Sabah Digital & Resources

Sabah Digital & Resources Supply of printing materials, machinery, stationery and logistics transportation

Berdasarkan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, Penjawat Awam adalah dilarang untuk ter...
01/04/2023

Berdasarkan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, Penjawat Awam adalah dilarang untuk terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.

Penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4(1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993

Sumber :
Unit Integriti
Kementerian Kesihatan Malaysia

KENDERAAN PERSENDIRIAN TAK PERLU LAGI PAMER PELEKAT CUKAI JALANBermula hari ini, pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) ...
10/02/2023

KENDERAAN PERSENDIRIAN TAK PERLU LAGI PAMER PELEKAT CUKAI JALAN

Bermula hari ini, pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.
"Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) danLMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Loke berkata peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.
"Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) danLMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Loke berkata peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.
"Saya mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital.
“Dengan pendigitalan, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan dan ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keselesaan rakyat,” katanya.
Loke berkata orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.
Bagaimanapun katanya, dalam tempoh pelaksanaan fasa pertama ini, beberapa kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan masih wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM.
Bagi kategori LLM, mereka ialah pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL), pemegang Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON), pemegang lesen memandu Malaysia bagi warganegara asing dan pemegang lesen memandu negara luar oleh pemandu warganegara asing (IDP).
Bagi kategori LKM p**a membabitkan LKM persendirian syarikat, kenderaan pemilikan warganegara asing serta kenderaaan perdagangan meliputi kenderaaan barangan dan kenderaan perkhidmatan awam.
"Saya ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dijalankan terhadap mana-mana pihak yang memandu kenderaan tanpa mempunyai LKM atau LMM yang sah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 20(1), 90 (1) dan 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber rujukan: Malaysiakini.

02/02/2023
Tahniah kepada semua Timbalan Perdana dan Menteri Menteri Kabinet Malaysia 🇲🇾Selamat menjalankan tugasan dan amanat demi...
02/12/2022

Tahniah kepada semua Timbalan Perdana dan Menteri Menteri Kabinet Malaysia 🇲🇾

Selamat menjalankan tugasan dan amanat demi tanah air yang tercinta.




Sumber : Malaysia Gazette

Tahniah Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-10
24/11/2022

Tahniah Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Safety Helmets color code guide.
08/11/2022

Safety Helmets color code guide.

Sumber : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
17/08/2022

Sumber : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

17/08/2022
Bagaimanakah cacar monyet (monkeypox) tersebar daripada haiwan ke manusia? Untuk makluman, banyak spesis haiwan yang did...
07/06/2022

Bagaimanakah cacar monyet (monkeypox) tersebar daripada haiwan ke manusia?

Untuk makluman, banyak spesis haiwan yang didapati dijangkiti virus cacar monyet. la termasuk spesis tupai tali dan tupai pokok, tikus gergasi Gambia, tikus belang, dormis dan primat. Tikus seperti tikus gergasi Gambia (Cricetomys gambianus) dan tupai juga disyaki sebagai haiwan pembawa semula jadi virus ini.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan pemanduan untuk p**ang ke kediaman masing-masing. Pa...
08/05/2022

Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan pemanduan untuk p**ang ke kediaman masing-masing.

Patuhi langkah dan tip pencegahan bagi mengelakkan simptom 'Microsleep' ketika memandu sebagaimana yang disarankan oleh KKM.

Nyawa tiada ganti.



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak ...
28/04/2022

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam 1 Mei 2022 (Ahad).

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

QR MySejahtera tidak diwajibkan mulai 1 MeiPUTRAJAYA: Bermula 1 Mei, imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila...
27/04/2022

QR MySejahtera tidak diwajibkan mulai 1 Mei

PUTRAJAYA: Bermula 1 Mei, imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam.

Menurut Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun, beliau menyeru supaya fungsi MySJ Trace diaktifkan untuk tujuan pengesanan kontak.

Katanya, individu dengan status ‘High Risk’ pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif Covid-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO), tidak dibenarkan masuk ke premis.

“Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya. Aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan keputusan ujian pengesanan Covid-19 dan arahan HSO.

“Ia juga penting untuk membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pencegahan dan kawalan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sejajar dengan fasa peralihan ke endemik, MySejahtera sebagai aplikasi kesihatan awam akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu.

“Sebagai permulaan, fungsi sedia ada iaitu Hotspot Tracker yang dahulunya digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes Covid-19, kini akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker untuk melihat kawasan titik panas penyakit-penyakit lain iaitu rabies (penyakit anjing gila), demam campak, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta denggi.

“Kawasan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy menyeru rakyat Malaysia mengambil peluang menggunakan fungsi yang ditambah baik ini terutamanya apabila hendak balik ke kampung, berhari raya ke rumah saudara-mara atau pergi bercuti.

“Ini adalah langkah proaktif bagi mengelakkan daripada mengunjungi kawasan berisiko tinggi berlaku penularan penyakit berjangkit, terutamanya jika bersama-sama mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai komorbiditi.

“Saya juga amat menggalakkan persatuan-persatuan komuniti menggunakan fungsi ini untuk membantu dalam mengawal penularan penyakit berjangkit ini di kawasan kediaman masing-masing dengan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong serta pembersihan kawasan perumahan dan perkampungan,” katanya.

Sumber : WartaOriental.com

Address

Sulaman Central
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Digital & Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sabah Digital & Resources:

Share