The Jesselton Point Sabah

The Jesselton Point Sabah JPS diwujudkan bagi memberi maklumat mengenai tmpt2 makan sedap dn tmpt pelancongan menarik di Sabah.

Jesselton point Sabah info is well established social media and digital advertising platform based in kota kinabalu, sabah.

……✍🏻
28/04/2026

……✍🏻

700KM… bukan sekadar rentas negeri, tetapi merentas negara.Perjalanan yang bagi kebanyakan orang mungkin terlalu jauh, t...
28/04/2026

700KM… bukan sekadar rentas negeri, tetapi merentas negara.

Perjalanan yang bagi kebanyakan orang mungkin terlalu jauh, tetapi itulah rutin yang dilalui oleh Allahyarham Azman Mazni.

Difahamkan, Allahyarham bertugas di Depot Imigresen Papar, Sabah. Dalam masa yang sama, tanggungjawab sebagai anak, suami dan ayah tidak pernah diabaikan. Di Miri, ibunya menanti untuk dijaga. Di Sibu, isteri dan anak-anak setia menunggu kepulangannya.

Setiap minggu, Allahyarham berulang-alik merentasi perjalanan lebih 700 kilometer. Bukan sahaja jauh, malah perlu melalui sempadan negara Brunei. Laluan yang panjang, memenatkan dan penuh risiko, namun tetap ditempuh demi keluarga.

Allahyarham pernah memohon untuk dipindahkan tetap ke Sarawak. Sokongan dari pihak negeri difahamkan telah ada, dan harapan itu tinggal menunggu kelulusan daripada pihak atasan.

Namun, takdir mendahului segalanya.

Sabtu lalu, Allahyarham telah kembali ke rahmatullah akibat insiden jalan raya. Perjalanan yang selama ini ditempuh demi tanggungjawab, akhirnya menjadi perjalanan terakhir.

Kisah ini bukan sekadar tentang jarak 700KM. Ia tentang pengorbanan seorang lelaki yang memikul dua dunia dalam satu masa, demi keluarga yang dicintai.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan segala pengorbanannya menjadi asbab ganjaran yang besar di sisi-Nya.

Al-Fatihah.

Kredit: FB S Faizzul Syar

JOM SERTAI PROGRAM YOUNG LEADERS NEXTGEN SIRI 1 PADA 02 MEI INIDewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Peny...
27/04/2026

JOM SERTAI PROGRAM YOUNG LEADERS NEXTGEN SIRI 1 PADA 02 MEI INI

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan dan Inovasi akan menganjurkan program "Young Leaders Nextgen, Leadership For Young Leaders Next Generation" Siri 1 pada 02 Mei 2026, Sabtu.

Program ini terbuka kepada penyertaan kanak-kanak dan remaja dengan tujuan membangunkan potensi kepimpinan melalui pendedahan kepada kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan.

Untuk mendapatkan jadual program dan membuat pendaftaran, hanya imbas Kod QR yang tertera atau layari pautan https://forms.gle/BwbQ1Qddft7acuEY8

Sebarang pertanyaan lanjut, urus setia program boleh dihubungi melalui talian berikut:

📞 011-33327606 (Puan Aini Omarkhan)
📞 013-6066899 (Puan Azwa Harun)
📞 088-244000 (Pejabat JPI)

Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Address

Jalan Ikan Juara
Kota Kinabalu
88100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Jesselton Point Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Jesselton Point Sabah:

Shortcuts

Share