SGmedia Groups

SGmedia Groups Pantas.Sahih.Tepat

KOTA KINABALU: Sabah’s gas supply is set to nearly double from 700 million standard cubic feet per day (MMscfd) to 1,350...
18/09/2026

KOTA KINABALU: Sabah’s gas supply is set to nearly double from 700 million standard cubic feet per day (MMscfd) to 1,350 MMscfd by 2030, driven by seven offshore development projects involving two international and four Malaysian oil companies over the next four years.

The projects, which include the development of four new gas fields, form part of the State’s long-term plan to meet growing energy and industrial demand.

Welcoming the latest development, Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor described it as a testament to the close collaborative relationship between PETRONAS and the State Government in the continued growth of oil and gas resource development in Sabah.

“The strategy provides a clear delivery plan to secure the gas supply required to support Sabah’s industrialisation ambitions,” he said after witnessing the handover of reports from SMJ Energy and PETRONAS to State Secretary Datuk Zainudin Aman at Hilton Hotel today.

The Long-Term Gas Supply and Delivery Plan 2025 and the Sabah East Coast Gas Development Plan reports outlined the delivery strategy following studies by the Sabah Gas Strategy Joint Taskforce, a collaboration between State agencies led by SMJ Energy and PETRONAS.

Based on the reports, demand for the additional gas will be driven by new power plants and PETRONAS’ third floating liquefied natural gas facility (PFLNG3).

It would also include new manufacturing investments along the West Coast corridor, stretching from Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) through the Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) in Kimanis and the Sabah Oil & gas Industrial Park (SOGIP) in Sipitang and the Labuan gas terminals.

The Sabah East Coast Gas Development Plan, meanwhile, confirmed that the Mutiara cluster of gas fields offshore Sandakan can be developed to supply a new gas-fired power plant at the Sawit Kinabalu Sandakan Industrial Park and to convert Sabah Electricity's Batu Sapi station from diesel to gas-fired turbines.

For the first time, the East Coast would generate its own gas-fired power rather than depend on transmission from the West Coast.

The Chief Minister said the strategy would also open the door to gas-based industry in Sandakan and the wider East Coast.

He also acknowledged PETRONAS for leading the technical work in collaboration with SMJ Energy (SMJE), Sabah Energy Corporation (SEC), the Energy Commission of Sabah (ECoS) and the Ministry of Industrial Development, Entrepreneurship and Transport.

Also present were Deputy Chief Minister II and Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, who is also SMJ Energy chairman and SMJ Energy Chief Operating Officer and Executive Vice President Datuk Albert Lo.

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030KOTA KINABALU: Bekalan gas Sabah dijangka menin...
18/09/2026

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

KOTA KINABALU: Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030, didorong oleh tujuh projek pembangunan luar pesisir melibatkan dua syarikat minyak antarabangsa dan empat syarikat minyak Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang.

Projek berkenaan, termasuk pembangunan empat medan gas baharu, merupakan sebahagian daripada rancangan jangka panjang negeri bagi memenuhi peningkatan permintaan tenaga dan perindustrian.

Menyambut baik perkembangan terbaharu itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata ia membuktikan hubungan kerjasama erat antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri dalam usaha berterusan membangunkan sumber minyak dan gas di Sabah.

“Strategi ini menyediakan pelan pelaksanaan yang jelas bagi menjamin bekalan gas yang diperlukan untuk menyokong aspirasi perindustrian Sabah,” katanya selepas menyaksikan penyerahan laporan daripada SMJ Energy dan PETRONAS kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman di Hotel Hilton, hari ini.

Laporan Pelan Bekalan dan Penghantaran Gas Jangka Panjang 2025 dan Pelan Pembangunan Gas Pantai Timur Sabah menggariskan strategi penghantaran bekalan gas susulan kajian oleh Pasukan Petugas Bersama Strategi Gas Sabah, hasil kerjasama antara agensi-agensi negeri yang diterajui SMJ Energy bersama PETRONAS.

Berdasarkan laporan berkenaan, permintaan terhadap bekalan gas tambahan itu akan didorong oleh loji-loji janakuasa baharu serta kemudahan gas asli cecair terapung ketiga PETRONAS (PFLNG3).

Ia turut merangkumi pelaburan baharu dalam sektor pembuatan di sepanjang koridor Pantai Barat, bermula dari Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), melalui Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis hingga ke Taman Perindustrian Minyak dan Gas (SOGIP) di Sipitang dan terminal gas di Labuan.

Sementara itu, Pelan Pembangunan Gas Pantai Timur Sabah mengesahkan bahawa kelompok medan gas Mutiara di luar pesisir Sandakan boleh dibangunkan bagi membekalkan gas kepada sebuah loji janakuasa gas baharu di Taman Perindustrian

Sawit Kinabalu Sandakan serta menukar stesen janakuasa Sabah Electricity di Batu Sapi daripada penggunaan diesel kepada turbin berasaskan gas.

Buat pertama kali, Pantai Timur akan dapat menjana bekalan elektrik berasaskan gas sendiri tanpa bergantung kepada penghantaran bekalan dari Pantai Barat.

Ketua Menteri berkata strategi itu juga akan membuka peluang kepada pembangunan industri berasaskan gas di Sandakan dan kawasan Pantai Timur secara keseluruhannya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PETRONAS kerana menerajui kerja kerja teknikal dengan kerjasama SMJ Energy (SMJE), Sabah Energy Corporation (SEC), Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, yang juga Pengerusi SMJ Energy dan Ketua Pegawai Operasi merangkap Naib Presiden Eksekutif SMJ Energy Datuk Albert Lo.

  Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman di rumah sehingga Ogos 2028.
18/09/2026

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman di rumah sehingga Ogos 2028.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman di rumah sehingga Ogos 2028.

‼️ [TERKINI] ‼️📌 Agong perkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah...
18/09/2026

‼️ [TERKINI] ‼️

📌 Agong perkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta

-- Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri


18/09/2026

DS NAJIB TERUSKAN BAKI HUKUMAN BERSYARAT DI RUMAH

PENGAMPUNAN NAJIB | Putrajaya: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada bek...
18/09/2026

PENGAMPUNAN NAJIB | Putrajaya: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Berita lanjut menyusul.

Salam Jumaat yang berkah, Penghulu Segala Hari
18/09/2026

Salam Jumaat yang berkah, Penghulu Segala Hari

Salam Jumaat yang berkah, Penghulu Segala Hari.
18/09/2026

Salam Jumaat yang berkah, Penghulu Segala Hari.

Kolej Komuniti Tambunan Lakar Sejarah Terima Sijil myGAP-PF Pertama di DaerahPengiktirafan sulung bukan sekadar pencapai...
18/09/2026

Kolej Komuniti Tambunan Lakar Sejarah Terima Sijil myGAP-PF Pertama di Daerah

Pengiktirafan sulung bukan sekadar pencapaian institusi, tetapi mengangkat amalan pertanian bebas racun perosak ke dalam pembelajaran sebenar pelajar

TAMBUNAN: Sebuah sijil yang mungkin kelihatan kecil di atas kertas membawa makna besar kepada Kolej Komuniti Tambunan (KKT) apabila institusi itu melakar sejarah sebagai penerima pertama Sijil myGAP-PF (Pesticide Free) di daerah ini, sekali gus menjadi institusi Politeknik dan Kolej Komuniti pertama di bawah Unit Agroteknologi dan Bio Industri yang berjaya memperoleh pensijilan berkenaan.

Sijil itu disampaikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Tambunan, Alex Walzico Robert, kepada Pengarah Kolej Komuniti Tambunan, Liza Longgat, dalam satu majlis penyerahan rasmi yang turut disaksikan pensyarah, staf serta pelajar Sijil Agroteknologi KKT.

Bagi pihak pengurusan kolej, pengiktirafan itu menjadi bukti bahawa usaha membudayakan amalan pertanian yang baik tidak berhenti di dalam bilik kuliah, sebaliknya diterjemahkan melalui pengurusan dan aktiviti pertanian sebenar di lapangan.

Liza berkata pihak pengurusan KKT berbangga dengan pencapaian Unit Agroteknologi berkenaan dan akan terus memberikan sokongan terhadap usaha staf dalam memperkukuh fungsi serta peranan kolej sebagai institusi pendidikan dan kemahiran.

«“Sebagai pihak pengurusan, kami akan sentiasa menyokong usaha baik dalam kalangan staf dalam menambah baik fungsi dan peranan kolej sebagai sebuah institusi akademik,” katanya.»

Sementara itu, Alex Walzico merakamkan tahniah kepada KKT sambil berharap pencapaian tersebut dapat diteruskan dan dijadikan contoh kepada komuniti setempat dalam mengamalkan pengurusan ladang yang baik.

Katanya, pensijilan seperti itu turut berpotensi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan usahawan tani mendapatkan pengiktirafan yang boleh menyumbang kepada peningkatan nilai hasil pertanian mereka.

«“Tahniah di atas pencapaian Kolej Komuniti Tambunan. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan mampu dijadikan model kepada komuniti setempat dalam melaksanakan amalan ladang yang baik, di samping meningkatkan semangat para usahawan tani untuk memohon pensijilan bagi meningkatkan nilai hasil tani mereka,” ujarnya.»

Di sebalik kejayaan tersebut p**a terdapat usaha bersama para pensyarah Unit Agroteknologi yang menggabungkan teori dan amali, menjadikan pensijilan itu bukan sekadar pencapaian pentadbiran tetapi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran pelajar.

Ketua Program Unit Agroteknologi, Ts. Jean Ivy Denis, berkata kejayaan berkenaan terhasil daripada kerjasama dan toleransi erat antara pensyarah dalam mengejar matlamat yang sama.

Menurutnya, pendekatan itu membolehkan kandungan modul pengajaran diterjemahkan secara berkesan daripada teori kepada amali di lapangan.

Unit berkenaan kini mempunyai 80 pelajar bagi semester semasa, yang mengikuti pembelajaran berkaitan bidang Agroteknologi.

Dalam konteks pendidikan, pensijilan myGAP-PF itu memberikan dimensi tambahan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), apabila prinsip Amalan Pertanian Baik (APB) yang selamat dan lestari dapat dipelajari bukan hanya melalui teori, tetapi melalui aplikasi sebenar.

Pencapaian itu sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan KKT dalam membudayakan amalan pertanian yang lebih selamat dan lestari, selain memperkukuh pendekatan PdP yang autentik, praktikal dan dekat dengan keperluan sebenar sektor pertanian.

Lebih penting, sijil berkenaan kini menjadi sebahagian daripada cerita pendidikan para pelajar Agroteknologi KKT — bahawa ilmu pertanian yang dipelajari di dalam kelas boleh diterjemahkan menjadi amalan yang diiktiraf di lapangan.

  Setakat ini polis terima 86 laporan manakala 93 saksi sudah dirakam percakapan.
17/09/2026

Setakat ini polis terima 86 laporan manakala 93 saksi sudah dirakam percakapan.

Setakat ini polis terima 86 laporan manakala 93 saksi sudah dirakam percakapan.

Address

Putatan Plaza
Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SGmedia Groups posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SGmedia Groups:

Shortcuts

Share