudah dan cepat untuk anda tampal pada parcel masing-masing.

Cetak dan potong sticker produk biasa atau kalis air boleh dibuat di kedai kami. Cuma hantar design melalui wasap, dan kami akan siapkan sticker produk mengikut saiz yang anda mahu.

Bagi memudahkan menanda barang-barang sekolah anak, boleh tempah sticker nama anak kalis air di Kedai Pok Nik.

Tersedia dalam versi transparent dan latar putih. Minimum order 1 helai, dapat 120pcs nama pada harga hanya RM9.

Boleh hubungi wa.me/60108466439 untuk tempahan sticker nama anak.

Kedai Pok Nik terletak di kampung Tok Betek, Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan.

Boleh guna google map untuk mudah ke lokasi kedai kami.

Jumpa kami di shopee untuk tempahan cuci gambar dan simkad (boleh daftar sendiri) maxis dan celcom.Layari: https://shp.e...
02/03/2022

Jumpa kami di shopee untuk tempahan cuci gambar dan simkad (boleh daftar sendiri) maxis dan celcom.

Layari: https://shp.ee/7nr2xvf

Ada banyak pilihan nombor baru simkad hotlink dan celcom yang kami senaraikan khusus hanya di shopee.

Nombor - nombor unik, vip dan terpilih kami tawarkan pada harga yang sama, istimewa hanya untuk pembelian di shopee Kedai Pok Nik.

Boleh klik https://shp.ee/7nr2xvf untuk lihat tawaran-tawaran lain di shopee Kedai Pok Nik.

Cetak sticker produk dengan design anda sendiri pada kos yang lebih ekonomi.Kami sediakan servis cetak & potong sticker ...
27/02/2022

Cetak sticker produk dengan design anda sendiri pada kos yang lebih ekonomi.

Kami sediakan servis cetak & potong sticker produk mengikut saiz yang anda perlukan.

Sticker produk dari jenis mirrorkote, glossy dengan cetakan warna penuh dan sesuai untuk ditampal pada permukaan licin & rata.

Sticker produk jenis mirrorkote tak sesuai kalau guna pada produk frozen atau berair, sebab sticker tak kalis air.

Kami buka order sticker produk dengan minimum tempahan 2 helai, siap potong dan hanya perlu kupil untuk tampal.

Boleh hubungi kami di wa.me/60108466439 untuk maklumat lanjut berkaitan saiz dan harga.

Khidmat pos disediakan dengan caj tambahan bagi yang memerlukan.

Bezakan produk dengan pesaing untuk bantu pelanggan memilih produk dan kekal setia membeli dan menyokong anda.

Kedai Pok Nik buka pada Jumaat untuk semua urusan!Fotostat, print, topup, binding, laminate dan pembayaran bil utiliti b...
25/02/2022

Kedai Pok Nik buka pada Jumaat untuk semua urusan!

Fotostat, print, topup, binding, laminate dan pembayaran bil utiliti boleh di buat di Kedai Pok Nik setiap hari, termasuk hari Jumaat.

Boleh hubungi kami di wa.me/60108466439 untuk pertanyaan.

Kedai Pok Nik buka dari jam 9 pagi hingga 7 petang setiap hari. Waktu rehat pada Jumaat adalah dari jam 12pm - 3pm; dan 4.30pm - 5.00pm.

Address

Lot 66 Kampung Tok Betek, Jalan Pantai Cahaya Bulan
Kota Bharu
15350

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Tuesday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 16:30
Saturday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Sunday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Pok Nik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share